Semakin ramai mengalami tekanan perasaan ?
Hurrmmm .. Pernah aku baca satu artikal berkenaan tekanan perasaan di Malaysia ni . Katanya pada masa akan datang , semakin ramai rakyat Malaysia akan mengalaminya !
Seriuss !! Tak perlu tunggu akan datang .. aku rasa sekarang ni pon makin ramai dah ! Dah ibarat macam jadi zombie dah skang ni .. Dalam waras , tetiba terus ilang kewarasan fikiran ! Apa dah jadi ? Apakah puncanya ?
Macam macam puncanya ! Aku amik diri aku sendiri dah la yer.. Dulu , bangun pagi .. gi kerja .. Redah jalan jammed.. Tak pun , berebut naik pengangkutan awam.
Sampai opis .. Buat kerja .. buat kerja dan buat kerja.. Layan karenah orang tak kira la satu pejabat atau pelanggan .. Pastu balik kerja .. Sampai rumah .. tidur , esok gi kerja ! Rutin begini , mmg buat kita tertekan ! Bosannnn !!
Ubah ! Kena ubah agar kehidupan lebih tenang .. Kalau tak ubah , maka makin lama makin teruk ! Contohnya , lawan cakap bos. Gaduh dengan teman sepejabat atau mula jadi kaki ponteng .. Paling teruk , mula berjinak dengan dadah atau rokok ! Hurmmm .. Ada yang siap gi clubbing , minum arak utk legakan tekanan ..
Bagi yang tau apa nak buat seperti banyakkan aktiviti bersosial dengan masyarakat .. cam gi surau atau masjid bersolat berjemaah pada waktu lepas kerja ( Maghrib / Isya ) , kuliah agama dan bersukan , pastinya masalah tekanan perasaan ni dapat dihindari. Di sana, pasti kita akan berbual , berbincang dengan teman andai punya masalah ..
Nak ulas , mmg panjang bab ni. Aku bukan nak tulis tesis atau cerpen .. Memadailah dengan mintak kita sama sama berfikir .. Apa tujuan utama kehidupan kita ni ?? Apakah kita nak rutin kehidupan kita , sama jer ?? Mari ubah ke arah yang lebih berfaedah dan lebih terisi dan paling penting , hati mau gembira !!
Contoh lain penyebab tekanan perasaan ? Aku rasa korang pon tau kan .. hurmmm …
“ Dua maut, dua cedera ditikam lelaki di stesen LRT Gombak dan LRT Taman Melati
Kuala Lumpur: Dua maut manakala dua cedera ditikam seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa dalam dua kejadian berasingan berhampiran LRT Gombak dan LRT Taman Melati.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi tadi, dua wanita berusia 60 dan 40 tahun iaitu pemilik dan pekerja kedai runcit ditikam suspek berusia 26 tahun yang juga penghantar rokok.
Selepas kejadian itu, suspek memandu van rokok berkenaan melarikan diri ke LRT Taman Melati lalu melanggar sebuah van membawa mineral. …. “
Hurmmmm …
5 comments
memang betul rasanya kat malaysia ni semakin ramai yang mengalami tekanan perasaan abang ben...
BalasPadamKadang2 kena tgk juga apa yang di isi dalam hati.. makanan hati kurang atau langsuung tiada.. jadi mulala masuk benda2 yang langsung tak masuk akal..
BalasPadamHuuuuu. Ap yg penting kita sntiasa ingat pd Dia.
BalasPadamaku nak keluar tempat awam pon bertekanan tau tak !
BalasPadamarghhhh
hehe
Tapi memang la abang ben, sy pun dengan stress kat tempat kerja cuma tak ada la sampai nak membunuh, huhuhu
BalasPadam