Tak capai matlamat ‘KORBAN’ ..

by - Selasa, Oktober 15, 2013

 

Alhamdulillah .. Best raya ? Hehehe .. Kalau aku kat Kelantan skg , confirm aku pengsan kekenyangan akibat terlebih makan daging.. hehehe .. Darah tinggi ? Er , macam takde dah jee.. huhu .. Pelik ? Magic ? Atau aku yang tak check ? Part tak check tu yang aku tak buat memandangkan takde rasa sakit kepala seperti sblm sblm ni .. hee ..

Selepas solat sunat AidilAdha , aku ajak keluarga aku pergi beraya ke rumah keluarga angkat aku .. Aku membesar dengan diorang laa.. Anak-anaknya semua kawan sepermainan .. Ayahnya , bekas AJK Masjid. Sekarang ni tak jadi dah sbb kakinya dah dipotong akibat kencing manis. Sukar dan bergerak ..

Antara topik yang dibuka ialah mengenai haiwan korban .. Apa yang aku nampak hari ini , disetiap kediaman ( flat / apartment ) dah standby lembu untuk dikorbankan .. Hurmm … Contohnya , di flat ni sediakan 2 ekor.. Flat sebelah 2 ekor .. Kenapa tak digabungkan atau diletakkan saja di masjid dan kemudiannya di bahagikan pada orang yang benar benar layak dapat ?

Hurmm… Menurut ayah angkat aku tu , ‘perangai’ yg tak bagus dibuat oleh ‘mereka’ yang terlupa ALLAH MAHA MELIHAT , ialah memilih bahagian yang mereka nak dan dibawa pulang !! Apa dah jadi ?

Berbeza zaman aku kecil dulu la.. Semua lembu dikumpulkan dan masjid penuh sesak dgn orang yang inginkan daging korban. Mereka datang bersama kupon kupon mereka dapat .. Yang benar2 layak ! Hurmm .. Sekarang ni , makin ramai layak walaupun berkereta mewah !

Aku malas nak kata lebih .. nanti ada pulak yg terasa .. Cuma , kita kena belajar balik la bab bab gini terutamanya bab amanah .. Segalanya akan disoal semula di akhirat ..

Wallahualam ..

Photo

You May Also Like

9 comments

  1. sekarang ni jangan daging korban.. semua benda yang di amanahkan masih yang suka ambil kesempatan.

    BalasPadam
  2. Salam AidilAdha.

    raikan dengan penuh rasa syukur. :)

    BalasPadam
  3. Sedih mndengar kes gini
    sedang masih ramai yg mengidam daging korban terutama yg jarang makan.patutnya dutamakan kpd golongan susah
    bukan golongan yg simpan daging korban dlm fridge

    BalasPadam
  4. Moga mereka yang layak dapat bahagian mereka..

    BalasPadam
  5. comel qhaliff. asyik muncung jea mulut tu. hihi

    BalasPadam
  6. Slm Aidiladha to u and family ^^ Takpalah, Tuhan maha melihat kan, Dia tau semuanya.. Susah di dunia, pasti senang di akhirat ^^ Qhaliff, setia dgn duckface nya. Haha. Cute..

    BalasPadam
  7. salam aidiladha...

    semuanya dari nawaitu dan keikhlasan...

    rasanya zaman sekarang ni dua benda tu sdh kurang diamalkan...

    apa2pun biarlah kita sesama islam saling ingat mengingati...

    Wallahualam...

    BalasPadam
  8. salam aidiladha...

    semuanya dari nawaitu dan keikhlasan...

    rasanya zaman sekarang ni dua benda tu sdh kurang diamalkan...

    apa2pun biarlah kita sesama islam saling ingat mengingati...

    Wallahualam...

    BalasPadam
  9. errr sy tinggalkan link entri yg bkaitan ye hehe

    http://noradzwatyrokkafella.blogspot.com/2013/10/kunjungan-aidiladha-ke-rumah-kakak-ipar.html

    BalasPadam