Semakin kehilangankah ?

by - Sabtu, Oktober 12, 2013

 

Alamanda .. Hehehe .. Lama dah nak datang. Rasanya dalam dua minggu ni , takde gi kot .. Hehe.. Rindu woo.. Membesar kat sini aku .. hehe .. Ops , Qhaliff ! Hahaha.. Dia yang membesar kat Alamanda ni .. Dari tak reti berjalan hinggalah boleh berlari lari anak gitu , dia di Alamanda !

Ok .. ceritanya gini .. Isunya tak la besar mana tapi sebenarnya , jika dipandang pada satu sudut .. ianya mmg memalukan .. hurmmm.. Serius , semakin lama semakin kita abaikannya ! Kenapa ? Sbb kita berada di dunia yang GUA , GUA PUNYA .. LU , LU PUNYA !!

Selepas aku amik tiket parking di pintu masuk tempat letak kereta , kereta yang dipandu aku terhenti seminit dua untuk memberikan laluan pada pemandu kereta mewah , meletakkan keretanya di tempat kebetulan kosong itu. Faham tak ni ?? Aku rasa cam ayat berbelit je ni.. heheh ..

Dua kali dia cuba untuk parkingkan kereta mewah berjenama Merc tuu .. Kelihatan pemandunya.. Lelaki berusia .. Berbangsa cina .. Dia pandang aku dan mengangkat tangan.. Berkali kali.. Terus sejuk hati aku. Tunggu je laa .. Bukan nak kejar Neelofa pon dalam Alamanda tuu .. heeee ..

Selepas dia berjaya parkingkan keretanya , aku gerakkan kereta aku .. Tak sampai 10 meter , aku sekali berhentikan kereta kerana ada sekeluarga nak melintas jalan. Bermula dari anak perempuannya yang dah besar panjang diikuti maknya dan cucu cucunya..

Aku pandang je sorang sorang .. Menariknya , selepas mereka berjaya melintas jalan , sorang pon tak angkat tangan pada aku. Jauh sekali nak senyum !! Amboiii .. Bangsa aku nii ! Kata kaya dengan budi bahasa ??? Apa dah jadi nii ?? Takkan terlupa kot ? Bukan budak kecik yang baru gi sekolah tadika ?? Ni dah beranak pinak ni ??

Aku bukanlah dambakan kasih sayang dari mereka .. Tapi malulahhh .. Apa susah sangat nak ucapkan terima kasih ? Bukan suruh bagi kupon tengok wayang KL MENJERUT kat aku pon !! Aiyooo ..

Hurm.. Sebelum tu .. Di Masjid Besi , Putrajaya .. Selepas solat Asar , aku bawak Qhaliff bersantai kat atas kejap sementara tunggu wife solat .. Dan kelihatan ramai orang sedang menantikan sesuatu. Aku rasa ada majlis akad nikad VVIP .. Yelah , ramai sedondon jer..

Sedang Qhaliff dok berlari , tiba tiba dia berhenti berlari sbb ada sorang lelaki segak berbaju melayu berjalan depan dia. Dan aku pandang lelaki tu. Lelaki tu , pandang Qhaliff.. senyum tidak , jauh sekali nak usap kepala ! Hahaha.. Kalau aku , sentuh skit .. supaya budak ilang rasa terkejutnya sbb terkejut ada raksasa depan dia !

Aku gelengkan kepala jer.. Harap segak bergaya je tapi hampeh ! Tu la orang zaman ni kata .. Jangan menilai seseorang melalui pemakaian dan hartanya .. Hurm..

You May Also Like

4 comments

  1. Huhu...tak pe kan Qhaliff...datang rumah paktua mat...bukan setakat gosok kepala, kena kerenyam pun boleh nanti...errr tapi bukan paktua mat lah yang buat macam tu, nek Linn dengan nek Sue yang buat...hehe

    BalasPadam
  2. Manusia, ada mcm2 perangai. Mintak dijauhkan la kita semua dari sifat sombong. Kaya atau miskin, tmpt kembali tetap Tuhan yang Esa.

    BalasPadam
  3. Takpelah Ben.. kita berbaik sangka jelah.. mungkin sebab leka nak pastikan anak beranak melintas dgn baik.. tu yg dia terlupa nak senyum angkat tgn pada kita.

    BalasPadam
  4. Ish3 die boleh xpandang Qhaliff yg comel tu..kalau sy lah jumpe qhaliff...jgn kate usap kepala..akn sy tatik2 pipi die yg labuh mcm tali sauh tu..hehehe.. :p

    BalasPadam