“Daddy , nak main .. “.

by - Oktober 26, 2013

 

Matanya seolah ingin berkata sedemikian tapi tak terkeluar.Kalau keluar pun , sepatah haram daddy tak paham ! Huhuh.. Hanya mata mampu ‘meluahkan rasa’..

Aku perati je dia .. Akhirnya , dia melangkah berjalan ke arah budak budak tu dengan ngomel apa tah … Aku sempat tangkap dan dukung dia . Belum masanya lagi sayang .. Budak budak tu , bukan size dia .. Main pon dah cara orang dewasa .. Kang naya je Qhaliff .. huhu ..

Korang tau apa dalam kepala aku ? Camana la aku nak lepaskan dia bermain tiap petang dengan rakan-rakan sebaya nanti ? Risau dia dibuli atau membuli .. Apakah nanti aku percaya kata kata orang yang Qhaliff nakal orangnya ? Atau apakah aku hanya mampu tengok dia dibuli ? Perghhh.. sejuta pertanyaan yang bermain dibenak aku ..

Sabar .. lalui saja nanti. InshaAllah.. Yang penting , didik Qhaliff dengan disiplin ..

 

 

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

You May Also Like

2 comments

  1. Dah pnh rasa perasaan tu.
    Betul..tunggu masa nya je..

    BalasPadam
  2. insyaallah qhaliff anak soleh n ahli syurga...selalu doakan dia...selalu hembuskan surah alam nasyrah diubun2nya sebelum tidor.

    BalasPadam