Best ke jadi Mr.Mama ?

by - Oktober 30, 2013

 

Hurmm.. best ke ? Aku bukan mengeluh yer .. Sekadar berkongsi rasa.. Ada yang rasa jadi Mr.Mama ni , rileks sangat .. Duk rumah , jaga rumah .. jaga anak .. Tu je.. Tak perlu nak tensen tensen !

Memang betul ! Semua tu betul ! Tak perlu nak pikir hal bos .. hal kengkawan opis yang suka bergossip dan mencari salah kita tatkala kita terlebih rajin dan mengampu bos ! Haaaa.. Tak ngampu , susah nak naik pangkat dan gaji kan .. Kena bodek bodek skit.. kaaannn .. hehe.. Bukan semua gitu !

Tapi part tu mmg best la. Cuma part ni ramai terlepas pandang .. Aku kena cari duit seperti aku bergaji tiap bulan ! Dalam kes aku ni .. aku terus terang laa citer noooo .. Setiap bulan aku kena standby duit untuk bayar duit kereta , duit itu , duit ini dan belanja harian .. Manakala wife lak , atas ehsan dia untuk membantu aku .. dia bayar bahagian dia .. Terima kasihhh … Nak harap aku bayar semua tu , jenuh gak wehh ! Kena jual burger gak la depan rumah tiap tiap malam ! Huhuh..

Namun begitu , aku jimat banyak sebenarnya bila jadi Mr.Mama ni terutama bab anak .. Aku sendiri pon tak sangat makan bila kat rumah. Kos pengangkutan ke pejabat dah takde .. Kos beli baju kemeja bulanan.. seluar.. Perfume.. Haaa.. Banyak woo jimattt..

Apa yang aku hilang ? Dah takde la nak lepak lepak lepas kerja. Bersantai waktu lunch .. Tiada lagi Hari Keluarga , gi kursus .. Haa.. semua ni , memang aku rindu tapi aku dah tak kisah sbb setiap pagi , aku mengadap muka anak aku dan siapkan makan pakai dia sendiri ! Tak perlu orang gaji untuk lakukan semua itu ! Satu kepuasan yang sukar untuk dinikmati , yang mana menjadi impian setiap ibu bapa yang punya anak .. setiap saat anaknya berada di depan mata , sebelum mereka menjadi dewasa .. hurmm ..

Best atau tidak , kita lalui dengan kesyukuran sebelum segalanya hilang untuk selama lamanya ..

You May Also Like

12 comments

  1. Cuma tak semua lelaki sesuai jadi mr mama. Lebih lagi lelaki dgn mindset konservatif.

    BalasPadam
  2. DIA lagi maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. :)

    BalasPadam
  3. sy memahami sebab sy & suami pn melalui situasi camni..

    BalasPadam
  4. best bila dapat jaga sendiri anak...tak perlu risau apa la yg berlaku klu orang lain jaga...

    BalasPadam
  5. pernah terlintas untuk jadi suri rumah tapi bile mengenangkan kos sara hidup, tak sampai hati nak bebankan suami, sy bekerja untuk membantu suami... Tahniah Ben kerana berjaya menjadi Mr. Mama yang hebat.. Kalau suami sy cuti (dia cuti tak sama dgn saya) dia akan jadi Mr Mama di rumah jaga anak2 sbb bekerja syif menyebabkan dia agak kurang masa dgn anak..

    BalasPadam
  6. Best le jadi Mr Isteri....Allah maha penyayang...tak ada stress...kurang tension....saya pun suka Mr Mama.

    BalasPadam
  7. suami sy juga akan ikut jejak langkah abg ben juga sebb spt yg abg ben katakan... semua nikmat tu hilang bila kita dapat lihat anak mmbesar dalam didikan air tgn kita sndiri di depan mata.. itu lebih dari segala isi dunia...

    BalasPadam
  8. terbaik la abg ben..setuju sgt2...
    kepuasan membesarkan ank2 lebih dirasai bile dia dijaga oleh kita sdr mcm ni...
    kebanyakkan ibubapa ingin merasai semua ni..tp terbatas atas kekangan hidup yg memerlukan ibubapa keluar bekerja mencari nafkah..
    so abg ben bertuah la dpt tgk qhaliff membesar didepan mata...

    BalasPadam
  9. kalau saya berpeluang..saya sanggup lepaskan semua tu untuk bangun pagi dan ngadap muka anak anak sepanjang hari.. hati pun senang.. apa la sangat lunch dengan kawan2 berbanding masak sendiri utk anak2..

    BalasPadam
  10. kehidupan yang sgt saya impikan... mengurus sendiri anak2.

    BalasPadam
  11. Mr Mama juga punya cabaran yang tersendiri.. namun inilah yang menggambarkan sikap lelaki yang sejati iaitu tetap tidak melupakan tanggungjawab untuk memberi nafkah walaupun bergelar Mr Mama.. Tahniah Mr Ben..:-)

    P/s : rasa tertarik bila membaca entri anda..

    BalasPadam