Terharu daddy dibuatnya ..

by - Isnin, Oktober 28, 2013

 

Dia jaga lebih awal dari aku tadi. Aku tidur lewat malam tadi pastu jaga awal skit buat susu dia dan solat subuh. Sambung jap tidur pastu sbb ngantuk sangat. Risau pulak mood tak elok bila jaga Qhaliff nanti ..

Sedang lena tidur , terdengar laaa bunyi bising berdekatan aku . Aku bukak mata.. Oh , Qhaliff jaga dah. Aku jeling je jam di Nokia Lumia aku tu. Baru 7 lebih. Baring balik..

Makin kuat pulak dia sepahkan barang dalam bilik. Dan aku buka mata sekali lagi. Tengok Qhaliff dok pandang aku sambil bebel. Aku tengok jam. Mak aihh.. Kul 10 lebih dah ??? Apasal bini aku tak kejut aku seblm keluar gi kerja ?? Adehhh ..

Aku bangkit. Qhaliff terus bangun dan berlari keluar sambil membebel. Olololo.. siannya diaaa .. Mesti lapar dah tuuu .. Ngan lampin tak tukar lagi. Biasa aku tukar jam 7 atau 8 pagi .. Kiranya mandi sekali la tu.. Ni dah lewat.. siannya dia ..

Aku berjalan keluar. Dia lari sambil mengajak aku ke dapur. Aku tau dah dia nak apa .. Ok la , aku kasi dia sebotol tanda penghargaan aku pada dia sbb baik sangat pagi ni.. huhu ..

Tapi sebelum tuuu .. Dia capai Samsung Note 8.0 dulu !! Dia ke dapur sambil pegang menda alah tu.. Mak aihhhh .. Dah serupa macam dia punya pulak !!

Baru nak mandikan dia , wife bukak pintu rumah. Dia mc. Gi jumpa doktor katanya tadi. Tak tahan dok batuk2 dan selesa. Hurmm.. Sian.. Aku suruh dia gi masuk tidur jer .. Pastu aku mandikan Qhaliff ..

Lepas mandi , makan .. Main dengan dia jap .. pastu dia layan citer feveret dia .. Kul 12 lebih , baru dia sambung tidur … huhu .. Baiknya diaaa … hurmmm

Published with Blogger-droid v2.0.10

You May Also Like

6 comments

  1. tukar jer kepunyaan note tu kepada qhaliff abang ben...he he he...tak pun dia dah buat macam dia punya juga tu... *_^

    BalasPadam
  2. baiknya dia...kan dia bakal jadi abang tak lama lagi..^_*

    BalasPadam
  3. Khusyuk betul Qhaliff tengok movie ke tu?hehe alahai baiknya Qhaliff arini ye. Good2

    BalasPadam
  4. Qhaliff dah tau last-last akan jadi milik dia juga..hehehe..bijak-bijak..

    BalasPadam
  5. qhaliff x sampai hati kot nak ganggu daddy ea tido hihi

    BalasPadam