Berhantukah di sini ?

by - Jumaat, Oktober 11, 2013

 

Photo: Kawasan ni kerap sungguh kemalangan ..  Tiada kamera AES di sini ..

Aku tergerak hati .. Pasang video di dalam kereta aku dan halakan ke jalan raya. Banyak kesalahan jalan raya yang aku dapat rakamkan .. Dan inilah kebanyakkan punca punca kemalangan ..

Dan , seperti yang aku jangkakan .. ada berlaku kemalangan jalanraya di Putrajaya pada waktu petang terutama selepas hujan. Jalan yang 3 lorong ni cukup popular kerana kekerapan kemalangan di sini !

Menariknya , bukan kereta berlanggar dengan kereta tetapi tiang lampu atau pokok yang selalunya jadi mangsa ! Kenapa ?? Aku pon tak tau laaa .. Walhal jalan ni cukup punya relaks je . Tetapi kenapa kerap berlaku kemalangan ? Pemandu cuai ? Terleka ? Mengantuk sangat ?

Tertanya gak aku .. mana kamera AES atau papan tanda amaran di sini seperti di jalan ni ..

Kan bagus letak tanda amaran gini dari pacak kamera AES tu !! Sememangnya pemandu akan perlahankan kereta depan kamera pastu confirm akan pecut semula ! Jadi , untuk apa kamera tu ??

Kalau kat trafik light , hanya akan tangkap mereka yg langgar lampu merah .. Bagi yang mampu bayar , bayar la.. Tapi apakah itu akan mencegah kemalangan ? Aku tak rasa langsung ! Sekadar menambah beban dan hutang jer !

Berbalik pada jalan ni , tak perlulah pasang kamera sebaliknya papan tanda amaran jer .. Letak gambar tengkorak tu pon dah cukup mengerikan !

Hurm.. ‘keras’ ke jalan ni ?

You May Also Like

1 comments

  1. macam keras, kalau ada AES lagi keras tu..keras otak nak bayar. :)

    BalasPadam