Bajet punya hal !

by - Jumaat, Oktober 25, 2013

 

Aku , tak kisah bab subsidi gula ni haa.. Aku bukanlah pengemar gula ! Tapi nape bising sangat aku ni kat FB ? Hehehe .. Apakah makanan harian kita ni takde gula ?

Contoh laaa .. Milo dalam tin tu.. Takde gula ke ? Semata mata koko je ? Sat aku check ..

Tu diaa .. ada ! Apakah kenaikan harga gula nanti tidak memberi kesan pada milo yang menjadi kesayangan ramai anak kecil yang ingin membesar bagai johan ?

Bagaimana pula dengan susu formula ? Takde guna gula ke ? Walaupun jumlahnya kecil , namum itu bukan alasan untuk tidak menaikkan harga barang .. Kalau tak naik , ok la.. Kalau naik ???

Janganlah ingat gula putih yang dibeli dan dicampurkan minuman tu saja .. Air tin , air kotak .. Nak minum kat luar sesekali.. Tau tau secawan milo kosong pon dah buat keluarkan note rm1 , dua keping ! Walhal dulu … Hurmmm ..

Aku tak nak pertikaikan apa kerajaan buat tapi mereka yg kata “ ala gula je pun …” niii .. Jangan la pandang remeh.. Camana pulak dengan kawan kawan yang meniaga makan ? Bila semua pakat makan kat rumah je , diorang yang cari makan melalui bisnis makan ni ?

Nasi lemak yg aku beli hari hari pon , apakah terkesan jugak ? Mari kita tunggu ..

Aku kesian pada yang tak mampu .. Yang mampu , jangan angkuh ..

You May Also Like

4 comments

  1. Biasalah abg Ben.... mereka tu memang mcm tu..... padahal gula sepenuhnya milik negara kita, jadi harga dia set utk minimum price.... hmm gula cepat naik harga sejak syed al-bukhari amik alih... era robert kuok pun tak naik mcm ni

    BalasPadam
  2. betul tu. kalau takat gula, kat rumah ni, sekilo 3 bulan pun tak habis2. tp, masalahnya, gula ni sama dgn petrol. cukup cuma dia yang naik, yang lain pun akan ikut sekali sebab gula ni jadi bahan utama dalam setiap makanan harian rakyat Malaysia ni. belum masuk air2 kat kedai lagi. anyway, duit subsidi yang dikurangkan tu, ke mana halanya? (soalan kurang pandai. tp, tak apalah )

    BalasPadam
  3. orang yang suka fikir shortcut akan fikir hanya gula naik harga.. biasa spesis yg bawah tempurung memang tak boleh fikir luas sangat. bila kata gula.. maka dia fikir GULA saja.. benda2 lain yg perlu campur gula dia dah tak fikir

    BalasPadam