Bagaimana nak menjana pendapatan melalui blog?
Ada beberapa orang kawan bertanya pada aku .. Camana atau apakah tips nak menjana pendapatan melalui penulisan di blog ? Hurmm.. patutkah aku berkongsi ? Abis laa aku nanti tak leh cari makan !!
Hehehe.. gurau jer.. Rezeki di mana saja .. Andai kita bagus , berdisiplin serta tak cerewet , maka tak perlu risau.. Bagus dalam cara tersendiri ! Keunikan dalam penulisan tu penting. Kalau sama je , apa bezanya kan ?
Aku tak bicarakan mengenai business , jual itu ini di blog .. Aku nak tekankan melalui penulisan yg mana itulah majoriti blogger yang wujud di Malaysia ni dan berminat nak punya pendapatan sampingan melalui penulisan.
Sebenarnya ianya mudah. Seperti yang aku buat dulu dulu , blogger jangan terlalu bergantung pada entri entri hot untuk menjana trafik beribu ribu sehari tetapi bila ada agensi pengiklan ‘datang’ melawat , blog anda cumalah sekadar blog info saja. Perlu ada entri anda sendiri !
Benar .. anda mampu menjana pendapatan melalui banner banner yang dipasang tetapi tidak teringinkah bekerjasama dengan syarikat syarikat besar seperti SONY , NOKIA , MAXIS , PETRONAS dan sebagainya ?
Terlalu banyak job job advertorial untuk anda di luar sana tapi bagaimana anda nak blog dikenali terutama oleh mereka yg punya pengaruh agar dapat mengetengahkan blog anda untuk dipilih ?
Jawapannya .. rajin rajin la komen di timeline blogger blogger yang korang selalu tengok dia buat advertorial produk dan sebagainya. Kena sabar dan tebalkan muka sedikit. Lama kelamaan , dia akan perasan dan akan berkenalan .. Dari situ barulah anda perkenalkan blog anda. Jangan gelojoh.Biar lambat asal terpikat !
Dan dalam blog anda pulak , jangan la sepahkan dengan entri entri yang mana bila ada agensi berminat , diorang masuk tengok .. hanyalah entri entri copy paste atau cedok .. Kena la buat entri sendiri yang menunjukkan anda seorang penulis berkebolehan dan patut mendapat tempat di kalangan blogger blogger senantiasa dapat job !
Ianya mudah jika anda menulis dengan hati. Jika menulis dengan nafsu , maka …. Dan pastikan entri anda ada ‘perasaan’ .. Barulah orang terpikat dan .. walaaahhh … Masa tu , baru tau masa betapa payahnya nak dapat duit dari blog ni .. heee… Nampak je mudah ..
34 comments
apa maksud dengan advertorial product ??
BalasPadam@Ryuzaki Matsuyama anda akan diberi satu produk dan bercerita mengenainya seikhlas mugkin.. dan kemudian dibayar.
BalasPadamMasih belajar menulis dgn hati.tp kebanyakn sy memg tulis dgn hati pun cuma kena belajar utk smpaikn isi hati tu supaya ramai org blh terima.yelah kdg2 tulis ikut hati je tu yg kdg2 keras je bunyinya.apa yg ptg sebelum kita berharap dpt pulangan yg besar kita kena kukuhkn yg basic dulu.kunci usaha & sabar
BalasPadamOwh.. Mcm tu.. Kdg2 update blog bila idea datang baru taip :-)
BalasPadamtq bro atas pejelasan tu :)
BalasPadamkena tebal muka eh..hehe kena try ^_~
ok nk komen blog abg ben mana tau kot2 dpt sponsor hahaha
BalasPadamTerima kasih abg ben atas perkongsian maklumat ini. LeYa pun sedang meniti naik di persada blog sejak 2bln kebelakangan ni.b4 ni blog leya dah pun berusia 6tahun tp x sehebat skrg..hehe..semuanya atas tunjuk ajarku sifu2 yg hebat.. dari tiada follower n comment sehari dulu, skrg dah pun ada pengomen tegar dlm blog tuh
BalasPadamTq for sharing the info..
BalasPadamAssalammualaikum...abg ben,
BalasPadamterima kasih atas penerangan dan tips2 yang diberikan...
mselim3
thanks abg Ben for the useful advise... :)
BalasPadamBoleh share macam mana consistent update blog?
BalasPadamtq...salam blogging.
BalasPadamhu3..dgn penuh nafsu tu buat aku rasa takut plak nak tulis entri
BalasPadamtips yang memang berguna... tq en.ben...
BalasPadama very good info..thanks Ben... makin murah rezeki bila rajin berkongsi :-)
BalasPadamMenulis dari hati sama macam masak dari hati. Kite curahkan kasih syg. Jd org yg baca/ rasa pn hepi. Kan kan. Hehe
BalasPadamWauu..terbaik..sudikan saya take note ilmu ini di blog.
BalasPadamgud info abg ben..tq 4 sharing.. =)
BalasPadamBaru faham.. hehehe.. tapi kadang2 saya berblog ikut suka hati.. tu dikira dari hati juga ke? hihihihi
BalasPadamringan tulang x berat tulang macam aku...bila nak belanja main paintball haha
BalasPadambaiklah..terima kasih atas tips encik ben..saya akan mulakan dari sekarang..start dengan komen kat sini.. hehe..
BalasPadamnak jgk tp so far utk kethp abg ben.hehe..
BalasPadamtips yg terbaik dari pengalaman sendiri , RAHSIA BESAR TU !!
BalasPadamnampak mudah,tapi ia amat sukar
BalasPadamthanks for the tip bro.
nampak mudah,tapi ia amat sukar
BalasPadamthanks for the tip bro.
Thanks for the tips bro.
BalasPadamtips yang sangat berguna..thanks a lot for the tips..
BalasPadamnice info=)
BalasPadamassalamualaikum..terimakasih sudi berkongsi tips..
BalasPadamThanks for sharing abg ben.semoga murah rezeki :-)
BalasPadambukan senang nak senang..
BalasPadameh... senang je nak senang kalau kena gaya nya serba serbi ... :)
Info yg menarik hati
BalasPadamSaya belom ada apa- apa blog
Baru je nk belajar menjerumuskan diri
Tapi tak tahu nak mula dari mana
Dan bagaimana?
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamTerima kasih atas tips ni bem.
BalasPadamhttp://norzifoodilicioushouse.blogspot.com/