Kena belajar cooool ! Budak budak ni mmg banyak karenah … Kalau kita mula bengis dan garang pada mereka , mereka akan takut pada kita. Hormat ? Sepatutnya mereka menghormati kita sebagai bapa atau ibu tapi bila jadi takut , mereka akan fobia..
Qhaliff .. bila malam mmg nak aku ada disamping dia dan aku pulak nak kena siapkan kerja. Tak larat aku nak tidur lewat tiap malam ..Wife , tak larat.. ngandung + penat kerja. Jadi camana ?
Biarkan je dia.. Biar dia main … Tanya apa dia nak. Cam aku , aku tanya Qhaliff .. Dia faham. Terus pergi ke dapur dan tunjuk peti ais ! Aku bukak , dan tanya nak apa ? Sengih dia ! Sengih dia !! Hhahahaha.. Dia tunjuk… sebelum tu memilih.. pandang kiri kanan atas bawah.. Apa yang dia nak ?
Akhirnya dia pilih .. Aku amik dan ajak ke ruang tamu. Dia ikut . Selepas selesaikan minuman dia tu , dia main jap .. Bila dah nampak layu, angkat dia letak dalam buaian.. Buai dia sambil layan zikirullah … mata makin layu , aku dukung dan kasi kat mak dia yang berada dalam bilik ..
Selamat !
Kena belajar .. tengok ragam dia .. Aku tak nafikan memula dulu , aku mmg stress .. Dengan keje yang dateline dah hampir , idea takde .. perghhh ..
Tapi sekarang ? Dah tau cuma kekadang aku saja kasi kat wife uruskan sbb tak nak Qhaliff terlalu rapat dengan aku dan aku sendiri terlalu rapat dengan dia. Tak sanggup aku nanti nak tinggalkan dia bila kena keje luar ! Haa.. parah akuuu .. huhu ..