Ok, faham dah ??? Senang je kan ? Sekian .. tak yah dah nak terang panjang panjang ..
Published with Blogger-droid v2.0.10
Ok, faham dah ??? Senang je kan ? Sekian .. tak yah dah nak terang panjang panjang ..
Hahaha.. Dia pasang lagu yang ada kat kereta dia tu .. Pastu bantai menari ! Aku tak tau la punca jadi gitu ! Nak kata dia terlebih gula , tak pulak. Nak kata dia hyperactive .. langsung la tidak .. Tapi inilah dia antara tanda tanda anak semakin membesar dengan sihat ..
Sedikit perkongsian untuk bayi seusia Qhaliff dari PAMA
• Pada peringkat ini kanak-kanak biasanya sudah pandai berkata-kata. Contohnya. “Mana mama?”
• Ketika bercakap, mereka akan fokus terhadap apa yang mereka cakapkan itu.
• Semasa membaca buku bersama, mereka akan turut menyebut nama objek-objek yang ada di dalamnya.
• Kanak-kanak dua tahun juga semakin pandai naik dan turun tangga.
• Boleh membuka zip yang bersaiz besar.
• Sudah pandai melukis.
• Semakin pandai memegang dan menggunakan sudu.
Tip: Beri anak anda sudu dan garpunya sendiri ketika makan untuk merangsang kemahirannya memegang sesuatu benda.
Manakala perkembangannya pula akan merangkumi 5 asas utama iaitu perkembangan fizikal, bahasa, kognitif, sosial emosi dan estetika serta daya kreatif.
1. Perkembangan Fizikal
Si manja mengalami perubahan dari segi bentuk dan saiz; kebolehan mengawal pergerakan motor kasar dan halus serta koordinasi anggota badan. Motor kasar berkaitan dengan otot-otot kasar seperti merangkak, memanjat, berjalan dan berlari. Manakala motor halus berkaitan dengan hal yang menggunakan saraf seperti melakar dan melukis.
Tip rangsangan: Berikan anak kertas dan pensel warna. Biarkan dia melukis apa sahaja yang diingini untuk memupuk kreativiti mereka.
2. Perkembangan Bahasa
Anak anda akan mengalami perubahan daripada tahap mengeluarkan bunyi-bunyian kepada penerimaan, kefahaman dan mengeluarkan kata-kata sebagai tindak balas kepada rangsangan. Dia akan belajar menyebut apa sahaja yang didengarkannya. Sama ada melalui percakapan ibu bapa, bahan bacaan yang dibaca kepadanya, menonton televisyen dan mendengar radio.
Tip rangsangan: Ajaklah anak menyanyi lagu dengan lirik ciptaan anda sendiri agar anak boleh belajar menyebut perkataan dengan betul. Misalnya,“Masa mandi, gosok gigi, gosok gigi, gosok gigi...baru bersih.”
3. Perkembangan Kognitif
Ini bermaksud keupayaan kanak-kanak mengumpul maklumat dan menyelesaikan masalah. Perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza mengikut tahap usia. Interaksi dan komunikasi orang dewasa dengan kanak-kanak adalah perlu. Kanak-kanak memahami dan akan belajar meniru sebutan berbahasa dengan betul setelah melakukan pengumpulan maklumat.
Tip rangsangan: Setiap kali melakukan sesuatu, beritahu anak apa yang anda sedang buat. Misalnya, “Mama nak buka lampu ni,” lalu tekan suis dan lampu akan menyala. Dengan cara ini anak anda akan memahami perbuatan tersebut.
4. Perkembangan Sosial Emosi
Kanak-kanak mula belajar bergaul, berinteraksi dan meluahkan perasaan. Mereka semakin membesar dan pastinya perkembangan emosinya berbeza seperti gembira dan marah. Asuh kanak-kanak dengan mendengar perasaan yang diluahkan dan bimbing mereka ke arah emosi yang positif. Jangan dibiarkan menangis berterusan tanpa mengambil berat emosinya. Tenangkan mereka supaya tidak menangis berpanjangan. Minta mereka memberitahu masalah dan berikan dorongan atau pujian sekiranya mereka boleh menguasai emosinya.
Tip rangsangan: Galakkan anak berkawan dengan rakan sebaya agar dia pandai berkomunikasi dan bertolak ansur.
5. Perkembangan Estetika dan Kreativiti
Lihat kemampuan si kecil mengembangkan daya kreativitinya. Kemahiran ini diperoleh menerusi aktiviti dan projek berkaitan seni visual yang mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Proses ini mengaktifkan pemikiran kritikal kanak-kanak dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti pendidikan seni visual menggalakkan kanak-kanak melakukan eksplorasi dan eksperimen dalam kehidupan seharian.
Tip rangsangan: Ajak anak bermain permainan gambar sama. Ambil beberapa keping gambar dan buatkan dua salinan. Campurkan kesemuanya dan biarkan anak asingkan gambar yang sama. Cara ini mengasah kemahiran anak menyelesaikan masalah. -PAMA
Hurmmm... Gini ceritanya.. Awal pagi ni aku nak ke pejabat Nokia.Ada keje kat sana skit. Jadi , wife antar aku LRT Cheras dan dia terus ke Putrajaya. Dlm kereta , dia minta duit kecik kat aku utk beli breakfast. Kat dia semua duit besar jer.
Lepas bg duit , aku tak masukkan dompet tu terus ke poket belakang seluar aku sbb susah nk selit.. jadi aku letak celah peha aku.. satu kebiasaan yg tak patut dilakukan sama sekali !!!!
Sampai LRT , aku turun dan cek poket aku .. Dompet takde !!! Arghhhh.. Aku syak dalam kereta .. terus aku amik teksi dan suruh kejar wife aku yg dah berlalu 10 minit !!
Call dia , tak berangkat sbb hp dlm beg tangan dia .. Aku suruh ke rumah org tua aku .. Nak pinjam duit dari mak aku sbb ada RM10 jer. Aku kena pergi juga ke Nokia sbb dah janji.. Doa harap ada dlm kereta la dompet aku tuu..
Sesampai semula ke LRT , aku ternampak sesuatu atas lopak jalan raya yg mana tempat sama wife aku turunkan aku td .. Aku doa sangat tu dompet aku.. huhu.. Turun je teksi, aku terus ke situ. DAN SEMEMANGNYA TU DOMPET AKU !! Alhamdulillah ... rezeki aku dan nasib baik hari hujan !! Kenapa ? Sbb semua org dlm keadaan 'segera' ! Takde yg berlenggang kangkung.. huhu..
Memang rezeki aku.. Aku siap gi balik kat pemandu teksi tu dan tunjuk kat dia dompet aku tuuu.. hahaha.. Adeh.. Tgk jam , dah kul 8 pagi dan aku perlu ada kt sana jam 9 .. Sempatkah ?
Sempat ... alhamdulillah..
Ahaaa… Teringin tak bergabung dengan seorang selebriti terkenal dalam sebuah kereta ? Ada 5 selebriti yang bersedia bersama anda di dalam kenderaan itu ! Sapakah selebriti yang aku maksudkan itu ? Mereka ialah Maya Karin , Shahiezy Sam , Dj Yoon , HK Heartthorb Him Law dan artis sensasi dari Taiwan , Bii. Utk apa ?? Sila teruskan baca …
Sebelum itu .. mereka bukan saja akan menaiki kenderaan bersama korang saja tetapi berpeluang memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 !! Wowwww.. banyak tuuuuu ..
Ok .. Petronas' Fuelled By Fans, Powered By PRIMAX bermula pada 14hb Oktober 2013 dan pemilihan akan dilakukan pada 24hb November 2013 .. Masih ada masa lagiii ! Cepatt …
Pertandingan ni mudah jer .. 5 selebriti bersama fans mereka akan diberi sebuah kereta bersama preloaded Mesra Card , smart phone bersama data plan. Mereka harus menggunakannya untuk mendapatkan bantuan dari fans dan follower di Twitter bg memenangi pertandingan ini. Ini bukan siapa yang habis dulu tetapi siapa yang mampu pergi lebih jauh !
Cara nak menyertai pertandingan ini ? Mudah jeer haaa.. Korang cuma perlu berbelanja sebanyak RM30 di mana mana stesen Petronas atau beli Mesra Combo utk lebih peluang bg memenangi tempat bersama mereka !
Kemudian sila ke www.mymesra.com.my/Like2SaveFor dan di sana korang akan menilai sendiri setiap selebriti tersebut dan mengapa korang patut pilih mereka atau jadi penyokong mereka ketika pertandingan itu nanti !
Jangan lupa download borang penyertaan di www.mymesra.com.my/Like2SaveFor dan hantar di mana mana stesen Petronas ..
Ahaaa.. Buat yang tak tau , ‘Fuelled by Fans , Powered by PRIMAX ‘ ini dibawa khas oleh PETRONAS yang mana direka khusus untuk penjimatan penggunaan petrol harian serta kelancaran enjin. Satu perbincangan mengenainya boleh korang ikut serta di facebook.com/PetronasBRANDS atau Twitter dengan follow @PetronasBrands dan jangan lupa guna #LIKE2SAVEFOR .
Ha , anda ingin jimat untuk apa sekarang ni ? #LIKE2SAVEFOR
Aku tak dapat 5A .. Keputusan aku dibanding dengan rakan rakan yang seumur dengan aku. Walaupun mereka lebih A dari aku , aku dah cuba yang terbaik . Aku bukan kaki ponteng sekolah. Aku bukan kaki tak buat kerja rumah. Aku gi tuisyen . Aku belajar dan aku juga bermain . Aku wakili sukan bolasepak utk sekolah hingga menjuarai peringkat Wilayah Persekutuan. Bangga ? Tentulah. Ianya kenangan terindah aku ketika itu.
Tak dpt 5 A apakah bererti aku bodoh ? Apakah bererti dunia aku dah tamat ? Tidak pon .. Aku masih meneruskan persekolah. Cuma bukanlah di sekolah terbaik atau terpilih. Tak kisah pon mana mana , asalkan aku tau aku ke sekolah untuk mengutip ilmu dan ilmu itu aku gunakan untuk aku hidup ! Bukan semata mata utk lulus cemerlang dalam peperiksaan ..
Bukanlah keputusan aku tu teruk sangat.. Cantik je pon.Boleh je masuk ke sekolah sukan di Wilayah ni tapi disebabkan kabel aku tak kuat dan juga aku punya abang di peringkat sekolah menengah , maka aku kena masuk sana. Kecewa ? Hanya Allah saja mengetahui perasaan aku tu. Menangis ? Jangan cakap laa.. Aku menangis setiap malam kerana hampakan org tua aku .. Tapi aku berjanji berikan yang terbaik bila aku dewasa nanti ..
Aku sekolah di sekolah budak nakal ! Bayangkan setakat tengok budak bergaduh , dadah , rokok , buli .. semua ada depan mata aku . Tapi percaya tak ? Aku tak terpengaruh pon walaupun rakan rakan aku tu ada yang kaki rokok dan kaki ponteng ..
Kenapa ? Sebabnya setiap pagi aku pergi sekolah , bapak aku hantar. Rasa sayu setiap kali memandang wajahnya. Aku pernah menangis sejurus saja turun dari bas sekolah .. Bapa aku pemandu bas sekolah yang dimilikinya sendiri. Aku nak je naik balik dan berkata biarlah aku amik lesen dan gantikannya.
Hurmm.. Dan aku disini sekarang. Walaupun aku bukanlah angkasawan negara , menteri mahupun profesor , sekurangnya aku tahu dia berbangga dengan pencapaian aku sekarang dan aku sememangnya gunakan segala ilmu yang aku belajar di sekolah dulu , pada hari ini ..
Yang penting , jangan putus asa.. Rezeki Allah ni luas. Tujuan kita hidup atas dunia ni bukan untuk lulus ujian manusia sebaliknya lulus ujian Allah ..
Hehehe .. aku sebenarnya malas nak campur tangan hal dorang yang tersohor di Malaysia ni .. Dua dua ada aura tersendiri .. Sapa yang aku sokong ? Dua dua aku ok bagi aku .. Nak kata sokong tu , aku rasa kalau bab sukan ni , confirm la aku sokong Menteri Belia dan Sukan kita ni .. Lantang , bersemangat dan pastinya mahukan yg terbaik setelah menteri menteri sebelum ni , agak .. hurmm .. Korang pon tahu la kan ..
Dalam bab ni , macam macam cerita dah aku dengar .. Sapa yang bersalah ? Hurmm... Aku gi masuk Twitter KJ dan cari tweet tweet yg mungkin menjawab tweet Siti tu tapi .... tarakkk ..
Part ni aku respek dia .. Dia menunjukkan sikap profesional dan matang .. Tak layan orang yang tak de kaitan atau pun isu yang dibangkitkan .. Tahniah ! Buat Siti , rasanya lebih baik tumpukan pada bidang dia je la.. Jaga isu isu artis lagi bagus kot.. ke nak jadi ahli politik pasni ? Hehehe ..
Oh ya .. Baru atau tau kat Malaysia ada Menteri muda dan menteri tua ...
Teguran dan ingatan untuk aku dan juga rakan rakan pembaca sekalian. Bukan nak perli , bukan nak sindir atau nak cari salah sapa sapa .. Tetapi apa kata kita cuba letakkan diri kita di tempat mereka ..
Meletakkan kenderaan sesuka hati termasuklah di hadapan rumah atau menghalang kenderaan orang lain ,sangatlah tidak beretika. Atau nak tulis bahasa kasarnya , er... korang pun tau la apa perkataan tu kan ? Malas je nak sebut..
Bayangkan jika ada kecemasan .. kereta kita tu , telah menghalang laluan orang lain gara gara parking ikut suka atau ' terpaksa' parking sbb takde tempat lain nak parking ! Apakah yg boleh terjadi ? Walaupun utk seminit dua , andai kecemasan .. seminit dua itu mampu jadi penyebab ..
Hurmm.. jadi , bila nak parking kereta tu .. tengok tengok skit kiri kanan .. Apakah mampu mengundang kemarahan orang lain ? Atau mampu membuatkan kereta kita dicalar ? Haa..fikir fikirkanlah ..
Awal pagi mak dia masakkan nasi goreng special untuk anak kesayangannya ni .. Tapi bila aku suap , dia tak nak .. Lari ke sana sini. Bila berjaya ditahan , paksa .. dia luahkn balik makanan tu ! Grrrr...
Bagi susu dia minum. Bagi biskut dia makan ..Tapi tau dia lapar tuu.. Apa nak buat ? Tengok jam dah kul 9 lebih .. Nasi lemak confirm abis dah ..
Dukung dia .. gi kedai runcit .. 300 meter .. pergi balik 600 meter dengan dukung dia yang dah berat 14kg ni.. Berpeluh jap ketiak .. Tapi berbaloi.. masuk masuk je rumah terus dia mintak roti dia .. Hurmmm ...
Lepas makan roti , baru sambung balik tidur dia .. Kasi mandi dulu laa.. hehee .. Dapat la gak jemur baju dan dan mintak rezeki kat Allah ... huhuh..
Dah pandai daaaahhh .. Tak dpt air kegemaran dia , kat situ gak dia bantai golek sambil bercucuran airmata ...
Nak bagi ke tak ? Akhirnya aku memahami kenapa bapak aku byk mengalah dgn anak anaknya .. hurmmmm...
Ahaaaa ... 3 blogger awek yang aku jumpa , sebelum mereka dikenali ramai .. Auwww .. Skang memasing dah tempa nama dan tak lama lagi Emas Putih II pulak akan berada dikemuncak .. InshaAllah ..
Setiap blogger ni , ada kelebihan masing masing. Yang sorang , peramah serta kuat semangat .. Tak mudah putus asa walaupun diserang dek hatersnya berkali kali ..
Yang sorang lagi , bijak mengatur strategi dengan menggunakan blog dan fan pagenya .. Alhamdulillah .. Berjaya juga dah sekarang. Dah ada komuniti memasing gitu.
Sorang lagi .. Haaa .. yang ni mmg dah ada nama cuma belum menonjol lagi. InshaAllah .. aku rasa dia akan pergi jauh tak lama lagi.. Kena bagi peluang dan ada network yang betul ..
Betul , nak berjaya .. kena ada network ! Kalau takde network zaman ni .. mmg susah woooo .. Jadi , pandai pandai la cari kawan dalam dunia blog ni .. Jadi peramah dan rajin join event event blogger ..
Dan bila dah naik , jangan la sombong .... dan lupa asal usul .. Dan juga , jangan tikam belakang kengkawan .. Ok ? Good .. Sila sambung kerja anda ..
Oh , nak femes tak semestinya comel .. Nak femes perlu ada keberanian .. Sekian.
Teringat Qhaliff sewaktu ni .. Dia dijaga oleh Lyssa .. hehehe .. Comel cam aku kan ? Aku tau dah ..
Malam ni , sekali lagi bersantai bersama sama rakan rakan blogger di Lava Grill Restaurant , Serdang. Haa.. Sebenarnya ramai lagi ni tapi saja tak nak masukkan diorang. Untuk entri seterusnya. Yang ni nak cerita pasal Qhaliff jer .. Heee ..
Ceritanya begini .. Aku tak tau la nape , sejak dua tiga pat lima menjak ni .. Qhaliff cukup susah nak kat orang . Puas la orang pujuk , bagi rasuah , ajak nikah .. pon tak nak . haihhhh .. Nak melekat ngan mak pak dia jer ..
Burger bakar yang sampai di depan mata aku , amatlah menyelerakan tapi tak berjaya dihabiskan sbb dok mengejar Qhaliff .. Dok silih berganti makan dengan mak dia .. Kek besday tiramisu yang sedap tu pon tak sempat nak makan abis.. Wife kempunan nak makan.. Tak pe , nanti kita gi makan eh.. Qhaliff duk umah mak aku nanti.. hehehe ..
Dapat masuk separuh beger tu tapi abis dah dibakar sbb dok dukung dia jer .. Bukan ngeluh tapi saja nak bagitau korang .. mana tau ingat ada baby ni senang je nak jaga .. huhuuh ..
Perlukah guna menda alah ni ?
Rasanya belum perlu sbb dia masih boleh dikawal . Bila jadi macam td tu , bermakna dia boring dan mengantuk ..
"Dadddyyyy , jommm balikkkkkk .. " . Tapi daddy degil .Masih nak melepak ! Bukan selalu woooo .. huhuh ..
Dia gi main kat sana sini .. Pastu getiba dia naik naik tangga .. Aku yang sedang 'bergayut' di telefon dengan rakan bisnis pasal projek juta juta tahun depan terus pegang tangan dia tanpa syak apa apa..
Dia naik sampai atas.. terus masuk ke bilik air ! Aik ??? Aku terkejut ! Awalnya dia nak mandi. Dia terus main air .. Aku rasa semacam jer.. Aku tengok lampin dia.. Ler.. patut laaaa ..
Mamat ni tak leh berak skit .. terus ajak gi cuci ! Bila dah masuk bilik air , jawabnya .. main air laaa ..
Seronokkkk .. Tak tau laa berapa bil air bulan ni..
Untuk para ibu , mungkin dah biasa .. terutama yang biasa mengemas . Bila anak tidur , perghhh .. bestnyaa .. boleh buat macam macam kerja seperti tidur , makan dan ngorat awek sebelah umah ! Hahahah ... Takde maknaaanya okeh ! Bila dia tidur , baru la leh update blog , kemas rumah ( skit skit ) , makan ke .. atau ok , yang ni bila dah tak larat sangat yakni tidur .. heee ..
Fizikal dan menta perlu dalam keadaan bersedia bila anak kecil kita tu bangun. Sebab tu kena join sama dia tidur .. heeee .. Kalau tak nanti leh tekanan perasaan wooo ..
Contohnya bila anak kecil kita tu sibuk benar nak makan sendiri sambil tengok tv ! Tengok la gaya dia.. Buat buat terkejut walhal dia tau dia pasti kena marah sbb sepahkan makanan .. hahaha.. Berlakon pandai budak niii ..
Padahal , boleh je dia makan elok elok.. Saja nak kasi bapak dia tekanan jiwa sat.. Nak uji la katakan .. Haaa .. Jangan ingat budak dah berusia setahun dua ni tak reti nak sakat bapak dia !
Haaa.. Anda dah bersedia ? Tu belum part tv dia nak , hp kita pon dia nk gak.. dua dua dia nak serentak ! PErghhh ..
Hurmmmm..
Bila dia usik pun aku tak tauu.. padahal bila aku ada ngan dia , baikk jer dia .. hurmmm..
Nasib baik aku tak buang lagi plastik cover dia sbb tau ada org confirm geram nak pegang ... huhu ..
Oh ya .. Jangan terpedaya dengan kecomelannya ! Dia .. bukan manusia biasa.. Tapi dia adalah ...
Hurmm.. Benar kata mereka , anak kecil kita bila dah dapat kaki .. perghhhhh .. memang penat laaa nak kejar dia bila dalam shopping mall. Bila tak lepas , meronta ronta nak turun. Bila dilepaskan , serupa lipas kudung. Zas zas zassssss .. Antara larat atau tidak je nak kejar !
Qhaliff , dia lebih gemar didukung .. Manja terlebih . Tapi tu dengan aku jer. Dengan mak dia , dia takde la pulak. Nak berjalan la pulak .. huhuhu..
Bila dah berjalan , haaaaa .. faham faham je laaa kan ? Ke sana sini dia . Terus tak jadi nak shopping sbb nak jaga dia lak .. Maka ada la sahabat bg cadangan gunakan baby harness atau toddler wrist harness ni..
Hurmmm .. Aku faham niat baiknya tu dan hargai cadangannya tu tapi cam biasa la kan .. manusia ada pelbagai pandangan .. Ada yang kata penggunaan menda ni menganiaya anak kecil kita. Kelihatan seperti .. hurmm.. nak sebut pon tak sampai hati.
Aku ada terfikir sebenarnya.. Nak gunakan menda ni utk kebaikan Qhaliff tapi kang ada pulak memandang semacam kat aku bila di mall .. huhu..
Apa pendapat korang ?