Hahahaah !! Tau kenapa ?? Dia nak makan yg aku punya nasi goreng . Aku abiskan segera aku punya pastu tukar mangkuk ..
Baru dia nak makan ! Hahaha
Published with Blogger-droid v2.0.10
Hahahaah !! Tau kenapa ?? Dia nak makan yg aku punya nasi goreng . Aku abiskan segera aku punya pastu tukar mangkuk ..
Baru dia nak makan ! Hahaha
Melihat anak membesar depan mata , mmg sesuatu yg tidak patut dilepaskan sama sekali ! Anak akan jadi rapat dgn kita. Penting agar mereka tidak memberontak ketika besar nanti. Yelah , dgr cakap la kan.. Tapi bergantung pada cara asuhan dan didikan jugak kan ? Terlebih manja pon masalah jugak ..
Budak budak ni mmg suka main air .. Diorg kreatif bila dpt air. Boleh tgk apa reaksi mereka dgn air . Hahahaha .. Abaikan bapak budak tu.. Dia mmg terlebih kreatif dah ..
Weeee .. bapak dia yang lebeih !!
Pernah dengar SCARF PERFUME ? Ok , biar aku jujur je la yer .. Ini kali pertama aku mengetahui mengenai SCARF PERFUME. Itu pun melalui rakan aku , baru baru ini.
Dan aku terima sekotak untuk percubaan. Apakah ianya seperti yang rakan rakan di Facebook katakan setelah aku bertanyakan mengenai SCARF PERFUME ?
Antara pendapat mereka ialah :
Ok , ada yang dah cuba .. Mereka beri pendapat mereka dan ada yang berminat nak cuba .. Camana pulak dengan aku ? Sebenarnya SCARF PERFUME ni direka khas untuk wanita tetapi aku nak cuba sendiri ! Wife aku , ok je semua bagi dia .. Semua wangi jer .. Hehehe ..
Terus terang aku cakap la kan .. Aku try tiga wangian dah dan ketiga-tiganya wangi bagi aku termasuk yg botol kuning ( SMART AND CASUAL ). Aku tertarik dengan bauannya ! Serius !!
Yang penting ,dengan size yang sangat mudah dibawa ke mana mana dan harganya yang murah pasti akan membuatkan aku jadi pelanggan tetap ! Dan , boleh dibawa solat skali !
Tak jadi dah nak beli perfume yang harga beratus ratus ringgit .. Jimat !
Amacam ? Ada kawan tanya camana nak beli ? Haaa … Aku tau dah ! Bukan kawan tu je tanya camana nak beli .. adik aku sendiri pon nak beli ! Hehehe .. Tertarik dengan bau dan botolnya la tuuu .. hehehe ..
Bagi mereka yang berminat nak membelinya , boleh hubungi agen penjual mereka di SINI dan andai nak mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk ini , bolehlah ke website SCARF PERFUME .
Kalau masih tak yakin dengan SCARF PERFUME , apa kata ke fan page mereka di Facebook , SCARF PERFUME.
Amacam ? Hehehehe … Tertarik kan ? Tunggu apa lagi ..
Kelmarin , aku terima satu permintaan dari seorang penonton sewaktu aku menjadi panel jemputan yang mana ingin aku ‘menegur’ peniaga/usahawan yang beragama Islam yang amat jarang kelihatan memberi salam kepada pelanggan yang masuk ke premis mereka ..
Sememangnya molek memberi salam kepada pelanggan .. Pelanggan terus sejuk hati dan sukar nak tinggalkan kedai tu sbb tau peniaga tu pastinya seorang yang ramah dan akan banyak membantu andai dia ingin bertanyakan soalan mengenai barangan yang dia cari.
Satu ‘kemenangan’ jika peniaga menawan hati pelanggan mereka dengan senyuman juga. Amat sukar nak jumpa peniaga begini kan ? Hehehe ..
Apa kata … kita sama sama mulakan ? Aku sendiri pun kena mulakan jugak laa.. Kita nak masuk kedai , kita bagi salam atau yang berada di dalam kedai nampak orang masuk ke kedainya , cepat cepat bagi salam .. Bukan layan gadgetnya yer .. hehehe … Terus lari pelanggan nanti !
Kalau dia dok main sesuatu barang tu , aku amik .. Confirm gini la rupanyaaa .. Terus dia jerit , Naaa naakkk !! ‘ Na nak ‘ tu aku ok je .. Jangan dia sebut Nang nak , sudah laaa ! Tak rela koooo !
Sian kan ? Aku bagi hp aku , terus diam dan kembali sengih ! Pergh .. Kalau lah semudah ini memujuk awek , alangkah bahagianya dunia lelaki ..
Dia bukak, aku tutup . Aku tutup , dia bukak ! Aku tak tau la kenapa taksub sangat ngan lampu biru tuuuu !!
Hurmm.. siap menari lepas pasang ! Adeh …
Semakin teruk ? Serius ! Inilah punca punca kemalangan ! Bukan sebab kereta dah berusia atau dah tiba masa untuk bersara sebaliknya sikap pemandulah yang menyumbang kepada peratusan kemalangan maut di negara kita ni !
Antaranya , mereka yang tak reti nak bagi signal ! Konon kononnya dah mahir sangat la memandu tuuuuu … Kalau orang langgar , sila bayar ! Aparaaaaaa ! Kalau takat rosak kereta , leh tahan lagi laaa .. Kalau ada yang cedera ? Mati ? Haaa .. camana ?
Tak kira la jantina mana yang suka sangat tak bagi signal .. Tak perlu nak cari sapa paling banyak atau kerap buat kesilapan . Yang penting sikap yang perlu ada dan perlu dibaiki !
Jangan tunggu hingga yang tersayang meninggalkan kita gara gara kesilapan atau kecuaian kita , udah la yer ! Masa tu nak teriak sampai kuar air mata darah pon .. tatak guna loor !
Alhamdulillah .. Lama aku tak join festival gini. Dulu sewaktu bekerja dgn Kementerian Pelacongan , kerap gak la ikut serta festival gini.. Memang best jumpa dan berbual dengan orang .. Tapi aku bukanlah jadi panel. Cuma petugas booth jer .. hehehe ..
Dan yang aku pergi ni , Festival Hijab yg dikhususkan utk usahawan bumiputera yang dianjurkan oleh Mara. Satu usaha yang patut dipuji. hurmm ..
Sememangnya meriah. Gambar yang aku amik ni, orang belum ramai lagi… Time orang baru balik kerja. Dan mengikut pengalaman aku , biasanya atas kul 5 petang baru ramai datang .. Maklumlah , dah tak panas .. ehehe.. Nak lagi ramai , jemput artis datang .. Confirm penuh !
Di sini , pelbagai jubah , tudung yang beraneka rekabentuk , corak dan warna dijual ! Bagi aku tujuan mereka buat festival ni bukanlah untuk menjual produk mereka tetapi untuk mengetengahkan lagi produk mereka agar lebih dikenali terutama di luar bandar .
Ok , dan aku punya tugas lak hari tu ialah jadi panel jemputan dalam sessi dialog yg mana isunya berkaitan dengan media sosial . Ada beberapa soalan ditujukan utk aku dan antaranya soalan bagaimana blogger mampu membantu usahawan kecil ni mengetengahkan produk mereka di laman sosial .. Menarik kan ? Haaa..
Jadi , forum santai ni mmglah menarik sangat bagi terutama bila ada penonton turut sama bertanyakan soalan .. dan aku ditujukan soalan tersebut ! Huhuhu .. Mengeletar gak la nak jawab sbb Puan yang bertanyakan soalan tu , memberikan intro yang panjang. Risau je nak kena tembak masa tu.. haahaha.. Nasib baik la takde ..
Soalan Puan tu mudah jer .. Kenapa peniaga kita terutama yang beragama Islam ni , payah benar nak beri salam pada pelanggan yg masuk ke kedai mereka ! Haaa .. Betul tak ? Yang biasa kita dengar , GOOD MORNING atau WELCOMEEE ! Yang bagi salam ??
Maka aku pon jawab laaa .. Bla bla bla blaaa.. Haaa .. bla bla bla dan bla lagi.. Panjang lebar gak la aku jawab. Aku tak sedar rupanya speaker turut diletakkan berhampiran dengan booth booth yang sedia ada .. hahahaha .. Mampus aku .. Leh tahan gak la jawapan aku tuu.. huhu …
Satu lagi soalan .. Puan ni dah berusia.. Dia nak buat blog tapi tahu je la kan .. Banyak sangat arahan hingga terus hilang punca ! Jadi camana tu ? Dia berminat tapi disebabkan menda gini , terus hilang punca !
Hurmm .. aku dengan machonya menjawab .. Bla bla bla blaa .. panjang lebar laaaa jawapan aku hingga rasa nak ajak je Puan tu duduk kat kedai berdekatan dan tolong buatkan untuk dia masa tu gak ! Bukan apa , lagi ramai blogger .. lagi best laaa ! Kan kan ?
Begitulah pengalaman aku yang mana aku sendiri tak sangka aku mampu lakukan sendirian ! Bayangkan , dulu nak buat apa apa kena ada kawan ! Sekarang ni , selamba je gi sorang sorang ! Haaaa ..
Tu orang kata .. Pengalaman ni mematangkan seseorang ! Antara bijak amik peluang atau ternganga seumur hidup melihat kejayaan seseorang !
Terima kasih pada MARA kerana sudi menjemput aku … Nak lagi boleh ?
Punya la susah nak tidurkan dia sekarang bila jalan jauh ! Dia dah cukup selesa tidur atas tilam . Nak tidur ngan mak dia , mmg susah dah .. Lainlah perjalanan singkat.. Kalau jauh , mmg perit laa ..
Dah kasi dia penat seharian .. Namun dalam kereta kalau tidur pun , cumalah sekejap je.. Tak macam dulu .. punya laaa lama.. senang sungguh nak berjalan ketika tu..
Bila dah camni , jawabnya .. balik Kelantan naik kapal terbang je la … Huhuh …
Aku tauuuu .. mesti nak kata aku salah eja kan ? Haaa .. Aku tak perasan banner ni hinggalah aku up di fan page aku , SANTAI BEN ASHAARI dan ada kawan menegur mengenai ejaan di banner ni ..
Kemudian ada kawan yang menerangkan yang mana sememangnya ejaannya mmg begitu ! Hehehe … Kenapa ? Tak nak di saman ? Hahaha .. Bijak bijak .. Sekali pandang , mmg nampak FRIED CHICKEN la kan ? Dua kali pandang ?? Nampak ayam goreng dah .. takde sapa nak pandang banner tu lama lama sehinggalah pandangan ketiga iaitu setelah kenyang ! kan kannnn .. hahaha ..
Sedap tak ayam ni ? Korang tanya aku ke ni ? Nak aku jawab jujur ? Ok … aku tak pernah memandu sambil makan ayam goreng ! Apakah ertinya itu ? Sedap laa wooooo …
Nanti nak cari lagi la.. Ada yang nak sponsor kah ? hahaha .. Guwau jer …