Pengalaman jadi panel di Festival Hijab 2013

by - Isnin, November 25, 2013

 

Alhamdulillah .. Lama aku tak join festival gini. Dulu sewaktu bekerja dgn Kementerian Pelacongan , kerap gak la ikut serta festival gini.. Memang best jumpa dan berbual dengan orang .. Tapi aku bukanlah jadi panel. Cuma petugas booth jer .. hehehe ..

Dan yang aku pergi ni , Festival Hijab yg dikhususkan utk usahawan bumiputera yang dianjurkan oleh Mara. Satu usaha yang patut dipuji. hurmm ..

Sememangnya meriah. Gambar yang aku amik ni, orang belum ramai lagi… Time orang baru balik kerja. Dan mengikut pengalaman aku , biasanya atas kul 5 petang baru ramai datang .. Maklumlah , dah tak panas .. ehehe.. Nak lagi ramai , jemput artis datang .. Confirm penuh !

Di sini , pelbagai jubah , tudung yang beraneka rekabentuk , corak dan warna dijual ! Bagi aku tujuan mereka buat festival ni bukanlah untuk menjual produk mereka tetapi untuk mengetengahkan lagi produk mereka agar lebih dikenali terutama di luar bandar .

Ok , dan aku punya tugas lak hari tu ialah jadi panel jemputan dalam sessi dialog yg mana isunya berkaitan dengan media sosial . Ada beberapa soalan ditujukan utk aku dan antaranya soalan bagaimana blogger mampu membantu usahawan kecil ni mengetengahkan produk mereka di laman sosial .. Menarik kan ? Haaa..

Jadi , forum santai ni mmglah menarik sangat bagi terutama bila ada penonton turut sama bertanyakan soalan .. dan aku ditujukan soalan tersebut ! Huhuhu .. Mengeletar gak la nak jawab sbb Puan yang bertanyakan soalan tu , memberikan intro yang panjang. Risau je nak kena tembak masa tu.. haahaha.. Nasib baik la takde ..

Soalan Puan tu mudah jer .. Kenapa peniaga kita terutama yang beragama Islam ni , payah benar nak beri salam pada pelanggan yg masuk ke kedai mereka ! Haaa .. Betul tak ? Yang biasa kita dengar , GOOD MORNING atau WELCOMEEE ! Yang bagi salam ??

Maka aku pon jawab laaa .. Bla bla bla blaaa.. Haaa .. bla bla bla dan bla lagi.. Panjang lebar gak la aku jawab. Aku tak sedar rupanya speaker turut diletakkan berhampiran dengan booth booth yang sedia ada .. hahahaha .. Mampus aku .. Leh tahan gak la jawapan aku tuu.. huhu …

Satu lagi soalan .. Puan ni dah berusia.. Dia nak buat blog tapi tahu je la kan .. Banyak sangat arahan hingga terus hilang punca ! Jadi camana tu ? Dia berminat tapi disebabkan menda gini , terus hilang punca !

Hurmm .. aku dengan machonya menjawab .. Bla bla bla blaa .. panjang lebar laaaa jawapan aku hingga rasa nak ajak je Puan tu duduk kat kedai berdekatan dan tolong buatkan untuk dia masa tu gak ! Bukan apa , lagi ramai blogger .. lagi best laaa ! Kan kan ?

Begitulah pengalaman aku yang mana aku sendiri tak sangka aku mampu lakukan sendirian ! Bayangkan , dulu nak buat apa apa kena ada kawan ! Sekarang ni , selamba je gi sorang sorang ! Haaaa ..

Tu orang kata .. Pengalaman ni mematangkan seseorang ! Antara bijak amik peluang atau ternganga seumur hidup melihat kejayaan seseorang !

Terima kasih pada MARA kerana sudi menjemput aku … Nak lagi boleh ?

You May Also Like

6 comments

  1. Seronoknya abang Ben... jadi ahli panel tuh..bukan senang nak bercakap kan.. I mean.. bercakap penuh maklumat.. bukan bercakap penuh muslihat...hihu..

    BalasPadam
  2. moga ilmu yang dikongsi membawa 1001 manfaat kepada orang lain :)

    BalasPadam
  3. Takde video eh.. hehe.. nak gak tgk kan..

    BalasPadam
  4. Tahniah abg Ben, teringin nak jadi mcm abg Ben :)

    BalasPadam
  5. Tahniah Bro...setapak menuju kejayaan yang lebih gemilang.

    BalasPadam