Bagaimana atasi masalah anak yang malas dan lambat belajar

by - Rabu, November 20, 2013

-iklan-

 

Seronok tidak terkata bila melihat si comel kita boleh membaca buku. Pengalaman saya pertama kali melihat anak saya membaca buku Peter and Jane dari muka surat pertama sehingga tamat dengan lancar buat saya rasa sangat gembira dan terkejut. Anak saya yang berumur 3 tahun setengah, dah boleh membaca buku tahap 4 dan 5 tahun dengan lancar sekali.

Sebelum ni, anak saya susah kalau diajar di rumah. Saya memang nak didik anak saya supaya boleh membaca dari awal. Walaubagaimana pun kami tidak dapat memberi tumpuan yang lebih kerana sibuk bekerja. Isteri saya bertugas sebagai guru yang tak pernah selesai dengan kerjanya. Saya pula sering bekerja di luar kawasan sehingga berminggu-minggu lamanya. Bimbang perkembangan anak terganggu, saya menyarankan agar dia dihantar ke tadika.

Di tadika, anak saya satu-satunya pelajar berumur 3 tahun, selebihnya adalah pelajar 4, 5 dan 6 tahun. Menurut cikgu tak ada masalah, biar kan saja anak saya bercampur dengan pelajar kelas 4 dan 5 tahun. Seminggu pertama saya dapat maklumbalas dari cikgu yang anak saya terlalu aktif bermain dan tidak boleh fokus di kelas. Ada kalanya, cikgu beritahu anak saya sering mengantuk dan tidur di dalam kelas. DI rumah, bila saya tanya belajar apa di sekolah, dia jawab tak belajar apa-apa, tak tahu dan sebagainya.

Pada mulanya, saya fikir itu perkara biasa sebab anak saya kecil lagi. Tapi setelah hamper sebulan saya lihat tak banyak perkembangan pada anak saya. Dia masih tak boleh mengeja apatah lagi membaca. Paling-paling cuma baca ABC atau 123 sahaja. Oleh kerana ini anak sulong saya pun tak ada pengalaman untuk memantau sejauh mana sepatutnya tahap perkembangan dia.

Suatu hari saya terbaca artikel di sebuah majalah mengenai perkembangan otak kanak-kanak. Saya tertarik dengan kadungan artikel tersebut mengenai nutrisi yang boleh membantu meningkat pretasi otak dan IQ. Di artikel tersebut ada disenaraikan makanan-makanan sunnah dan tertulis di dalam Al-Quran akan khasiatnya untuk kekuatan otak. Makanan-makanan tersebut juga menjadi sajian utama para tahfiz Al-Quran. Bagus sekali kalau saya boleh bagi anak saya semua makanan tersebut. Tapi, di mana nak cari?

Alhamdulillah, akhirnya saya dah jumpa pun di mana nak dapatkan makanan tersebut. Saya tak bertangguh dan terus membelinya. Saya amalkan member makanan tersebut setiap pagi sebelum anak saya ke sekolah. Seminggu lepas tu saya Nampak perubahan yang sangat ketara. Anak saya senang bangun pagi. Lepas bangun terus minta makanan tersebut, dia sangat suka kerana rasanya yang sedap. Saya juga terima maklum balas dari cikgu tadika yang anak saya sekarang suka sangat belajar. Apa yang cikgu suruh pasti dia buat.

Memang betul sebab di rumah pun dia asyik nak buka buku, membaca, mengeja, menulis dan mewarna. Satu hari saya Nampak dia pegang buku Peter & Janes dan dibacanya satu persatu sehingga muka surat terakhir. Saya telefon cikgu dia dan bertanya mengenai perkembangan anak, cikgu tu sendiri agak terkejut kerana anak saya cepat sekali menghafal apa yang di ajar. Walaupun dia belum pandai membaca, tapi sudah boleh menghafal dan mengenal setiap perkataan di dalam buku tersebut.

Cikgu tadika anak saya pun tanya, apa saya buat pada anak saya sampai dia boleh berubah menjadi sangat rajin dan cepat belajar dalam masa yang singkat. Saya tak suka berahsia dan teruja sangat untuk berkongsi. Kalau pembaca pun nak tahu, sila teruskan membaca di Rahsia Anak Pandai .

You May Also Like

1 comments

  1. TAHNIAH KHALIF DAH PANDAI.KALAU BETUL CARA DIDIKAN,BOLEH JADI BUDAK YG CEMERLANG :D

    BalasPadam