Jom meriahkan MATIC FEST 2013 !!

by - Selasa, November 26, 2013

 

Heeee… tak gi , rugiii ! Kenapa ? Tadaaa …

Print

Amacam ? Tak caya lagi ?  Macam skit je aktiviti kan ? Heheheh .. Cer baca kat bawah ni lak ..

  • Pertandingan Paintball
  • Pertandingan & Pameran Cat Show – Juara (Trofi & pelbagai)
  • Pertandingan Treasure Hunt – Juara (RM 600 & 2 Pingat)
  • Pertandingan Karaoke – Juara (RM1000 & hamper)
  • Pertandingan Mewarna batik – Juara (RM 150)
  • Pertandingan Cabaran Sukan Rakyat – Juara (RM 500)
  • Pertandingan Mewarna - Juara (RM 150)
  • Pertandingan Arm Wrestling
  • Pertandingan Tamiya – Juara (Kereta Tamiya, piala & hamper)

Hehehe .. Cam best je kan ? Cam menarik je kan ? Memang pon laaa .. Aku dah join Treasure Hunt yang dianjurkan oleh MaTic baru baru ni .. Memang tersangat enjoy ! Ilang tekanan jap .. hehehe ..

Ok .. Bila semua ni dan di mana ? Haaa … Aku bagi jadualnya yer ?

a5 flyer(bm)

Bermula 29hb November ni hingga 1hb Disember ( Ahad ) , bertempat di Pusat Pelancongan Malaysia ( Matic )  di Jalan Ampang ( dkt Restoran Saloma )  , MATIC FEST 2013 akan berlangsung bertujuan mempromosikan MaTiC sebagai ‘One-Stop Centre’ untuk kemudahan pelancong dalam dan luar negeri menerusi pelbagai perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan.

MaTiC Fest merupakan acara tahunan dan penyertaannya terbuka kepada orang ramai serta pelancong asing.

Print

Selain dari aktiviti yang best utk disertai ,pengunjung juga akan dihiburkan oleh beberapa artis yang akan memeriahkan acara ini iaitu Hyper Act, Kumpulan Estranged, Lan Typewriter, Amanda Imani, M Daud Kilau dan Ezlyn.

Mereka yang berminat untuk menyertai sebarang acara dalam program ‘MaTiC Fest 2013’, sila hubungi Puan Norwati Mislan atau Cik Mcfarizsa Daniel di talian 03- 9235 4800/4900/4912/4915/4816/.

Jom jumpa kat sana ! Aku nak join Treasure Hunt lagi bersama rakan rakan blogger yang lain !

You May Also Like

2 comments