Lanjutan kes air takde !

by - Sabtu, November 30, 2013

 

Kelmarin , air kat sinki takde .. Pastu plumber datang , dia cuma tukar laluan paip tu je.. Tapi punca masih tak tau kat mana .. Tu saja dah kena RM50 ! Hehehe.. mana ada menda free kan ?

Tapi air kat lubang ni senantiasa keluar ! Ini bermakna , ada yang tak kena !! Plumber tu ( merujuk plumber yang besar tu.. bukan yang kecik berbaju putih tuu .. ) , tak tau apa puncanya ..

Dan pagi ni , dalam kul 10 pagi .. Di saat saat aku nak keluar gi main paintball  , sedang aku mandikan Qhaliff .. air terus takde ! Tengah mandi ni ! Nasib baik belum shampoo ! Kalau sedang tu , camana ? Perghh.. meraung dia .. hahah ..

Aku bgtau wife .. Dia cari no tel SYABAS dan buat panggilan . Sebelum tu aku ada call plumber , dia kata nak datang .. Tapi tak tau la bila nak datangnya !

Tak lama kemudian , SYABAS sampai ( SYABAS kerana pantas !  ) .. dia cek meter.. Takde masalah dengan laluan air sebelum tu. Laju je .. Ini bermakna , paip bawah tanah pecah . Jadi , dia cadangkan aku gi buat repot pada pemaju rumah memandangkan masih ada jaminan 2 tahun.

Dan aku pun gi .. Nasib baik tak jauh pon. Dalam 200 meter je dari rumah .. Qhaliff , sibuk nak ikut gak. Padahal mengantuk tuuu .. huhu ..

Gi buat report .. Alhamdulillah , tak sampai setengah jam .. datang orang dia untuk buat pemeriksaan .. Dan , Isnin ni baru datang plumber mereka. Katanya plumber diimport dari Melaka .. hee.. Tak kisah laaa .. Janji air mesti ada pasni .. Kalau tak , naya gue sekeluarga ..

Dan kawan yan bergelar kontraktor yang kasi janji manis tu .. hingga sekarang takde apa apa pon ! Jangankan nak cadang no tel plumber , tanya perkembangan pon tidak ! Bagus tak ? Dah dapat duit , senyap terus .. Perghhh .. Cam ni bangsa kita nak maju ? Untung skit , terus lupa prinsip khidmat selepas jualan  ..

Bila ada orang tanya aku .. rekemen kontraktor , mmg aku langsung tak rekemen orang gini !

 

Published with Blogger-droid v2.0.10

You May Also Like

3 comments

  1. Hihi gmbr 1st tu..nmpk sikecik tu sikit.. nak gak dia tgk org tu buat apa yeh hehe..

    BalasPadam
  2. Jgn lupa tutup meter air utama coz kebocoran paip bwh lantai bleh sebabkan bil air melambung. Pernah kena di rumah sewa skrg bil RM300. Bgtau tuan rumah kasi dia setel bil air tu sbb bukan salah penyewa.

    BalasPadam
  3. Sama kes umah saya baru2 ni paip pcah bawah tanah.. Itupun dpt detect lps bil air smpai 3 ratus..Tp malangnye tmpoh jaminan dah abis.. Baru lps buat saliran baru sluruh rumah..!!

    BalasPadam