Nak percaya atau tidak ?

by - Jumaat, November 29, 2013

 

Janji manis adalah mainan kata kata jurujual ! Maaf cakap la yer. Andai anda seorang jurujual , anda tahu siapa anda . Apakah anda seorang yang pandai berjanji tapi bila dah dapat habuan , maka perkhidmatan anda serupa melepaskan batok di tangga ? Jika bukan begitu , tahniah ! Anda layak mendpt ganjarannya ..

Tapi jika bukan , sila sila la ubah perangai tu !! Ingatlah .. duit yang dapat tu tak berkat sbb menipu orang .. Janji lain , tapi hasilnya tidak seperti yang dijanjikan . Patutkah ?

Aku bukan apa.. Nak kata serik , apakah pilihan yang aku ada ? Buat sendiri ? Bukan kepakaran aku. Nak tak nak , kena panggil yang lebih arif. Tapi masalahnya , zaman ni yang berlagak lebih arif ni ramai ! Bila cakap , pandai … bila buat , hampeh !

Kena bijak pilih ? Itu dah semestinya cuma zaman ni , semua nampak meyakinkan. Camana tu ? Malah perompak zaman ni pon dah macam berpakaian  CEO BANK atau menteri haaa .. Kemas , rapi , kacak tetapi penyamun ! Camana tu ?

Satu je pesan aku. Apa saja yang mereka janjikan , sila buat hitam putih. Sebarang perlanggaran syarat kontrak , saman atau bawa jer ke muka pengadilan ! Jangan kasi muka ..

You May Also Like

1 comments

  1. betul tu.. sebab dulu pernah kena tipu. yang penting kena ade hitam putih dan matikan setem untuk validkan dokumen tu.

    BalasPadam