Biar blog buruk !

by - Khamis, November 28, 2013

 

Abg Ben , saya terus terang .. Blog abg Ben tak cantik .. Heee ..

Aku senyum .. Betul ni ! Aku senyum .. Kenapa ? Sebab mmg aku saja biar dia buruk gini ! Malas nak mekap. Kalu nak tukar pon , aku tukar tang header je. Lain ,biar jer ..

Kenapa gitu ? Heee.. Semalam , sewaktu aku di press conf ‘ THE INFLUENCER’ , aku ditegur oleh dua orang wanita berbangsa cina. Diaorang memperkenalkan diri pada aku. Dan mereka dari Singapura. Agensi pengiklanan. Menurutnya lagi , mereka sering usulkan blog aku pada client mereka yang bukan kecik kecik anak punya yer ! Aku tak leh nak sebut la.. Hee..

Aku terkejut gak la.. Katanya , client mereka suka cara aku menulis.  ‘Ikhlas’ , kata mereka .. Sebab tu bila ada job dari client mereka tu , blog aku pasti tersenarai dapat dan bayarnnya bukan ciput yer .. Heee .. Alhamdulillah .. Aku tak terkata apa apa . Terkejut gak bila pujian ni datangnya dari mereka yang bukan sebangsa dengan aku . Maklumlah , aku kan menulis dalam Bahasa Melayu ..

Kenyataan gini bukanlah kali pertama . Dah beberapa kali . Ini menguatkan lagi prinsip aku bahawa sebenarnya bila kita berblog , yg penting adalah kandungannya ! Isi kandungan perlu ada ‘perasaan’ ! Blog berbeza dengan berita ! Cara penyampaian perlulah lebih bijak dan ‘hidup’ .. Itu pendapat aku la ..

Layout blog yang cantik adalah sampingan utk menarik masuk pembaca ! Aku tak nak tarik pembaca kerana blog aku yang cantik seolah aku ini berlakon dalam filem kerana aku pandai mekap tebal tebal , berbaju sendat , tonjol sana sini tapi lakonan .. kayu ! Faham tak ni ? Heee..

Dan tujuan aku buat blog simple gini juga adalah utk memberitahu pada blogger blogger yang baru .. tak semestinya blog yang cantik itulah yang ‘laku ‘ !  Sapa sapa boleh laku asalkan dia tahu bagaimana nak jadi blogger yang berdisiplin , bijak dan unik !

You May Also Like

25 comments

  1. salam..btul tu bro..m3h setuju sgt2

    BalasPadam
  2. ok apa blog mr ben ni...mesra pembaca.. saya suka penyampaian seolah2 mr ben ada becerita di depan mata..ayat pn tak merapuh, ok la...

    BalasPadam
  3. setuju sama gua punya otai !
    biar blog buruk, asal isi boleh diterima pembaca..

    yuyu semakin rajin update blog nihhh! heee..

    tima kasih otai ! :D

    BalasPadam
  4. betul!! ada tu siap copycat lagi cara & ayat2 penulisan kita.. nyampah!!!

    BalasPadam
  5. Orang tu hanya pandai berkata-kata, biarkanlah, apa yang penting blog abg Ben ni dah mula dikenali ramai.. ;)

    BalasPadam
  6. tahniah sangat-sangat... semoga ben terus sukses dalam dunia blogging dan memartabatkan blogger melayu seantero cakerawala.... hahahha

    BalasPadam
  7. agreedd and totally 100% aggreed... yg penting penulisan

    BalasPadam
  8. Dari apa yang selalu Bunda perhatikan selama Bunda berblog ni...kebanyakan blog2 yang femes2 ni simple2 jer...tapi isi nya padat...

    BalasPadam
  9. setuju! kebanyakkan blog2 cantik2 ni cerita dorang kadang2 takde apa sangat la.. just macam update status kat FB jer.. tp dia punya design memang lawa. kalau saya membaca atau clik blog tu jarang nak tengok design blog orang.. tapi lebih membaca apa yg dia tulis.

    BalasPadam
  10. setuju abg ben.. tpi saya masih belum dapat jumpe killing point in my blog... penulisan masih bersepah.. hope abg ley bgi suggestion nnt kt blog saya

    BalasPadam
  11. betul tu. content blog lebih penting sebenarnya.. design2, mekap2 blog ni sekadar untuk tarikan mata pelawat je. kira membantu jugak lah sikit2. tapi kalau pelawat dah suka dengan apa yg kita tulis, blog kita cantik ke tak cantik ke, diorang dah tak peduli dah..

    cuma penulisan tu kena lah ada 'jiwa' baru dapat tarik pembaca..

    BalasPadam
  12. haha..xdpt bygkan kalo abg ben makeup tebal. =P sy pom suke gaya penulisan ben ashaari, ringkas tapi padat.

    BalasPadam
  13. selain dari kandungan yang baik, promosi juga penting supaya orang kenal blog kita.

    Jom Baca : Pengajaran Kesah Datuk Siti vs YB KJ

    BalasPadam
  14. Blog nih cantik laa . Kemas dan teratur . Lagi satu tak berat . Kalau internet slow pun masih boleh buka . Cepat pun cepat .

    BalasPadam
  15. Sbb tu selalu baca blog bro... dari pembacaan la tgh blajar slow2 ni utk bg jiwa dlm blog...

    BalasPadam
  16. Betul tu. Liza suka baca blog yg kelakar2 dan ada isi. Bukan pada blog yg penuh widget menari2 kat tepi blog. huhu...

    BalasPadam
  17. Blog Ben Ashaari telah memberi motivasi kepada para blogger khususnya agar tampil dinamis, hidup, dan berkualitas. Selamat dan sukses. Salam cemerlang!

    BalasPadam
  18. btol3...xpe la abg ben..buruk2 blog ni...rezeki x putus2 masuk..kannn...syukur alhamdulillah...
    anggap je la komen yg nak cube menjatuhkan abg ben tu sbgai 1 komen menaikkan semangat lg...yg penting ramai je yg suke blog sempoi abg ben ni ha...ikhlas & tulus telus...dan plg dinanti2kan sbb ade dak comey...qhaliff iman..hehehhee

    BalasPadam
  19. fuu.. terbaekk bro,.. memang pedas.. ramuan yang bagus.. sedap rasenye hingga menusuk kalbu gitu.. :3

    BalasPadam
  20. Amal pegang kata-kata, yg penting adalah kandungannya :)

    BalasPadam
  21. unik tu pd sy yg penting...tahniah & smoga trus maju :)

    BalasPadam