Malam tadi , seorang sahabat yang juga seorang blogger yg ‘hot’ ada mesej aku di Whatsapp.. Dia memberikan satu keratan utk aku baca dan bertanyakan pendapat ..
Hurm…
Sebenarnya ramai rakan rakan berniat baik utk berkongsi apa yang mereka dapat , tahu di laman sosial ni .. Sebagai contoh , tempat makan best .. Kat mana nak shopping atau taman permainan yang sesuai utk anak anak kecil kita beriadah .. seperti yang aku kerap update di Taman Cabaran..
Tahukan akan risikonya ? Kita terlupa kadang kadang sbb niat kita baik tapi dalam tak disedari kita , mungkin ada mereka yang berniat tidak baik yang mana boleh rancang pelbagai jenayah terhadap kita..
Contoh lain seperti , kita sibuk bagitau .. ‘ Ok , dalam perjalanan balik kampung ..’ .. ‘ Sat lagi nak pi bank.. Dah gaji hari ni ! Yeahooo..’ .. ‘ Qhaliff dah sekolah .. kat sekian sekian sekian… ‘..
Haaaa .. tak ke itu bahaya sebenarnya ? Aku mmg bercadang berhenti bercerita mengenai Qhaliff bila dia mula ‘bersekolah’. Takkan bercerita kat mana pon nanti.. Merbahaya untuk semua orang nanti ..
Ada rakan rakan yang berniat baik nak berkongsi pendapatan yang mereka perolehi di internet ni.. Itu pun sebenarnya boleh mengundang masalah nanti..
Hati hati.. sekadar nasihat dari aku yang juga perlukan nasihat ini ..