Di hospital Putrajaya.. Pastinya tercari cari tempat parking.. Pada awalnya pengawal keselamatSenyum . benarkan masuk ke satu tempat parking berhampiran kerana penuh. Aku bgtau dia yg aku cuma nak drop wife dan berlalu pergi. Ini kerana Qhaliff ada di atas ribaan dia , dan sedang lena tidur.
Dia tak bagi masuk. Kemudian dia rujuk pada senior dia. Senior dia datang dan bertanya. Aku bgtau je tujuan aku. Kena marah org tu dgn senior dia.
" Maaf yer. Dia anggota baru. "
" Eh , tak pe..saya faham. Terima kasih yer.. "
Aku dibenarkan masuk ke kawasan parking.Memang penuh
laaa.. Aku tak berhajat pon nak parking.Plan nak ke Cheras terus. Check up wife pastinya memakan masa berjam jam lamanya. Boleh jugak sampai cecah tengahari.
Wife keluar dari kereta. Tiba tiba dia di sapa oleh seorang lelaki berbangsa cina.
" Abang , ikut dia.. Dia nak keluar .. "
Lelaki tu melambai tangan.. aku pon memandu ke arah tempat dia letakkan keretanya. Isteri dan anak perempuan berlari anak utk cepat naik ke dalam kereta.
Aku mengangkat tangan tanda terima kasih dan melemparkan senyuman. Perancangan berubah. Aku nak tunggu je la kat situ dgn Qhaliff..
Masuk ke dalam hospital .. ramainya manusiaaa.. Amik nombor .. Ada hampir 100 .. Lama niii.. Terus ke cafe.. Makan pagi dulu.. hurmmm..
Dalam cafe .. tercari cari meja kosong.. Ternampak satu tp ada secawan air nescafe seperti 'berpenghuni'. Aku duduk je la.. Penat dukung Qhaliff..
Tiba tiba datang seorang lelaki India .. Dia kata air tu , dia punya.. Cepat cepat aku mintak maaf dan dukung Qhaliff semula.. Dia kata aku boleh je join dia sebab dia seorang diri je. Wife dia tgh tunggu giliran utk pemeriksaan mata.
Berborak panjang dengan dia .. Wife aku tiba dgn makanan pilihannya. Lelaki India tu mintak izin utk beredar.Bersalaman dan aku ucapkan terima kasih.
Wife makan mee rebus.. Aku tak.. malas nak makan pagi pagi.. Abis je makan wife ajak beransur. Kebetulan ada sepasang suami isteri berbangsa melayu , lalu di sebelah aku ..
" Pakcik , boleh duduk sini.. "
Dia panggil wife dia.. Terus duduk dan makan .. Hurmm .. Pandang aku pon tidak.. Terima kasih ? Senyum ? Berlalu jer dari situ .. Tak tau nak kata apa dah..