Sampai sampai je rumah .. Hurmm .. On tv , jari terus tekan remote 611 walhal nak tengok 411 !
Sebelum ni ..
Hargai mereka yang tersayang bila berada depan mata ..
Sampai sampai je rumah .. Hurmm .. On tv , jari terus tekan remote 611 walhal nak tengok 411 !
Sebelum ni ..
Hargai mereka yang tersayang bila berada depan mata ..
Terpaksa tidur rumah mak aku utk hilangkan rasa sunyi . Kalau aku di rumah seorang diri , pasti akan terasa sayu di hati ! Bukan mudah nak tutup rasa itu memandangkan aku dan Qhaliff tak pernah berpisah lama ! Apatah lagi sekarang ni dengan kehadiran sorang lagi cahaya mata , rindu makin menusuk jiwa.
Mak dia ? Rindu tak ? Iskh.. tu aku tulis kat blog lain laaa.. Kang tulis sini, ada pulak muntah darah sbb aku jiwa jiwa la pulakkk .. heee
Aku faham sekarang camana perasaan ‘bos’ aku dulu yang mana dia dapat tawaran ikut ‘big boss’ ke luar negara selama beberapa minggu. Seronok tu mmg seronok tapi bila mengenangkan anak manjanya tu… payah buat keputusan !
Semalam nak balik pon dah belikan dia basikal kecil dan mainan.. Takde la dia selongkar rumah tu nanti.. huhuh..
Alhamdulillah .. Sampai dah destinasi yang ditujui. Tak sangka aku sampai jauh lebih awal dari yang disangka. Biasanya , petang baru sampai.. Paling tidak pon jam 8 malam ! Tap kali ni , aku sampai sebelum jam 2 petang lagi ! Tak laju pon tapi jalan clear jer ..
Sepanjang perjalanan .. aku pandang kerusi sebelah aku… Kerusi yang mana Qhaliff selalu duduk .. Huhu.. sama sewaktu datang ari tu , dia la yang teman aku kat sebelah dengan muka welfare dia .. Dah pandai bagi senyum bila pandang kita ni haaa skangg… Akak kat Petronas pon dah tergoda ari tu ! Hahahaha ..
Skang ni aku kat rumah mak aku.. Kang malam baru balik umah aku nun di Sepang. Kat sana nanti , baru laa terasa segalanya !! Kalau dia ada , aku memanjang dok gaduh ngan dia .. Ni dah sorang , terasa sungguh kelainannya !
Takde orang nak kacau aku makan .. takde orang nak kacau aku buat kerja ! Tapi aku rindukan saat tu !!
Esok balik Kelantan semula ??? Huhuh.. Ingat Kelantan tu sebelah Cheras ke ??
Daddy balik umah tau.. Jaga adik dan ibu elok elok.. Nanti daddy datang jemput balik semua yer .. Huhuh..
Menarik ni !!
“ Kepada anda yang begitu aktif berniaga secara online di laman sosial Instagram dan Facebook umapamanya, ini adalah peluang keemasan untuk kita berniaga secara offline. “.
Tinggal 100 booth ! 500 booth dah abis ditempah dalam masa seminggu selepas dibuka ! Haaa.. Takkan nak lepaskan peluang untuk berniaga di Bazaar Usahawan Online terbesar di Malaysia ni ? Iskhh.. rugi ! Dapat kumpul network gakk woo ..
Rasanya dengan kehadiran 50 selebriti terkenal seperti Neelofa, Hanez Suraya, Yana Samsudin, Adira, Afdlin Shauki, Amer Forteen pastinya membuatkan Mega Bazaar 2014 ni menjadi tumpuan ramai !
Bagi yang berminat nak mengetahui dengan lebih lanjut atau nak booking booth , sila hubungi +60 12 292 0131 segera !!
Tinggal 30 hari je lagi !!
Dah hampir 2 minggu gatal tu tak hilang ! Biasanya kena kat kaki dia .. Ubat , mak aku je ada .. Yang kat aku dah abis. Puas dah aku try dengan ubat lain .. tak jalan ! Hinggakan aku sanggup berenti di Bentong dan cari di kedai Sensei ! Ari tu lupa nak mintak kat Dr.Maria. Hurmm..
Risau nanti melarat lak .. Mak mertua aku kata, ayah mertua aku ada jual di kedainya. Ubat gatal yang laris laa.. Ramai beli ! Jadi tadi aku tanya laa.. AMik satu dan masuk buku 555 dulu.. Balik nanti baru kira.. heeee..
Alhamdulillah… Ok dah ! Dah susut dah gatal gatal tu.. Nampak kering dah.. Dia pon tak garu garu dah.. Berapa kali dah daaaa…Heeee..
Esok leh balik dengan tenang.. heee ..
Dulu aku tak kisah sangat dengan bauan kasturi ni atau orang dok sebut minyak atar ! Hurmm ..dok bangga sangat dengan perfume mahal dari barat tu haaa..
Tapi deria hidu aku sekarang ni , lebih tertarik dengan minyak wangi kasturi ni .. Apatah lagi ianya dikaitkan dengan wangian dari syurga.. hurmm..
Bila gi solat kat masjid , pastu bauan ini akan terhidu punya dan secara automatik , terus tenang dan selesa solat ! Terus hilang bauan perfume aku yang mahal tu !!
Lama dah aku cari minyak wangi gini. Tak perasan lak kat internet banyak je jual.. Hehehe.. Ni aku jumpa kat kedai di Ketereh. Tak plan pun nak cari tapi kebetulan berenti dengan kedai pakcik ni.. Terus aku gi singgah tengok.. Amik satu satu dan dia bagitau , ni kasturi kijang.. Aku tak kisah sangat la apa jenisnya tapi bauannya tu ! Huhuh… Terasa berada sebelah imam masjid terus aku ! hahahaha..
Serius , wangi wooo !! Pakai wat solat atau keluar dating pon syiokkkk ..
Hurm… Pasni aku pulak meroyan rindu kat budak ni ! Hurmmm ..
Esok nak balik Kuala Lumpur.. Sorang jer ! Diorang semua tinggal kat sini . Banyak kerja aku pasni antaranya kena bermalam di Hospital Kuala Lumpur. Aku belum lagi sempat tunaikan tanggungajawab aku sebab sebab nak kena uruskan hal keluarga aku ni. Sapa lagi yang tolong uruskan ? Aku bukan ada orang gaji pon …
Di Kelantan ni , aku mintak mak mertua aku carikan seorang pengasuh dan juga pembantu untuk membantu wife jaga dan uruskan kedua anak aku dan juga dia sendiri.. Mak mertua pon ada kerja dia nak kena buat kan ? Huhu..
Belum pun aku nak balik , dah terasa rindu kat Qhaliff ni .. Aku nak bawak sama , wife tak kasi . Dia kata nanti rindu ! Hurmmm .. Aku mengalah je la .. Kang ada yang meroyan , susah aku .. Hahaha..
Tak pe la , nanti aku balik sini balik .. Settlekan keje yang ada , balik lepaskan rindu ! Terpaksa kerana inilah punca rezeki aku .. Nak kena beli susu lampin anak gak kan ? Kalau asyik pikir rindu , tak berlampin la anak aku .. kan kan ?
Bila keluar isu ni , aku antara yang bangkang ! Aku rasa bengang bila pemilik kereta tak boleh pakai cermin gelap ! Uihh.. takkan ‘diorang’ je boleh kan ?
Tapi bila aku dengar keyataan dari orang besar JPJ di berita tadi , yang mengatakan sememangnya ada dibenarkan tapi peratusan tu kena la ikut ! Jangan la bantai semua gelap abisan kan ?
Sebenarnya terlalu bahaya sekarang ni bila kereta bercermin gelap sepenuhnya. Bayangkan , anak kecil kita bermain depan rumah .. lalu sebuah kereta bercermin gelap dengan perlahan.. Haaa.. Apa respon korang ? Confirm la cuak kan ? Kita tak tau sapa pemandu kereta tu dan berapa ramai dalam kereta tu.. Silap haribulan , anak jiran umur 7 tahun yang pandu kereta tu ! Tak ke naya ???
Bila aku up isu ini di FB , ada kawan berkongsi ceritanya ..
“ Kete sy pnah kena kejar abg ben. ..disyaki sbb nak hijack..kete myvi tinted gelap gile x nmpk org dlm. Bleh nmpk dr dpn je..mmg bahaya la tinted gelap gile cmtu “
Atau bayangkan kita parking kereta di malam hari atau siang hari pon ok laa .. Tempat parking , nun jauh dari orang ramai sebab takde tempat kosong.. Haaa..Kita nampak tak orang dalam kereta tu ? Silap hari bulan , kena culik kita wooo.. Aku pon risau kena culik wooo.. Banyak kes lelaki dirogol skang ni ! Eh .. ada ke ? Kat negara luar je.. Kat Malaysia ni , perempuan lom teringin nak rogol lelaki.. hee.. Lelaki rogol lelaki ada laa..
Lari tajuk lak.. Ada satu lagi kawan kongsi pendapat dia ..
“ Org yg x prnah eksiden mgkin x paham bhya crmin glp ni...mcm keta sy kna gesel dulu...bila polis tanya driver tu laki ke ppuan? Tu pun trgagap nk jwb sbb x jls....huhu.... “
“ maksiat pon senang je berlaku..xpayah nak g tempat gelap dah sbb tinted dh gelap gila2.. “
Alasan cuaca panas ? Hurm.. memang panas ! Serius ! Aku pon teringin nak gelapkan kereta aku tu tapi memandangkan jenayah sekarang ni sampai sanggup membunuh , aku rela panas lagi dari memandu dalam ketakutan !
Alhamdulillah .. Bertolak dari Sepang selepas subuh , sebelum Maghrib tiba ! Hahahaha .. Gila lamaa .. Orang lain , 6 jam je sampai tapi aku ?? Asal aku je mesti lebih 6 jam ! Hee.. byk pit stop wooo ..
Yang wajib singgah ialaha di Lipis , Pahang .. Heee … Sini umah besan mak mertua aku .. Yeke besan ? Er , anak menantu punya mak .. Haaa..
Kat sini , mmg mendamaikan laa .. Sapa rajin bercucuk tanam , best laaa .. Meriah Qhaliff dok kejar kucing .. Huhuh.. Abis macam macam dia selongkar kat sini .. Adeh.. berpeluh aku dok ikut dia .. Sel sel otak sedang berkembang ..
Qhaliff duduk depan dengan aku sepanjang perjalanan.. Dia tidur bangun tidur bangun.. sampai tahap naik bosan , dia ajak tukar driver ! Aku kata kat dia , sunat la dulu baru leh ajak tukar !
Hurmm.. sampai kampung dia , dia sambung geledah sana sini ! Adehhh .. Penattt…
Esok nak gi klinik .. Nurse datang check semalam kata Zahra masih ada tanda kuning .. Hurm.. sian dia .. Risau gak aku ni .. Tapi ari tu check, tak tinggi mana pon berbanding Qhaliff sampai kena letak bawah lampu ..
Pastu hari Rabu balik ke KL.. Aku seorang jer ! Huhuh.. Confirm aku rindu giler kat Qhaliff ! Nak duduk lama , tak leh.. keje banyak ! Tolak , aku rugi ! Aku bukan bergaji tetap .. hurmmm ..