Sampai sampai je rumah .. Hurmm .. On tv , jari terus tekan remote 611 walhal nak tengok 411 !
Sebelum ni ..
Hargai mereka yang tersayang bila berada depan mata ..
Sampai sampai je rumah .. Hurmm .. On tv , jari terus tekan remote 611 walhal nak tengok 411 !
Sebelum ni ..
Hargai mereka yang tersayang bila berada depan mata ..
Terpaksa tidur rumah mak aku utk hilangkan rasa sunyi . Kalau aku di rumah seorang diri , pasti akan terasa sayu di hati ! Bukan mudah nak tutup rasa itu memandangkan aku dan Qhaliff tak pernah berpisah lama ! Apatah lagi sekarang ni dengan kehadiran sorang lagi cahaya mata , rindu makin menusuk jiwa.
Mak dia ? Rindu tak ? Iskh.. tu aku tulis kat blog lain laaa.. Kang tulis sini, ada pulak muntah darah sbb aku jiwa jiwa la pulakkk .. heee
Aku faham sekarang camana perasaan ‘bos’ aku dulu yang mana dia dapat tawaran ikut ‘big boss’ ke luar negara selama beberapa minggu. Seronok tu mmg seronok tapi bila mengenangkan anak manjanya tu… payah buat keputusan !
Semalam nak balik pon dah belikan dia basikal kecil dan mainan.. Takde la dia selongkar rumah tu nanti.. huhuh..
Alhamdulillah .. Sampai dah destinasi yang ditujui. Tak sangka aku sampai jauh lebih awal dari yang disangka. Biasanya , petang baru sampai.. Paling tidak pon jam 8 malam ! Tap kali ni , aku sampai sebelum jam 2 petang lagi ! Tak laju pon tapi jalan clear jer ..
Sepanjang perjalanan .. aku pandang kerusi sebelah aku… Kerusi yang mana Qhaliff selalu duduk .. Huhu.. sama sewaktu datang ari tu , dia la yang teman aku kat sebelah dengan muka welfare dia .. Dah pandai bagi senyum bila pandang kita ni haaa skangg… Akak kat Petronas pon dah tergoda ari tu ! Hahahaha ..
Skang ni aku kat rumah mak aku.. Kang malam baru balik umah aku nun di Sepang. Kat sana nanti , baru laa terasa segalanya !! Kalau dia ada , aku memanjang dok gaduh ngan dia .. Ni dah sorang , terasa sungguh kelainannya !
Takde orang nak kacau aku makan .. takde orang nak kacau aku buat kerja ! Tapi aku rindukan saat tu !!
Esok balik Kelantan semula ??? Huhuh.. Ingat Kelantan tu sebelah Cheras ke ??
Daddy balik umah tau.. Jaga adik dan ibu elok elok.. Nanti daddy datang jemput balik semua yer .. Huhuh..
Menarik ni !!
“ Kepada anda yang begitu aktif berniaga secara online di laman sosial Instagram dan Facebook umapamanya, ini adalah peluang keemasan untuk kita berniaga secara offline. “.
Tinggal 100 booth ! 500 booth dah abis ditempah dalam masa seminggu selepas dibuka ! Haaa.. Takkan nak lepaskan peluang untuk berniaga di Bazaar Usahawan Online terbesar di Malaysia ni ? Iskhh.. rugi ! Dapat kumpul network gakk woo ..
Rasanya dengan kehadiran 50 selebriti terkenal seperti Neelofa, Hanez Suraya, Yana Samsudin, Adira, Afdlin Shauki, Amer Forteen pastinya membuatkan Mega Bazaar 2014 ni menjadi tumpuan ramai !
Bagi yang berminat nak mengetahui dengan lebih lanjut atau nak booking booth , sila hubungi +60 12 292 0131 segera !!
Tinggal 30 hari je lagi !!
Dah hampir 2 minggu gatal tu tak hilang ! Biasanya kena kat kaki dia .. Ubat , mak aku je ada .. Yang kat aku dah abis. Puas dah aku try dengan ubat lain .. tak jalan ! Hinggakan aku sanggup berenti di Bentong dan cari di kedai Sensei ! Ari tu lupa nak mintak kat Dr.Maria. Hurmm..
Risau nanti melarat lak .. Mak mertua aku kata, ayah mertua aku ada jual di kedainya. Ubat gatal yang laris laa.. Ramai beli ! Jadi tadi aku tanya laa.. AMik satu dan masuk buku 555 dulu.. Balik nanti baru kira.. heeee..
Alhamdulillah… Ok dah ! Dah susut dah gatal gatal tu.. Nampak kering dah.. Dia pon tak garu garu dah.. Berapa kali dah daaaa…Heeee..
Esok leh balik dengan tenang.. heee ..
Dulu aku tak kisah sangat dengan bauan kasturi ni atau orang dok sebut minyak atar ! Hurmm ..dok bangga sangat dengan perfume mahal dari barat tu haaa..
Tapi deria hidu aku sekarang ni , lebih tertarik dengan minyak wangi kasturi ni .. Apatah lagi ianya dikaitkan dengan wangian dari syurga.. hurmm..
Bila gi solat kat masjid , pastu bauan ini akan terhidu punya dan secara automatik , terus tenang dan selesa solat ! Terus hilang bauan perfume aku yang mahal tu !!
Lama dah aku cari minyak wangi gini. Tak perasan lak kat internet banyak je jual.. Hehehe.. Ni aku jumpa kat kedai di Ketereh. Tak plan pun nak cari tapi kebetulan berenti dengan kedai pakcik ni.. Terus aku gi singgah tengok.. Amik satu satu dan dia bagitau , ni kasturi kijang.. Aku tak kisah sangat la apa jenisnya tapi bauannya tu ! Huhuh… Terasa berada sebelah imam masjid terus aku ! hahahaha..
Serius , wangi wooo !! Pakai wat solat atau keluar dating pon syiokkkk ..
Hurm… Pasni aku pulak meroyan rindu kat budak ni ! Hurmmm ..
Esok nak balik Kuala Lumpur.. Sorang jer ! Diorang semua tinggal kat sini . Banyak kerja aku pasni antaranya kena bermalam di Hospital Kuala Lumpur. Aku belum lagi sempat tunaikan tanggungajawab aku sebab sebab nak kena uruskan hal keluarga aku ni. Sapa lagi yang tolong uruskan ? Aku bukan ada orang gaji pon …
Di Kelantan ni , aku mintak mak mertua aku carikan seorang pengasuh dan juga pembantu untuk membantu wife jaga dan uruskan kedua anak aku dan juga dia sendiri.. Mak mertua pon ada kerja dia nak kena buat kan ? Huhu..
Belum pun aku nak balik , dah terasa rindu kat Qhaliff ni .. Aku nak bawak sama , wife tak kasi . Dia kata nanti rindu ! Hurmmm .. Aku mengalah je la .. Kang ada yang meroyan , susah aku .. Hahaha..
Tak pe la , nanti aku balik sini balik .. Settlekan keje yang ada , balik lepaskan rindu ! Terpaksa kerana inilah punca rezeki aku .. Nak kena beli susu lampin anak gak kan ? Kalau asyik pikir rindu , tak berlampin la anak aku .. kan kan ?
Bila keluar isu ni , aku antara yang bangkang ! Aku rasa bengang bila pemilik kereta tak boleh pakai cermin gelap ! Uihh.. takkan ‘diorang’ je boleh kan ?
Tapi bila aku dengar keyataan dari orang besar JPJ di berita tadi , yang mengatakan sememangnya ada dibenarkan tapi peratusan tu kena la ikut ! Jangan la bantai semua gelap abisan kan ?
Sebenarnya terlalu bahaya sekarang ni bila kereta bercermin gelap sepenuhnya. Bayangkan , anak kecil kita bermain depan rumah .. lalu sebuah kereta bercermin gelap dengan perlahan.. Haaa.. Apa respon korang ? Confirm la cuak kan ? Kita tak tau sapa pemandu kereta tu dan berapa ramai dalam kereta tu.. Silap haribulan , anak jiran umur 7 tahun yang pandu kereta tu ! Tak ke naya ???
Bila aku up isu ini di FB , ada kawan berkongsi ceritanya ..
“ Kete sy pnah kena kejar abg ben. ..disyaki sbb nak hijack..kete myvi tinted gelap gile x nmpk org dlm. Bleh nmpk dr dpn je..mmg bahaya la tinted gelap gile cmtu “
Atau bayangkan kita parking kereta di malam hari atau siang hari pon ok laa .. Tempat parking , nun jauh dari orang ramai sebab takde tempat kosong.. Haaa..Kita nampak tak orang dalam kereta tu ? Silap hari bulan , kena culik kita wooo.. Aku pon risau kena culik wooo.. Banyak kes lelaki dirogol skang ni ! Eh .. ada ke ? Kat negara luar je.. Kat Malaysia ni , perempuan lom teringin nak rogol lelaki.. hee.. Lelaki rogol lelaki ada laa..
Lari tajuk lak.. Ada satu lagi kawan kongsi pendapat dia ..
“ Org yg x prnah eksiden mgkin x paham bhya crmin glp ni...mcm keta sy kna gesel dulu...bila polis tanya driver tu laki ke ppuan? Tu pun trgagap nk jwb sbb x jls....huhu.... “
“ maksiat pon senang je berlaku..xpayah nak g tempat gelap dah sbb tinted dh gelap gila2.. “
Alasan cuaca panas ? Hurm.. memang panas ! Serius ! Aku pon teringin nak gelapkan kereta aku tu tapi memandangkan jenayah sekarang ni sampai sanggup membunuh , aku rela panas lagi dari memandu dalam ketakutan !
Alhamdulillah .. Bertolak dari Sepang selepas subuh , sebelum Maghrib tiba ! Hahahaha .. Gila lamaa .. Orang lain , 6 jam je sampai tapi aku ?? Asal aku je mesti lebih 6 jam ! Hee.. byk pit stop wooo ..
Yang wajib singgah ialaha di Lipis , Pahang .. Heee … Sini umah besan mak mertua aku .. Yeke besan ? Er , anak menantu punya mak .. Haaa..
Kat sini , mmg mendamaikan laa .. Sapa rajin bercucuk tanam , best laaa .. Meriah Qhaliff dok kejar kucing .. Huhuh.. Abis macam macam dia selongkar kat sini .. Adeh.. berpeluh aku dok ikut dia .. Sel sel otak sedang berkembang ..
Qhaliff duduk depan dengan aku sepanjang perjalanan.. Dia tidur bangun tidur bangun.. sampai tahap naik bosan , dia ajak tukar driver ! Aku kata kat dia , sunat la dulu baru leh ajak tukar !
Hurmm.. sampai kampung dia , dia sambung geledah sana sini ! Adehhh .. Penattt…
Esok nak gi klinik .. Nurse datang check semalam kata Zahra masih ada tanda kuning .. Hurm.. sian dia .. Risau gak aku ni .. Tapi ari tu check, tak tinggi mana pon berbanding Qhaliff sampai kena letak bawah lampu ..
Pastu hari Rabu balik ke KL.. Aku seorang jer ! Huhuh.. Confirm aku rindu giler kat Qhaliff ! Nak duduk lama , tak leh.. keje banyak ! Tolak , aku rugi ! Aku bukan bergaji tetap .. hurmmm ..
Perghh… Penat ! Sangat penat mental dan fizikal ! Serius !! Sangat penat .. Qhaliff lak , dia takde selera nak makan sebab sakit tekak dan batuk. Sian dia ..
Jadi , lepas Asar tadi .. ajak la wife , mak mertua serta anak anak aku gi klinik. Sasaran , klinik Maria kat Alamanda tu haa.. Qhaliff , ceria la dapat keluar .
Sampai di Alamanda , ingat nak parking tepi jalan jer .. Aku dan Qhaliff je masuk klinik. Tapi parking haram tepi jalan tu penuh .. Hurm.. Aku masuk parking dalam je la..
Di dalam Alamanda , Qhaliff tak nak jalan. Aku kena dukung dia jer. Penat dukung , aku letak dia atas bahu aku. Suka laaaa dia ! Maka aku dijadikan ‘kuda’ tunggangan dia.. Dia pegang kepala aku dan pusingkan kiri atau kanan untuk ikut haluan arahan dia ! Kalau aku nak ke kanan , dia tak nak.. dia pegang rahang kiri dan kanan , lalu tolehkan kepala aku ke belah kiri ! Aku melawan.. lagi kuat dia buat ! Huhhh..
Sampai Klinik Maria , dia tak nak masuk. Menangis.. Hurmm.. Nasib baik la ramai orang. Aku pun malas menunggu. Kena pulak doktor bertugas , bukan doktor feveret aku. Terus keluar !
Wife dan mak mertua serta Zahra menunggu dalam kereta jer .. Nasib baik tak lama.. Dalam 15 minit gitu. Diorang tanya kenapa cepat sangat ? Aku pun cerita je laaa .. Hurmm ..
Dalam kepala aku ada dua klinik lagi.. Klinik Mediviron atau Klinik Maria di Presint Diplomatik. . Kereta dihidupkan dan aku memandu ke arah sana..
Sampai situ .. parking dapat betul betul depan klinik. Murah betul la rezeki Qhaliff ni .. Aku turun , dukung Qhaliff.. tercungap cungap gak laa dukung budak ni ..
Masuk dalam klinik .. Aku bagi Mykid Qhaliff.. Staff dalam tu , bagi borang kat aku .. Dia suruh tulis sendiri ! Perghhhhhhh ! Menyirap aku weehhh !!
“ Sejak bila pulak kena tulis sendiri ni ?? “ .
Aku pelanggan tetap klinik tu dulu .. Sehinggalah aku pindah wooo !!
“ Panel ke bayar ? “
Aku jawab la bayar .. Dia kata kena isi borang tu.. Hurmm.. Menyirap la gak ! Aku dukung Qhaliff , terus keluar dari klinik tu ! Klinik tu , pelanggan pon takde waktu tu !! Apa salahnya dia tuliskan ? Haihhh…
Aku dukung Qhaliff ke 7 Eleven sebelah dia. Nak belikan air kotak coklat untuk Qhaliff.. Amik satu air kotak , harganya RM2.20. Aku hulur RM3 !
“ Ada 20 sen tak ? “
Haihh…
“ Ada .. Dalam kereta .. Nak saya amik ke ? “. Aku balas.
Dia diam.. Tetiba kawan dia keluar dari satu bilik .. Dan dia bersuara.
“ Malasnyaa nak keluarkan syiling ! “.
Astagfirullah al azim .. Bapa pemalas rupanya ! Harap muka je lawa tapi pemalas ! Baik berenti kerja dan tunggu je Datuk mati pucuk masuk meminang ! Geram aihhh ..
Keluar dari 7 Eleven tu , aku masuk dalam kereta.. Pandu ke Klinik Maria ( An Nur ) . Nampak ada sorang dua dalam tu.. Dan ada parking kosong depan klinik tu. Rezeki Qhaliff lagi..
Aku dukung Qhaliff yang dah semakin kepenatan tu masuk ke dalam Klinik.
“ Registration Closed “.
Terpampang atas meja kaunter. Tengok jam , dah kul 7 malam. Doktor bertugas ialah Doktor Maria. Doktor Maria ni bagus orangnya ! Serius ..
Aku panggil staff bertugas..
“ Tutup dah ke ? “
“ Rehat sampai jam 8 malam. “
“ Hurm.. Doktor ada lagi ? Boleh tak jumpa kejap je ? Saya dari Sepang ni.. Penat sangat dah … Batuk je .. Takkan lama punya.. “.
Muka aku mmg dah muka welfare dah ! Sakit kepala ditambah tak cukup rehat .. Aku cakap perlahan jer ..
Dia amik MyKid Qhaliff..
“ Terima kasih .. “ . Lega hati aku.
Tak sampai 5 minit , nama Qhaliff dipanggil dan masuklah jumpa Dr.Maria. Seperti yg aku kata tadi , mmg baik sangat orangnya .. Dia layan Qhaliff baik jer .. Sah , sakit tekak ! Amik ubat demam , sakit tekak dan batuk. Risau aku dia sakit nanti dalam perjalanan ke Kelantan esok .. Pastu diorang semua tinggal sana , aku sorang je balik .. Hurmm..
Tak sampai 10 minit pon , selesai dah .. Legaaa aku.. Terus balik ke Sepang . Malam ni kemas barang lak .. hurmm..
Ehhh.. dah buat dah ???? Takde laaa.. bukan dia saja buat pon .. Dok mencari susu tu sebenarnya.. Ahaa… Yang belum kawin tu , kena belajar skit tanda tanda anak kecil ni ..
Mulutt tuuu .. Ikut mulut aku .. heeee.. Leh tahan ‘bisa’ kalau ikut mulut aku ni ! Huhuhuh.. Semoga tak bisa laaa macam mak dia .. Mak dia , bisa semut api jer..
Ni Qhaliff masa belia remaja ..
Qhaliff demam … Aku rasa mesti sebab tekak dia tu ! Suka masukkan jari dalam mulut ! Puas laaa dok tarik jari tangan dia.. Dia marah pastu buat lagi ! Haaa.. kan dah demam ! Qhaliff , nanti baca entri ni .. Ingat yer ! Bila orang tua tak kasi tu , bersebab ! Bukan sebab jeles jari lentik atau gebu yer !
Malam tadi , dia tidur dengan aku setelah suhu badan dia ok .. Dalam pukul 3 tu , terjadi satu peristiwa yang mana aku sendiri pon rasa malu kat Qhaliff !
Aku mimpi.. Tak ingat jalan ceritanya tapi si Hantu Kak Limah ni muncul .. Aku rasa ni mesti sebab teringat kengkawan dok upload gambar hantu di group Whatsapp aku !
Hurmm… Sebijik laaa gaya muncul dia ni dalam mimpi aku ! Terus aku bantai azan untuk halau syaitan ni ! Heee..
Malangnya , aku bukan azan dalam mimpi ! Aku betul betul azan haaaa!! Mata tertutup mulut terbukak ! Qhaliff terkejut terus dia ! Aku pun terjaga … Hahahaha.. Qhaliff pandang aku dan cakap apa tah..
Aku suruh dia tidur semula .. Aku pegang badan dia .. Panas ! Huhh… Panas sangat .. Terus aku dukung bawak masuk bilik.. Kejut wife.. Aku gi amik baldi , dan basahkan dia..
Meraung laa dia … sejuk ! Sampai muntah atas badan aku.. Aku bawak masuk bilik air , aku basahkan lagi badan dia .. Pastu lap dan selimutkan dia .. Masuk sebijik ubat kat punggung dia !
Senyap dah pastu.. Aku ke depan , dan baring semula .. Baru nak terlelap .. Dengar Qhaliff punya suara. Aku gi tengok .. Dia dah cergas. Main air dalam bekas air yang aku bawak masuk untuk basahkan dia memula tadi.. Aku biarkan je..
Subuh.. Wife kejutkan aku. Dengan perlahan wife bagitau aku ..
“ Qhaliff main powerbank tadi. Abis dia rendam dalam bekas air tu ! “.
Adehhh.. adeh.. Dah la powerbank tu bagus punya ketahanan ! Haihh..
Gi solat dulu pastu amik powerbank .. Nak try charge.. Takut pon ada gak ! Risau meletop jer .. Huhuh..
Alhamdulillah .. Ok lagi .. Heeee.. Apa brand powerbank ni ? Er , mana leh cakap.. Promosi percuma lak ! Huh !!
Huhu… dia nak dodoikan adik dia ! Dan dah sibuk ajak berbual dengan adik dia ni haa.. Hahahaha.. Kalau aku gelak , dia marah … hahaha .. Lawak laa Qhaliff ni.. Nak sangat berkawan dah ..
Yelah yelah.. Daddy tak kacau !
Sekarang ni pon , bil elektrik dah cecah beratus walaupun aku jarang di rumah . Alasan mereka kerana air cond yang sebijik tu dan juga home teater ! Hurmm.. Aku ada selalu pun , sama gak jumlahnya .. Tak de selalu pun gitu gak ! Lorrr .. Ok , aku malas nak pertikaikan ! Malas !!!
Tapi bila tarif elektrik terpaksa dinaikkan , utk lindungi kerugian .. aku jadi sangat sangat …. sangat !! Haihhh ..
Tapi dengar ceritanya , pekerja mereka dapat bonus berbulan bulan gaji !! Maklumlah.. untung besar wehh !
Tetiba jer nak rugi ???? Aiyooo..
Serius , aku malas nak buat entri ni tapi terpaksa sebab caj elektrik tiap bulan melampau tinggi ! Yelah , aku kena pakai pelita pasni .. Confirm ada suruh aku berjimat cermat ! Memang laaa.. pasni kena buat gitu dan harap semua pemimpin di negara kita pon gitu ! Sila bayar bil elektrik anda sendiri !! Baru la adil !!
Haihh.. aku tak tau la nak jadi apa dengan negara ni .. Dok dahulukan rakyat dalam segala segi terutama part bil !
Penat la nak keje teruk teruk pastu bayar bil yang mana patutnya tak perlu naik ! Tak cukup boroi ke ?