Ini Qhaliff ..
Dan ini Zahra !
Aku nampak , pipi Zahra akan sama cam abang dia je ni ! Hahahahah .. Adehhh .. Jenuh laaa kena gigit ngan aku nanti !
Ini Qhaliff ..
Dan ini Zahra !
Aku nampak , pipi Zahra akan sama cam abang dia je ni ! Hahahahah .. Adehhh .. Jenuh laaa kena gigit ngan aku nanti !
Perghhh … Kena gilir gilir.. Kalau letak jer , terus merengek ! Kalau main dengan dia , dia suka laaaa ! Kalau wat dek , skit skit .. lama lama jadi bukit rengekan dia tu haaa.. Bingit telinga wooo ! Tak tau la nanti kalau dia ngan abang dia ‘berperang’ dalam rumah ! Tapi , diorang jangan lupa.. dalam rumah ada ‘HULK’ .. Kalau nak tengok bapak dia bertukar jadi ‘hijo’ , sila laaa ‘berperang’ ..
8 hb ni , Zahra Nur Iman akan cecah 2 bulan .. Dan perangai manja dia , semakin kelihatan .. Terserlah dengan mukaaa dia yang asik merenung manja muka mak ayah dia .. Sesekali lemparkan senyuman yang mengoda ! Eceh.. cam bapak dia punya senyuman eh ? Lagi mau tanyaa kan ?
Hurmm… Diletak gini , sambil agah dia .. dia suka laaa.. Kalau wat dek jer ? Hahahahaha … Dia bagi 4 minit je .. Pastu ? Sila la dukung saya atau air mata saya akan bercucuran keluar tanpa henti !
Tak pe la Zahra .. Harap perangai ni berkekalan sampai besar ! Jadi ‘perumah’ dan bantu ibu jer.. Jangan nak asik terbongkang atas katil ! Huhh.. Aku antar juga ke rumah Tok Tua ko kat Sedenak tu.. Belajar memasak 25 jam !! Haaaa … Malas kalu , dengar la leteran dia tanpa sempadan !
Tok Tua ? Sapa ? Tuuuuuu .. Mat Gebu , tokey Dapur Tanpa Sempadan tu haaaa ..
Mana satu yang mampu mengugat puasa anda ketika ini ? Heeee …
Atau yang ini kah ???
Heeee… Dua dua tidak bagi aku ! Lemak semakin naik dengan jayanya di perut aku ! Arghhhhh … Dah 3 minggu tak workout sbb injured kat bahu.. hurmm..
Haaa ! Kantoiii !! Amboiii .. Kecik kecik lagi dah pandai tak puasa yer !
Ooooo.. masuk situ nak bedap protein daddy ehh ! Patut laaa badan ‘berketul ketul ‘ terutama tang pipi tu.. Lari bergegar abis pipi tu haa .. Huhh ..
Kalau dia gi dapur , mmg kena ikut.. Entah apa dia nak digodekkan kat dapur tu.. Hurmmm .. Pastinya peti ais jadi sasaran .. Huhuh..
Tunggu Zahra besar skit .. baru tambah huru harakan dapur ni ni , Qhaliff .. Daddy ok je part dapur.. Jangan kacau laptop daddy dah.. Dah mula problem laptop tu haa .. Huhuh..
Semalam , gi umah mak aku.. Dia masak sedap sedap belaka ! Aku , yang kebelakangan ni gi berbuka puasa di tempt tempat ekslusif , merasakan masakan mak aku jauh lebih sedap dari semua tempat tu !
Benar ! Air tangan mak kita , mana mana chef restoran tak leh lawan ! Wife ? Eh , jangan bandingkan mak dengan wife .. Kedua dua sedap ! Heee…
Dan , aku makan bertambah 3 kali ! Lantak laaa.. Gemuk pun gemuk laa. Janji aku kenyang.. Seingat aku , aku makan sebelum masuk waktu Asar. Selepas tu keluar dgn wife , gi beli sedikit barang keperluan di pasaraya.
Jam 2 pagi.. Aku terlena di sofa selepas tidurkan Zahra yang terjaga dari lenanya. Pastu tgk bola jap .. Akhirnya bola tengok aku ! Nasib baik la sebelum terlena tu , aku tergerak hati nak makan roti sardine Gardenia , secawan susu kambing dan Nutri Goat sekotak air milo size Qhaliff tu.
“ Abang .. bangun bang… Dah terlepas sahur dah ni… “.
Aku terjaga. Tengok jam.. Seminit lagi jam 6 pagi.. Hurm… Seingat aku imsak kawasan aku ni 545 pagi… Wife dah masak nasi tengah malam semalam..
Bangun. Naik atas.. Solat subuh. Redha jer laaaa.. Air putih pon tak masuk dalam perut semalam. Hurm… Salah sendiri tak set alarm bangun lebih awal.
Pastinya , hari ni akan mencabar untuk aku..
Esok , kita akan mula berpuasa .. Aku , standby dah stok aku dan famili aku.. Aku kasi kat mak aku 4 kotak , dan baki untuk aku dan wife .. Heeeee.. Qhaliff , sesekali dia layan…
InshaAllah .. Nak kata mampu tahan lapar dan dahaga tu bohong la kan.. Tapi kalau untuk menambah kesegaran di sebelah siang setelah mengambilnya sebelum tidur , untuk bangun sahur dengan lebih riang tu , inshaAllah ..
Ini kali ke .. hurm.. rasanya dah 10 kotak aku amik susu kambing Nutri Goat Miracle 8 ni dan ianya amat serasi sekali dengan aku.. Aku test gak jenama yang satu lagi tu.. Tak sesedap yang ni .. huhu ..
Dan ramai kawan kawan blogger , aku dah suruh diorang test cuba try Susu Nutri Goat Miracle 8 ni.. Kesannya ? Hehehehe .. Nanti korang akan nampak diorang bercerita la kat Facebook mereka.. hehehe ..
Adik aku sendiri dah order untuk dia sekeluarga .. Menurut mak aku , adik ipar kata susu kambing yang ni bagus lepas dia baca kandungannya.. Aku tak nafikan !
Tak mahal mana pon .. nak cuba boleh jer .. Kiranya kalau tak serasi pon , tak de la terkilan mana pon membelinya sbb tak mahal sangat ..
Kalau serasi ? Lebih baik beli banyak skit sbb stok terhad.. Huhuhuh..
Selamat berpuasa .. Jaga hati .. Jaga perut .. heee..
Lupa lak.. nak order kat sapa ? Sila sila sms / call : 019349 7868 .. Puan Sha .
Setiap kali wife gagal tidurkan Zahra , aku jadi penyelamat .. Hehehe.. Cara ni aku pernah gunakan pada Qhaliff dan ianya mujarab !
Heeee.. I likeeeee …
Kalau ada buaian , mmg sedap laaa .. Aku malas nak letak dalam buaian.. Maka aku duduk atas bola gym ni jer .. Pastu ? Haaa.. Melantun lantun laaa .. Buat perlahan lahan.. Memang kejap je lena !
Yer ! Serius sedap !! Heeee.. Aku dah gi dahh ari tu.. Preview Buffet Ramadhan di Picc , Putrajaya . Macam macam makanan ada .. Itu baru preview jer .. Nanti masa Ramadhan nanti , lebih 200 hidangan akan disajikan buat pengunjung.
Antara hidangannya ? Antara hidangan utama adalah Gulai Tunjang , Briyani PICC , kambing panggang , Ayam Panggang Pedas Pucuk Paku , Rendang Paru , Sambal Goreng Jawa dan hidangan berkonsepkan tradisi dan warisan Melayu.
Bufet menampilkan hidangan mengikut tema seperti “ Pembuka Selera” , “ Sup Masyuk Berasap “ , Gerai Utama PICC , “ Mangkuk Panas “ , “ Kawah Berapi “ , “ Sejuk Badan “ , “ Kebun Buah Pak Rusmie “ dan “ Dahaga “ .
Hurmm .. Jom layan dulu ..
Selain dari apa yang korang nampak , nanti akan ada Bubur Lambuk PICC , Bubur Kacang Hijau Durian , Bubur Pulut Hitam , Pengat Labu , Pengat Pisang , Bubur Cha Cha dan Bubur Gandumm.
Tamo makan hidangan melayu ? Boring dah ? Ok .. Ada hidangan lain seperti pasta , spagetti , Fettucine , Penne , Linguine , Aglio Olio dan banyak lagi !!
Chef yang terlibat dalam pembikinan makanan yang sedap sedap belaka ini !!
Amacam ? Berapa harga ? Pakej berbuka ini bermula pada 30 Jun hingga 25 Julai 2014 dengan kadar bayaran sebanyak RM80 utk dewasa dan RM40 utk kanak kanak. Bagi kanak kanak yang berusia 5 tahun ke bawah , percuma jer ..
Bufet akan bermula dari jam 6.30 ptg hingga 10 malam. Pada minggu pertama pengenalan ( 30 Jun – 6 Julai 2014 ) , diskaun 10% diberikan. Bermakna , dewasa cuma RM72 dan kanak kanak RM36 saja.
Sambil makan , akan persembahan dari Rosma .. Heee.. Sambil layan persembahan , akan ada cabutan bertuah khas untuk pengunjung bertuah !! Heeee ..
Surau ? Jangan risauuu .. PICC menyediakan ruang untuk solat Maghrib dan solat Terawih.
Amacam ? Menarik ? Heee.. sila tempah sekarang ! Sila hubungi 03-8887 6000 atau email ke kumari.nahu@picc.com.my . Laman web rasmi , www.picc.com.my atau ke Facebook mereka iaitu di , www.facebook.com/piccmalaysia.
Selamat Menyambut Ramadhan al Mubarak !
Baru-baru ni , aku dan beberapa orang rakan blogger dijemput ke GENOVASI yang terletak di Petaling Jaya. Tujuannya adalah untuk pendedahan mengenai apa yang dilakukan oleh mereka iaitu DESIGN THINKING ! Sangat menarik !!!
GENOVASI adalah dari perkataan GENERASI INOVASI. DESIGN THINKING ni secara umumnya mengajar dan mendidik para peserta menyelesaikan masalah dgn mencipta (inovasi ) dengan cara yang betul.
Sememangnya aku cukup tertarik dengan konsep mereka di sana ! BEBAS !! Tapi berdisplin .. Cara begini mmg membuatkan kita mampu berfikir di luar kotak dengan lebih teratur.
Ruang legar yang boleh berubah dalam sekelip mata atas permintaan mereka yang hadiri kelas atau kursus di sini. Sangat cool !!
Bayangkan jika gelengang bolasepak ni ada dalam pejabat anda ada … Hee.. Cool kan ?
Selepas selesai ‘tour’ di GENOVASI , kami diberi penerangan oleh salah seorang tenaga pengajar di situ .. Dan seterusnya cabaran yg sangat menarik dan menduga minda ! Cabaran yang nampak mudah tapi sebenarnya memerlukan daya pemikiran dan kreativiti ..
Bloggers dipecahkan kepada beberapa kumpulan . Kes diberi ..
“ Encik Ismail, seorang bekas peninju yang telah bersara menghidapi arthritis. Dan penyakit ini menyebabkannya sukar untuk menulis bahkan untuk mengambil pen yang diletakkan atas meja juga sudah cukup menyukarkan. Blogger perlu memikirkan cara untuk memudahkan Encik Ismail menulis seterusnya mencipta prototaip idea mereka dengan bahan terpakai .. dalam masa beberapa minit saja yer ! “ .
( Kaitkan dengan blog ! Blogger nampak ‘ masalah ‘ . Apa yg perlu mereka buat ? Monolog saja ? Update ke FB atau blog saja tanpa ada mencari jalan penyelesaian ? )
Diberikan 5 langkah untuk menyelesaikan masalah ini. Setiap langkah ada beberapa minit saja. Beberapa blogger dapat siapkan prototaip mereka. Disini boleh nampak kreativiti dan daya pemikiran blogger sebenar ! Heeee ..
Ok .. Seharian berada di sini .. secara jujurnya ianya mengubah cara pemikiran aku yg selama ini berfikir dan menyelesaikan masalah dengan tidak teratur kepada lebih teratur ! Dan ilmu ini sangatlah berguna buat semua orang terutama yang bekerja dengan melibatkan orang ramai !
Jadi , aku syorkan korang .. korang syorkan bos korang untuk buat kursus ringkas kat sini .. Santai ! Tapi bermanfaat !!!
Untuk lebih lanjut , korang leh ke :
Dan buat mereka yang inginkan cabaran dengan join contest anjuran GENOVASI .. Ada hadiah menarik menanti anda !
Name the Genovasi Blog Cont: 23 Jun 2014 hingga 27 Jun 2014
12 Commandments Contest: 26 Jun 2014 hingga 3 Julai 2014
Q&A Contest Week 1: 1 Julai 2014 hingga 4 Julai 2014
Q&A Contest Week 2: 7 Julai 2014 hingga 10 Julai 2014
Content Sharing Contest: 14 Julai 2014 hingga 21 Julai 2014
Favourite Quotes Contest : 18 Julai 2014 hingga 24 Julai 2014
Q&A Contest Week 3: 28 Julai 2014 hingga 1 Ogos 2014
Bagi pengumuman pemenang pula, berikut adalah tarikhnya :
Name the Genovasi Blog Contest : 5 Julai 2014
12 Commandments Contest: 11 Julai 2014
Q&A Contest Week 1: 5 Julai 2014
Q&A Contest Week 2 : 11 Julai 2014
Content Sharing Contest : 30 Julai 2014
Favourite Quotes Contest : 31 Julai 2014
Q&A Contest Week 3: 2 Ogos 2014
SELAMAT MENCUBA dan SEMOGA BERJAYA !
Sayang woo.. Tak kasi orang amik adik dia ! Haaaa ..
Tak kacau pon adik dia.. Sakat lagi ada la ! Huhuh.. Kena perati gakk .. Mungkin dia ingat nak bermanja tapi boleh jadi bahaya gak ! Hurmm ..
Zahra pon satu gak.. Nampak abang dia , terpamer keceriaan ! Amboiiii. Ada harapan aku dikerjakan diorang nanti !