“ Salam . Duk tgk orng buat #kelabblogerbenshaari. So nak tahu apakah sbnrnya. Adakah stu team blog ? “
Hurm.. camana nak cakap eh ? Sebenarnya gini .. Kelab Blogger Ben Ashaari ni tubuh sejurus blog aku diwujudkan. Ketika tu ada satu web ping dipanggil GengBlogger popular. Maka , aku wujudkanlah satu page kelab blogger ni di Facebook yang bertujuan untuk blogger promote entri entri terkini mereka..
Setakat hari ni , seramai 22 ribu members ada dalam tu. Aku tak guna sebarang aplikasi untuk tarik masuk ahli ke dalam ni sebaliknya , aku serta rakan rakan blogger lain promote di FB mereka bagi mendapatkan lebih ramai ahli.
Untuk apa ? Dari awal lagi aku mula blogging , aku dapati amatlah payah untuk promote blog dan juga menaikkan trafik. Blogger blogger senior pulak, mmg tak pandang la blogger blogger baru ..
Maka aku simpat satu hasrat.. Hasrat untuk wujudkan satu komuniti blogger yang sekepala , bertanggungjawab dan paling penting , saling percaya mempercayai dan aku mulakan di Whatsapp !
Selepas dapat kumpulkan beberapa blogger yang aktif berblog , maka kekalkan group whatsapp hingga ke hari ni. Namun ahli di dalamnya silih berganti. Masing masing bizi la katakan..
Alhamdulillah… aku dah buat beberapa pecahan mengikut zon di Malaysia ni.. Blogger yang aktif , aku akan tarik masuk ke group utama.
Tujuan penubuhan #kelabbloggerbenashaari ni , adalah untuk pergi lebih jauh lagi dari apa yang ada sekarang. Pencapaian #kelabbloggerbenashaari tahun ini sangatlah bagus. Ada blogger yang terlibat dengan badan kebajikan dan macam macam lagi.
Ada yang tanya camana nak join ? Sebenarnya aku terpaksa memilih blogger untuk join. Aku tak amik blogger yang dah rasa top atau tahap retis. Aku amik blogger yang aku nampak ada keunikan tersendiri. Setiap blogger yang unik , bergabung .. menghasilkan satu team yang mantap ! InshaAllah.
Dan alhamdulillah , mereka dah merasa kenikmatan sebenar berblog.. Tak kaya tapi mampu menyimpan duit untuk masa depan atau membeli barang keperluan. Tapi tu bukanlah motif sebenar penubuhan team ni..
Paling penting dalam team ni , kerjasama.. Saling bantu membantu untuk menaikkan blog rakan , memberi idea dan juga sumbangan pada masyarakat. InshaAllah.
Setakat ni ada berapa ramai yang join group ni ? Rasanya lebih 30 blogger .. Tiada yuran dikenakan.. Tiada komisien diambil pada setiap job yang dapat .. Tiada sign kontrak.. Nak keluar , bila bila masa je boleh.. Takde sapa nak marah.
Faham dah ? Ianya cuma satu network blogger picisan saja ..