#kelabbloggerbenashaari
“ Salam . Duk tgk orng buat #kelabblogerbenshaari. So nak tahu apakah sbnrnya. Adakah stu team blog ? “
Hurm.. camana nak cakap eh ? Sebenarnya gini .. Kelab Blogger Ben Ashaari ni tubuh sejurus blog aku diwujudkan. Ketika tu ada satu web ping dipanggil GengBlogger popular. Maka , aku wujudkanlah satu page kelab blogger ni di Facebook yang bertujuan untuk blogger promote entri entri terkini mereka..
Setakat hari ni , seramai 22 ribu members ada dalam tu. Aku tak guna sebarang aplikasi untuk tarik masuk ahli ke dalam ni sebaliknya , aku serta rakan rakan blogger lain promote di FB mereka bagi mendapatkan lebih ramai ahli.
Untuk apa ? Dari awal lagi aku mula blogging , aku dapati amatlah payah untuk promote blog dan juga menaikkan trafik. Blogger blogger senior pulak, mmg tak pandang la blogger blogger baru ..
Maka aku simpat satu hasrat.. Hasrat untuk wujudkan satu komuniti blogger yang sekepala , bertanggungjawab dan paling penting , saling percaya mempercayai dan aku mulakan di Whatsapp !
Selepas dapat kumpulkan beberapa blogger yang aktif berblog , maka kekalkan group whatsapp hingga ke hari ni. Namun ahli di dalamnya silih berganti. Masing masing bizi la katakan..
Alhamdulillah… aku dah buat beberapa pecahan mengikut zon di Malaysia ni.. Blogger yang aktif , aku akan tarik masuk ke group utama.
Tujuan penubuhan #kelabbloggerbenashaari ni , adalah untuk pergi lebih jauh lagi dari apa yang ada sekarang. Pencapaian #kelabbloggerbenashaari tahun ini sangatlah bagus. Ada blogger yang terlibat dengan badan kebajikan dan macam macam lagi.
Ada yang tanya camana nak join ? Sebenarnya aku terpaksa memilih blogger untuk join. Aku tak amik blogger yang dah rasa top atau tahap retis. Aku amik blogger yang aku nampak ada keunikan tersendiri. Setiap blogger yang unik , bergabung .. menghasilkan satu team yang mantap ! InshaAllah.
Dan alhamdulillah , mereka dah merasa kenikmatan sebenar berblog.. Tak kaya tapi mampu menyimpan duit untuk masa depan atau membeli barang keperluan. Tapi tu bukanlah motif sebenar penubuhan team ni..
Paling penting dalam team ni , kerjasama.. Saling bantu membantu untuk menaikkan blog rakan , memberi idea dan juga sumbangan pada masyarakat. InshaAllah.
Setakat ni ada berapa ramai yang join group ni ? Rasanya lebih 30 blogger .. Tiada yuran dikenakan.. Tiada komisien diambil pada setiap job yang dapat .. Tiada sign kontrak.. Nak keluar , bila bila masa je boleh.. Takde sapa nak marah.
Faham dah ? Ianya cuma satu network blogger picisan saja ..
37 comments
Owh.. Patutlah selalu tengok blogger2 yg femes guna #hashtag #kelabbloggerbenashaari ni.. Nak join tapi macam tak layak je.. T_T
BalasPadamDah join kelab tu di fb :)
BalasPadamkita saling membantu...kalau singgah drop comment laagi bagus, sekurang2nya boleh tingkatkan semangat blogging...silent reader pon bagus tp cuma kita x blh nak saling membantu dlm bab networking...buat apa pon kena serius.
BalasPadamSaya salah seorang group member #KelabBloggerBenAshaari sgt hargai usaha bro ben ni dan harapnya lps ni komuniti blogger semakin kuat dan bersatu.
BalasPadamSemoga #kelabbloggerbenashaari semakin maju. insyaAllah..
BalasPadam#kelabbloggerbenashaari love our team ♥ semoga bertambah kuat
BalasPadamSebagai salah seorang ahli #kelabbloggerbenashaari berasa sangat bertuah dan berharap network team ni akan lebih ukuh dan sentiasa bersatu. Terima kasih kepada A.Ben kerana memberi peluang untuk bersama-sama berjuang dalan dunia blog.
BalasPadamKBBA rocks!
wah.. patut yang ramai hasgtag kelabbloggerbenashaari... bagus2... semoga kelab ni terus berjaya dan bertambah ahli group 2... hehe
BalasPadamoh patut la.. nampak ramai kat fb buat tag ni abg ben.. nasib abg ben dah jelaskan
BalasPadamInisiatif yang bagus. Aku sokong ko bro. Memang betul, ada blogger senior tak pandang blogger baru ni. Tak setaraf katanya. Aku? Cuba untuk tak jadi macam tu. Insha Allah. Kalau nampak aku sombong, mohon sound aku direct. Takde aku nak terasa punya. :)
BalasPadamProud to be one of the #kelabbloggerbenashaari members
teringin nak join, tp xlayak kot :(
BalasPadamterharu sudi di terima,dah macam family ,semoga kita sama2 bersatu dan terus uskses...
BalasPadamHuhu..betul tu kan?siapa lagi nak bantu blogger2 baru..kalau bukan mereka yang dah lama ni...
BalasPadamBoleh tak nak nangis terharu baca entry yang ni? Betul betul deep oh. Thank you so much abg ben for guiding me all this way. :')
BalasPadamSemoga usaha murni abg ben untuk mengembangkan komuniti #kelabbloggerbenashaari dan melahirkan blogger yang berkualiti mendapat sokongan semua terutama dari ahli-ahlinya termasukla .... meeeee! :)
BalasPadamHasrat tercipta. . Suatu masa akan ada
BalasPadam#kelabmyseriarmourezs
#anganangan #pnseri
rindunyaa zaman aktif blogging dulu.. :)
BalasPadamsemuanya bermula dari abg ben.. jadi addicted blogging pun sbb abg ben yg promote blog efa..sekarang dah pencen.. blog buat iklan meniaga je skrg..hehe tqq abg ben! jasa mu akan ku kenang :D
semoga #KelabBloggerBenAshaari terus maju ^^
Terima kasih kerana memilih saya aben... dan terima kasih di atas kepercayaan yang telah diberikan, In Shaa Allah... sama2 kita capai visi dan misi #kelabbloggerbenashaari... Bukan mudah untuk dipilih tapi dalam ramai2 yang ada, saya salah seorang yang terpilih... Alhamdulillah... support each other till eternity...
BalasPadamterima kasih terima ida dalam family KBBA ;)) i love my new family! ;)) moga #kelabbloggerbenashaari terus berkembang maju pesat brkualiti! cewahh~
BalasPadamRasa2nya akak layak x ben nak sertai....
BalasPadammemang tujuan penubuhannya sangatlah bagus, InshaAllah semuanya akan berjaya menjadi blogger yang hebat....
BalasPadamsedang berusaha untuk masuk geng abg ben ni~~ yeay!
BalasPadamTerima Kasih Bea.... #KelabBloggerBenAshaari
BalasPadamSalam...
BalasPadamni Ayie jb
bila ko citer ttg kelab ni.. owh aku nak katakan, aku rindu ko ... :D
Wahhh!!! Curlass!!! Skrg maybe i xlayak... Akn dtg insyaalah i layak... Hehehe
BalasPadamuntungla sapa yg member kelab tu kan?
BalasPadamada syarat2 ke nak join? teringin pula hehehe
BalasPadamsalam. ok..paham dah..lebih dari paham hihi :))
BalasPadamcamna nak join #kelabbloggerbenashaari tu? kalau saya nak join layak ke?
BalasPadamBaru faham... kak rasa tak layak lg nk wat hash tag mcm tu sebab tu jarang buat kat entri2 blog hash tag tu even dah di approve ke dlm group kelab blogger ben ashaari tu.
BalasPadamLg lun tak pernah attend program Ben. Apa pun. Thanks a lot atas keizinan utk kak masukkan logo kelab ke dlm blog akak ^__^
baru tau KBBA tu ape.. success selalu!
BalasPadamSaya blogger kerdil..baru nak berjinak-jinak.
BalasPadamMoga dapat bersama dalam kumpulan ini suatu hari nanti.
Komen dan tunjuk ajar teman-teman blogger memang bagus untuk kemajuan diri sendiri.
InshaAllah
Syabas KBBA!
Nak join..tapi macam tak layak jee..
BalasPadamalhamdulillah...dah lama di terima amsuk cuma kathy kurang aktif ping entri ke KBBA..sekarang baru nak aktifkan diri ini..tq blogger Ben..mohon halalkan banner dan logo KBBA untuk blog kathy yer?
BalasPadamBaru nak berjinak2. Mohon sokongan semua.
BalasPadamThanks bro Ben yg adakan platform KBBA ni untuk para blogger saling mengenali antara satu sama lain.
siyes terharu gila huwaaaa .. dhla nina ni newborn lagi :'(
BalasPadamZumal layak tak?
BalasPadam