Ke Paris , Perancis !

by - Selasa, Ogos 12, 2014


Seawal pagi aku bangun.. Kemas pakaian.. Selebihnya wife buatkan.. Saja bagi dia buatkan. Orang kata nak bermanja .. heee.. Kang dah pergi jauh , merindu pulak.. Jadi , saja je la biarkan dia buat.. Sekurangnya orang perempuan lebih terasa dihargai bila khidmat mereka diperlukan.. kan kan ?
 
Dalam kul 7 pagi , aku bertolak ke KLIA dengan jiran aku. Dia keje kat sana. Dari rumah aku ke sana , tak sampai setengah jam pun.. Dekat jer.. Hurmm..
 
Sebelum pergi , gi jengok anak anak.. Cium sepuashati hati ! Huhu.. Setiap pagi aku cium mereka berdua. Nampaknya untuk beberapa hari ni , aku akan merindui mereka !
 
image
 
Sampai KLIA dalam kul 7 lebih .. Berkumpul jam 8 pagi. Flight kul 1030 pagi. Aku ingatkan dalam masa 2 jam tu sempat la nak makan pagi .. Rupanya tidak ! Nak check in pon makan masa. Ramai pulak naik Emirates hari ni ..

Antara rakan yang turut pergi ialah blogger Shearosul , Cindy , Evelyn dan juga designer untuk kapal baru Airbus milik Air Asia tu nanti , Denzel ... heee..

Dalam kul 1030.. semua dah standy nak terbang ! Tak sabar nak merasa naik Emirates.. Hee.. orang kata best ? Makan banyak.. nak rasa la gak ..
image
Hurm… Perjalanan dari Kul ke Dubai memakan masa .. er , 6 jam ? Ke lebih eh ? Sebab sampai kat sana dalam kul 3 petang .. Haa.. Lama woo dalam kapal. Makan mmg meriah tapi aku je la tak meriah .. Duduk tepi tingkap… Layan movie. Nak bergerak , payah.. Huhu..

Sebelum nak bertolak tu , ada isu skit .. Ada mamat mana tah duduk tempat aku.. Nasib baik si Cindy tu ramah benar.. Dia la yang cepat cepat gi settlekan. Bukan apa , kalau dia tak settlekan , dia gak yang kena duduk sebelah mamat tu.. Hahahaha.. Ala ala bangla pun ada .. Nasib baik settle.. Mamat tu rasanya dia hilang tiket.. Dia gi tunjuk tiket dari Dubai ke Paris.. Hurmm..
Alhamdulillah.. Kapal berlepas dengan jayanya walaupun cuaca tidak menentu dan mendarat di Dubai dengan selamatnya ..
image
Hurm.. tak sempat nak merayau dalam airport Dubai ni sbb nak kena check in semula.. Transit ke Paris lak.. Makan masa 6 jam ! Aku dah sakit kepala ! Nasib baik ada bawak ubat .. Hurmm..

You May Also Like

18 comments

  1. Alhamdulillah...semoga selamat pergi dan pulang ek...^_^

    BalasPadam
  2. Ramai menantikan update dari abg Ben..
    Moga semuanya berjalan dengan baik dan selamat pergi dan kembali hendakNYA.

    BalasPadam
  3. wahh bestnyaaa..
    moga selamat pergi dan pulang..
    Aamiin

    BalasPadam
  4. take care ben..

    Shearosul pun ikut eh.. lawanya dia.. haha

    BalasPadam
  5. best2 baca pengalaman abg ben...terasa macam ada kat situ pulak..

    BalasPadam
  6. hati2, paris banyak pickpocket, bro ben...selamat menengok tempat orang ye... salam perkenalan dari germany..

    http://jindrisska.blogspot.com

    BalasPadam
  7. have a nice trips ben .... syok gile kot .....

    BalasPadam
  8. Lama tak naik flight.. apapun ena doakan abang ben selamat sampai dan selamat kembali ke Malaysia... ^_^

    BalasPadam
  9. Salam Ben...semoga selamat pergi dan selamat balik...

    BalasPadam
  10. Moga selamat pergi dan balik. Yg best emirates ni luas sket jarak dgn seat dpn tu pd saya dan makan pun meriah sket kot.

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  12. Comelnya gegurl pakai romper pink.tengah tido lak tuh

    BalasPadam
  13. Seronok baca kisah Abg Ben jalan2b

    BalasPadam
  14. baru hari ni berkesempatan baca kisah Ben nak ke Paris hari tu. Comel je Qhaiff ngan Zahra tu.... Cantiknya view di luar pesawat tu...

    BalasPadam