Tak perlu beria sangatlah , sayangku !

by - Rabu, Ogos 27, 2014

 

Baru baru ni , wife ajak aku gi ke Alamanda. Dia nak beli alat mekap. Katanya dah lama tak beli.. Abis dah.. Aku , ok jer. Takde masalah.. hehehe…  Belilah selagi mampu..

Esoknya , wife bersiap nak gi kerja. Dia mengadap depan cermin. Beria ‘mencontengkan’ dirinya.. Aku senyum jer.. Aku yang masih berkain pelikat sambil dukung Zahra berkata..

 

“ Wah.. beria mekap.. “.

“ Saja test mekap baru.. heee..”.

“ Oh.. ok la.. Tapi mekap lawa lawa ni , nak tunjuk kat sapa di opis tu ? Abang duk kat umah je ni.. jaga anak .. “.

Terus berenti dia .. Senyum. Dia paham maksud aku.. Heheheeh.. Takde la dia nak marah atau tersentap.

Bersiap ala kadar , asalkan kemas , berpenampilan .. memadai. Nak buat kerja pon , tenang. Takde la menimbulkan rasa kurang senang mana mana pihak di pejabat nanti.. kan kan ?

Kekadang aku terfikir laa .. Perempuan yg bersungguh bermekap ni , nak tunjuk kat sapa sebenarnya ? Ada yang kata nak berkeyakinan lebih tinggi.. Apakah tanpa mekap , tidak berkeyakinan ? Hurm… Bukankah bermekap over ni akan menarik perhatian orang lelaki seterusnya dia akan ‘mendapat’ masalah sendiri !

Ok.. hak masing masing .. Aku tak kisah .. Masing masing , ada' ‘penjaga’ .. Sapalah aku nak cakap pasal ni kan ?

Satu lagi .. Aku try gak mengayakan satu jenis gaya ni ..

Photo

Ternyata.. tak mudah nak jadi ‘perempuan’ sebenarnya.. Hingga ada yang ada jadi mangsa fesyen semata mata nak kelihatan anggun dan cun di mata .. er.. mata sapa ?

Tak perlu nak marah atau melenting.. Berfikiran logik la skit yer.. Bersederhana tu jauh lebih cantik dari mereka yang over berhias ..  Umpama pelita dengan bunga api .. bunga api ni kalau selalu tengok , lama lama jadi bosan. Tkde kelebihan pon.. Berbanding pelita.. nampak biasa tapi menerangi tempat yang gelap..

You May Also Like

13 comments

  1. so sweet :) ..
    girl memang camtu,,hehehe tapi segeintir jak...lagipun cuma nak test mekap baru..

    BalasPadam
  2. yang ini lawak..dah keras perut gelak ni..hehe

    BalasPadam
  3. huduh btl hahaha...a.ah kan mekap ala kadar dah ckup,dah cantik :) jgn lebih2

    BalasPadam
  4. Wah... ayat yg last tu... saya suka... saya suka... :D

    pelita... nampak biasa, tp menerangi tmpt yg gelap!

    BalasPadam
  5. zaman semua nak perhatian sanggup buat sesuatu di luar kebiasaan.. tapi bab make up tu.. erkk.. saya pun suka. nak kata niat nak tunjuk kt org tu x pasti.. tp lebih kepada nak diri nampak cantik. tak tau la lumrah pompuan sukakan kecantikkan. sama2 la perbaiki apa yg kurang ye dak?

    BalasPadam
  6. wahh .. fashion apa yang abg ben buat tu .. macam alien jaa

    BalasPadam
  7. Tapi ada jenis perempuan.yg betol2 obses dengan make up..obses sebab minat..
    Nasib baik sy hanya pandai pakai bedak asas n.lipstik je.heheh

    BalasPadam
  8. Ayat last tuu... Teringat lak kat lagu Zur Eda - kau pelitaku

    BalasPadam
  9. wow bonggol tinggi sgt tu abg ben..hahah...

    BalasPadam
  10. Abamg ben letak ape nk dalam plastikk tuu? Heheeh

    BalasPadam
  11. Ben, pasal isu mekap & wanita tu aku baca okey2 je tp last2 nampak gambar kamu tu aku kena control coz kt opis ni..
    Kau jgn pakai mcm tu kt Alamanda ye, kang ramai tak mengaku kwn kau.. hahaha

    Silent Reader,
    Sharifah

    BalasPadam
  12. nak make up pun biar utk suami je hehe

    BalasPadam