Nasi lemak dan Paris !
Bangun pagi.. rasa lapar sangat ! Mungkin dah biasa bersarapan awal pada Ramadhan lepas hinggalah semalam.. Padahal sebelum tu, aku bukanlah jenis manusia yang makan awal pagi.. Hurmm..
Selepas beli 6 bungkus untuk sekeluarga makan… aku seperti biasa , amik gambar dulu dan up di Facebook dan Instagram. Pasti akan ada rakan bertanya … dan soalannya , berapa harga nasi lemak ?
Terus terang , aku tak pernah bertanya pon berapa harga nasi lemak ni. Aku rasa dalam RM1.20-RM1.40. Kalau tanya , pasti aku tak jadi nak beli sebab mahal !
Tiba-tiba aku teringat sewaktu di Paris.. Sekarang ni , apa saja aku buat , pasti Paris jadi perbandingan ! Walaupun ada yang rasakan aku ni ‘tak logik’ tapi sekurangnya perbandingan yang aku buat tu membuatkan aku rasa bersyukur sangat aku ini WARGANEGARA MALAYSIA !
Sewaktu di sana , aku tak tau nak makan apa. Nasib baik di hotel pertama tu , milik orang arab tak silap aku. Baca pampletnya tertulis semua makanan yg disediakan dalam tu , Halal.. Wallahualam..
Bila keluar makan tengahari .. terus terang , terkedu nak makan apa ! Cari la restoran Halal.. Ada , banyak sebenarnya.. Tu takde masalah pon tapi yang jadi masalah ialah ..
Harganya !! Orang kata kalau kita dok asyik ‘convert’ maka kita tak makan la kat sana ! Memang betul pon sebenarnya tapi memandangkan aku ni kerja di Malaysia pastinya kena convert sebab gaji aku dalam RM .. bukan Euro !! Kalau Euro , semua ni murah bagi aku ! Harga sama je tapi sebab nilai matawang kita murah berbanding Euro , maka ianya sangatlah mahal !
Nak makan nasi yang halal 18.50 euro.. 18.50 x 4.4 = RM ??? Kira la sendiri ! Tu baru nasi.. belum air mineral ! 2 euro ! Murah ..mmg murah kalau aku berpendapatan dalam Euro..
Bila aku tiba di Malaysia , segalanya adalah murah bagi aku walaupun aku bukanlah orang kaya ! Aku masih mampu makan dan setahu aku , takde orang Malaysia mati kebuluran ! Makanan mewah dan murah sebenarnya di Malaysia ni ..
Kesimpulan , dimana kita berada ..sama saja.. Kena ada usaha keras utk hidup ..bukan mengeluh dan mencari salah org.
Ada hikmah rupanya Allah ‘hantar’ aku ke sana .. Buka mata aku luas luas ! Benarlah kata org.. Byk berjalan , luas pengalaman..
6 comments
Sy pernah ke UK masa exchange rate 5.99 so saya ambil heavy breakfast then lunch dlm pkl 3 atau 4
BalasPadamemm dah lama setuju dgn kata orang tu..., cuma perjalanan kita ni tak seluas mana lagi haha , masih bertapak di bumi bertuah ni saja..
BalasPadamteringin jugak nak merasa... tapi sokong bambeng... jangan mengeluh... berusaha dan bersyukur !!
BalasPadamNasik saje Dah dekat 100 hengget ye kat sana? Huhu.. Memang bertuah sungguh la kita dilahirkan di Malaysia.. Bersyukur lahir sebagai warganegara Malaysia.. Merdeka!
BalasPadamRosmiza Ali Official Blog™
bersyukur kata kunci kali ini. InshaaAllah Aamiin.
BalasPadamOmg mahalnya. Kalau nak pergi kena bajet besar2 la gitu ^_^
BalasPadam