“ Yang , abang balik !! “
Tengok jam… dah kul 6 petang ! Ahhh .. leganya ! Jap lagi suami sampai rumah dah ! Boleh la tlg tengok tengokkan budak jap.. Nak kemas rumah dan masak untuk makan malam .. “ .
Bila suami sampai rumah ..
“ Yang , abang nak keluar jap .. Azli nak jumpa. Ada menda nak bincang katanya. Gi jumpa kat kedai mamak jer.. Ok ? Nak release tensen gak ni.. Penat .. keje banyak kat pejabat “.
Dengan berat hati.. si isteri pun lepaskan senyuman tawar.. Apa lagi pilihan yang dia ada ? Kalau tak bagi , gaduh.. Kata isteri ngongkong.. Kalau kasi , isteri makan hati ..
Hurmm… Itulah yang aku rasa ! Setiap hari waktu kerja , aku ternanti jam 6 petang .. Bila wife balik , sekurangnya Zahra akan berada di pangkuan dia dan Qhaliff akan dengan aku .. Atau dua dua dengan dia.. Menyusu.. Aku baru boleh tarik nafas lega.. Nak workout ? Belum tentu boleh sbb kepenatan.. Kalau letak kepala di bantal , confirm lena ..
Dulu sewaktu aku bekerja di pejabat , aku rasakan .. kerja tu cukup membebankan dan sukar ! Tapi setelah ada dua anak , sesungguhnya ianya tidak membebankan tetap jauh lebih sukar !!
Bayangkan yer.. Zahra menangis nak susu.. Tapi dia tak nak susu botol ! Qhaliff dok mengekor ke mana saja aku pergi dalam rumah sambil tarik seluar aku.. Nak air la. nak roti la.. nak apa saja asalkan aku layan dia ! Aku letak Zahra atas tilam , tak sampai 4 saat , dia menangis ! Nak tak nak , aku kena dukung dia.. Nak amik air Qhaliff dengan Zahra di tangan lagi.. Bila bagi air kat Qhaliff , dia tumpahkan ke lantai !
Tu belum part nak kena kemas rumah.. anak berak .. Yang sorang dok main kat dapur .. Perghhhhh !! Nampak mudah je kan ? Duduk rumah je pon !! Heh…. Mana mana lelaki yang kata gitu , suruh dia jaga anak anak dia selama seminggu.. Dari pagi hingga malam.. hingga anak anak tidur .. Baru dia tau camana rasa .. Nak lepak mamak ? Heeee.. Beruntunglah si isteri bagi pergi..
Hurm.. Jangan pandang suri rumah kerja mudah ! Dah la jaga anak , free.. basuh baju , masak .. hurm… Apakah itu semua tugas seorang isteri semata mata ? Tugas si suami cari nafkah jer ?
Bila si suami bantu si isteri .. percayalah , automatik penat si isteri sepanjang hari.. hilang ! Tak perlu bagi bunga .. coklat mahupun intan berlian.. Sekadar tunaikan janji setia sebelum nikah dulu..
21 comments
suka entry abg ben yang ni...likes 1000x lah...:)
BalasPadambukan seminggu...bagi separuh hari pon jadi la...mesti dah kata penat...hahaha
BalasPadambukan seminggu sehari pun dah tunggang langgang.. hahahhaha
BalasPadamsetuju 100% dengan entri ni! like1000x!
BalasPadamHope dapat suami macam abang ben.. hehehehe...
BalasPadambtl2. like bebyk xterkira. hehe
BalasPadamtak sampai sehari, baru 1/2 jam bila mummy pergi mandi, abah dah tunggu depan pintu bilik air...ha ha ha...
BalasPadamrasa nak nanges bila baca entry abg ben nie...sejujurnya la..klu lelaki paham tanggungjawab sebagai seorg suami dan isteri jlnkan tggungwab sebagai isteri mungkin kadar perceraian di malaysia nie merundum...
BalasPadamkalau suami cuti, dan saya bekerja...
BalasPadamdia memang tak boleh rehat, kena jaga anak-anak.
Tapi, saya belum habis waktu kerja dia akan sibuk call, kul berapa nak balik?
padahal tiap-tiap hari memang balik waktu yang sama, dia boleh tanya lagi. dalam erti kata, kalau boleh dia nak saya balik cepat. sebab anak-anak merengek dan dia pening nak handle.
Saya sampai rumah dia dah tunggu depan rumah sambil dukung si kecik, dan abang di sisinya. terus dia pass si kecik kat saya...dan time tu la saya kena handle dua-dua terus. sabor jela...hehehe
Terharu siut... Thumbs up bang ben
BalasPadamtangungjawab yg besar:)
BalasPadamSuka entri abg ben yang ni...likeeeeeeeeeee
BalasPadamBest betul entry abg ben.. alhamdulillah saya dkurniakan suami yg suka bantu kerja2 rumah jugak, wpun g kedai kopi tu pun ada jgk dlm list dia...
BalasPadamTerima kasih kerana menghargai kerja2 surirumah spt saya.
BalasPadamSemoga abg Ben & keluarga terus mendpt ilmu dimanfaat, rezeki yg luas & jauh dari segala penyakit.
mmg salute kat abg ben. mmg payah jadi suri/sura rumah ni abg ben. kita yg melaluinya sahaja yg tahu. tp selalu jugak diperlekehkan bila org bertanya, "kerja ke?" bila kita jawab tak dan beritahu kita hanya surirumah, boleh pulak diaorg kata, bestla, dpt goyang kaki. atau pun, untunglah, suami kaya. atau ruginya, belajar tinggi, tp duk rumah jaga anak je.
BalasPadamMoga ramai lagi lelaki di luar sana yg mempunyai kesedaran mcm abg ben.
BalasPadamTak banyak, sikit.
setuju sangat bab bila suami bantu isteri buat kerja rumah@dapur,,isteri happy sangat2,,rasa bersyukur teramat...itu yg saya rasa bila suami tolong hiris daging semalam...ehehe..papun tahniah bro n thanks sudi be my blog frens ^_^
BalasPadamentry yang ini saya bagi 100 bintang!!!!
BalasPadamuntunglah dapat yang faham..hehe
BalasPadamsokong abg ben.. kadang laki pun tak tolong ape. siap makan letak je kat singki. tinggal basuh satu pun susah. padahal da ade sabun semua. geram je. pengalaman jaga ada laki2+abg2. huh! (1st time komen. hehe)
BalasPadamsuka entri abg ben ni...
BalasPadamsangat bersyukur dapat suami yg suka membantu