Satay 40 sen !

by - Khamis, Ogos 07, 2014

 

Kali pertama aku singgah ke gerai jual satay ni , sebelum Ramadhan yang lepas. Bila aku up gambar di FB , ramai tanya kat mana. Ada yg gi cari… Tapi tak jumpa.. Rasanya akak tu dah bukak tapak tempat lain untuk jualan di bulan Ramadhan kot…

Tadi , aku nak gi cari satay .. Terlupa si Qhaliff suka makan satay.. Tu pun wife ingatkan aku semalam.. Masa balik Kelantan ari tu , dia mmg pantang nampak satay.. Cuma risau je la ngan batang lidi satay tu.. hurmm..

Ok.. nak dijadikan cerita , tadi aku gi singgah beli selepas nampak gerai ni dibuka jam 5 petang.. Awal tuu… Beli la dalam RM5 .. tu pun banyak dah !

Antara sebab beli ialah nak bantu OKU .. akak yang jual tu OKU .. Tapi bukan semata mata tu tau ! Satay dia murah dan sedap ! Haaa.. Isi banyak ke ? Aku kalau isi banyak , aku pun tak nak .. muak siut ! Makan satay ni bagi aku , macam makan main main jer.. Nak kenyang , jgn bakar satay.. bakar terus kambing kat situ gak ! Haaa.. makan sampai tergolek !!

Apa pun , akak ni bersama suaminya mmg peramah .. Lepas diorang meniaga , mmg diorang bersihkan tapak ni.. Aku dah perati bnyak kali.. mmg bersih la…

Dan sewaktu aku amik gambar diorang … akak ni bagitau diorang amik tempahan untuk Syawal ni .. Yang tinggal area Sepang atau sewaktu dengannya , boleh la try call tanya sendiri .. heee..

You May Also Like

2 comments

  1. Ben..satay makan dgn laksa memang ngam lah..cer try, tu pasal akak tu gu mcm tu... cara org utara tak berapa utara makan satay ! , ni wife aku cakap la...dia jenis yg makan satay dgn laksa..huhu aku baru tau pun selepas kami nikah...

    BalasPadam