My AirAsia Free Seats

by - Jumaat, Ogos 29, 2014

 

My FREE SEATS

Wow ! Jika saya mempunyai 10 tempat duduk percuma AirAsia , saya akan ke Langkawi dan akan membawa bersama ahli keluarga saya sendiri dan termasuk ibu bapa serta keluarga adik perempuan saya.

Kenapa ? Ini kerana ibu bapa saya kali terakhir menaiki kapal terbang pada awal perkahwinan mereka iaitu hampir 40 tahun dahulu dan amat teringin kembali merasai detik detik menaiki kapal terbang terutama ayah saya yang baru saja selesai menjalani pembedahan kanser lidahnya dan amat teringin ke Pulau Langkawi.

Manakala adik perempuan saya serta keluarganya masih belum pernah ke mana mana destinasi dengan kapal terbang dan amat teringin sekali menggunakan perkhidmatan tersebut.

Dan pastinya keluarga saya sendiri yang telah pun mencapai 4 orang. Anak lelaki saya yang cukup teruja apabila ternampak kapal terbang  pastinya ingin merasai keseronokan bila berada di dalam kapal terbang.

Semoga impian mereka tercapai , satu hari nanti ! InshaAllah.

You May Also Like

8 comments