Sehari di Royal Selangor Visitor Center

by - Isnin, Ogos 18, 2014

 

Sabtu lepas.. Aha.. Aku terima undangan untuk ke Royal Selangor Visitor Center yang terletak di Jalan Usahawan 6 , Setapak Jaya , Kuala Lumpur bersama rakan rakan blogger yang terpilih.

Ini kali pertama aku ke Royal Selangor Visitor Center. Lama dah aku teringin nak ke sini .. Kenapa ? Aku mmg minat seni ukiran ni. Sayangnya , bakat aku terpendam gitu jer.. Masih ingat lagi seni pertukangan logam yang aku amik masa sekolah menengah dulu.. Best !!

Jam 1030 pagi.. Masing masing kelihatan begitu teruja untuk menerokai sejarah Selangor Pewter di Malaysia ni ..

Bila

Bila amik pakej melawat ni , kita akan diberi seorang pemandu pelancong.. Kiranya dia akan menerangkan segalanya apa yang ada dalam ni dan menjawab segala persoalan di kepala kita.. Menarik !

Hurmm.. Sejarah Royale Selangor Pewter ni mmg membuatkan aku kagum sejenak.. Barulah aku memahami perjalanan ke arah kejayaan Royale Selangor Pewter ni ..

Ketika aku di sini , tak ramai orang tempatan ada .. Kebanyakkan pelancong luar.. Mungkin orang tempatan dah tau kot sejarah Selangor Pewter atau aku sorang saja yang terlewat ?? Huuhu.. Sebenarnya , tempat ni bagus untuk menambahkan ilmu..

Photo: Di Royale Selangor Pewter , Setapak.

#royalselangorvisitorcentre #royalselangorpewter

Setiap item yang dipamerkan kat sini , ada ceritanya tersendiri serta keunikkan yang menarik ! Antaranya , sejarah penggunaan matawang ..

Cerita teko melon .. dan macam macam lagi ! Kang aku cerita , korang dah tak tertarik nak gi .. Sebaiknya , sila explore sendiri bersama rakan rakan atau keluarga.. Amik je pakej.. Baru best ! Kenapa best ? Sila sambung baca ..

 

 

Dan gambar bawah ni , best.. Ada cerita tersendiri.. Yang bercerita pon ada kaitan dengan sejarahnya …

Teko yang kat tangan aku tu , tiruan tapi design , berat.. semua sama ! Yang bawah ni baru asli !

Selain pameran , aku melawat kilang pembikinan pewter ni .. Dan juga berpeluang membuatnya sendiri ! Dan jugaaaaa.. membawa balik barangan yang kita buat tu ! Menarik kan ? Hehehe ..

 

Banyak cerita kalau aku nak cerita ni.. Mau pengsan korang nak baca ! Haaa.. Ok , aku cerita part antara yang best ! Semua best dalam ni tapi yang ni , korang akan tau kepayahan untuk membuat pewter ni tetapi .. dengan tunjuk ajar , ianya jadi mudah ! Heeheee..

Setiap seorang akan diberi satu keping pewter ni.. Pastu ..

Pastu.. pastu .. ketuk , ketuk , ketuk ..  buat jadi macam ni ..

 

Tadaaa ! Kan dah dapat sijil dari school of hard knocks ! Hehehehee.. Pastu mencuba kreativiti dengan cara yang paling best ! korang leh buat apa saja korang nak !! Asalkan korang kreatif !

Perghh.. tak sedar masa berjalan ! Aku yang ketika ni masih lagi dalam keadaan jet lag pon tak terasa masa bergerak dengan begitu pantas ! Tau tau dah kul 230 petang ! Perghhh ..

Satu lagi pengalaman manis bagi aku ! Syok bila dapat buat semua ni sendiri ! Bukan sekadar melihat tapi dah tau camana sukar tapi mudahnya mereka bentuk pewter pewter yang ni , jika ada idea dan kreatif ! Part ni yang payah.. tak ramai orang kreatif dan cepat ada idea.. hehehe ..

Apa pon , korang leh gi try sendiri ! Pasti best !!

You May Also Like

2 comments

  1. selamat kembali ke tanahair...sangat menarik apa yg dipaparkan

    BalasPadam
  2. Menarik!!! One day nak pergi kat sini.. yeayy!

    BalasPadam