Pemenang #masukdramaseludup !

by - Selasa, Ogos 19, 2014

 

Akhirnya , dah tau jugak sapa yang akan berlakon dalam drama bersiri Seludup yang bakal ditayangkan di Astro tidak lama lagi ! Dua orang pemenang ini adalah dari pertandingan yang diadakan baru baru ni di fan page SELUDUP !

Drama bersiri tiga belas episod diperkenalkan oleh Mastermind Group Sdn Bhd dengan kerjasama Astro Malaysia. Seludup diilhamkan daripada kesedaran yang semakin meningkat di kalangan masyarakat mengenai perdagangan haram barangan seludup, tiruan dan cetak rompak yang telah menjadi isu sosio-ekonomi di negara ini dan menjejaskan pendapatan, keselamatan dan kualiti hidup masyarakat.

Berikut adalah pemenang yang akan berlakon dalam drama bersiri Seludup itu nanti .Turut sama berlakon dalam drama ni nanti ialah Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Namron, Syafie Naswip dan Raja Ilya.

Mohd Andika bin Abdul Halim dan Nur Afieqah binti Zulkarnain , dikira bertuah kerana sebanyak 130 penyertaan dihantar untuk menyertai pertandingan tersebut bermula ada  25 Jun 2014 lalu.

Mohd Andika yang merupakan seorang pekerja restoran manakala Nur Afieqah adalah seorang pelajar. Kedua duanya adalah pertama kali dalam bidang ni..

Selain peluang keemasan untuk berlakon di dalam drama ‘Seludup’, pemenang-pemenang juga akan menerima hadiah bernilai sehingga RM15,000.

Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Seludup’ dan peraduan #masukdramaseludup termasuk terma dan syarat, sila layari laman FB Seludup di www.facebook.com/seludup

You May Also Like

2 comments

  1. Wahh. 15k tuh! Tgk 15k tu mg nak join. Nk jadi retis tu tidak ler. Hihi.

    BalasPadam
  2. Terima kasih ! :) mngkin Ada slh dgr info , sy bkn student . Saya kerja di Yummyflowerz . :)

    BalasPadam