Bila Qhaliff selsema ..

by - Isnin, Ogos 11, 2014

 

Dah 3-4 hari Qhaliff selsema teruk.. Asyik membersihkan hingus dia .. Nak gi beraya umah orang , segan.. Yelah , kang takut berjangkit lak .. Nak bersalam pon , risau orang geli .. huhu .. Terasa la kita kan ! Heee.. Tak pe , aku faham ..

Nak dijadikan cerita , stok susu Nutri Goat Miracle 8 aku sampai dah.. Aku kasi Qhaliff minum ari tu , tapi dia tak nak.. Dia tak nak , aku nak.. aku minum laaa .. Heee.. Dia dah kembali sedap ‘susu ibu’ . Susu apa pon dia tak nak dah !!

Dan hari ni , sewaktu nak gi keluar ke Alamanda , aku tengok selsema Qhaliff makin banyak.. Sedap pulak tengok dia menjilat haaa.. Haih.. Tak larat aku nak lap ! Asyik keluar jer ..

Geram punya pasal.. Sebelum bertolak ke Alamanda , aku masuk dalam rumah dan buat sebotol susu kambing #NGM8 .. Kereta bergerak , Qhaliff ngantuk.. Terus aku sua botol susu dia .. Dan dia amik , masuk terus ke mulut dia ..

5 minit kemudian , dia sua kat aku ! Selesai kooooooo !!  Sesampai je di Alamanda , aku tengok hidung dia .. Kering koooo !! Perghhh .. Tu diaaaa penangan susu kambing tu haa..

Photo

Alhamdulillah , sampai malam .. tak selsema dah ! Huhuhuh… Lega aku.. Demam pon tak dah ! 

Lupa lak.. semalam sewaktu aku sekeluarga  sampai  rumah dari Sedenak , terus basuh badan Qhaliff dan Zahra .. Kemudian lumurkan badan diorang dengan minyak Batook Ori.. urut betis , belakang badan diorang .. peha .. dan pakaikan baju . Tak yah suruh tidur , lena sampai ke subuh ! Hahahaha .. Kalau tak , Qhaliff asyik terjaga jer ..

Hurm.. 3 botol Batook Ori yang aku beli , satu dah kasi jiran aku. Anaknya asma.. Nak tengok berkesan ke tak.. Minyak Batook tu , aku baru guna.. Tak nak guna minyak yuyi dah.. Hurmm …

Mana beli dua dua ni ? Er… cer google dalam blog aku.. Aku pernah buat entri pasal dua dua produk ni .. Heee…

You May Also Like

7 comments

  1. Minyak Batook Ori? Bagus ek aben? Kat mana nak beli tu?

    BalasPadam
  2. leez penah tgk billboard batook ori ni kat tepeng. bile t'tgk terus t'ingat kat entry u. he3..

    BalasPadam
  3. alahai kesian bdk2 kalo selsema ..just nak share resepi ikan bakar http://adf.ly/r1yOd

    BalasPadam
  4. harap2 mujarablah ubat tu....kesian pula tengok Qhaliff dlm keadaan tak selesa

    BalasPadam
  5. Kesiannyerr...moga cpt sembuh bang long

    BalasPadam
  6. Macam cara nk pulihkan selsema anak. Xde alasan lagi na berhingus

    BalasPadam