Hari pertama tanpa isteri !
Aku tidur semalam , jam 2 pagi.. Qhaliff yg mundar mandir tak boleh nak tidur disebabkan dah terlebih tidur sebelum tu , buatkan aku turut sama tak leh tidur ! Bukan aku tak leh tidur .. tapi bila aku nak tidur , dia datang kacau aku.. Kejut aku ! Tak kasi aku tidur ! Kecik besar kecik besar jeeee aku tengok budak ni ! Dah la lewat malam.. esok nak bangun awal pagi , nak standby utk kerja !
Akhirnya dia tertidur. Wife kejut aku jam 3 pagi ! Huk alohhhhh .. Baru sejam tidur , dah kena gegar ? Sabarlah.. kata pantang lagi.. Eh , silap.. dia kejut sbb nak suh aku dukung bawak masuk Qhaliff dalam bilik.. Qhaliff tidur ngan aku di luar.. hehehe .. Awal benar Zahra nak dapat adik.. hahaha ..
Kul 6 pagi.. wife kejut.. Terus aku tak tidur selepas subuh tu.. Update blog jap.. pastu terus bantu apa yang patut.. cam bantu tengok dia masak sarapan pagi .. Haaaa..
Dalam kul 8 pagi , dia gi kerja.. Tinggallah aku dan Qhaliff.. Qhaliff dah jaga .. awal pulak dia jaga.. Bila wife dah pegi kerja , maka bermulalah episod Mr.Mama anak dua ! Haaaa..
Mandikan Qhaliff.. makan.. pastu layan youtube ABC kat tv.. Kul 9 lebih , Zahra lak bangun… mengeliat kooooo ! Siapkan dia lak .. Mandi , pakai baju..
Letak dua dua kat depan tv.. Hurm.. Cuaca panas.. Aircond lak wat hal.. Diorang mengantuk , tapi tak leh nak tidur .. Aku mengantuk.. dan asyik tertidur ! Haahaha ..
Zahra yang mengantuk tapi tak leh tidur sbb panas.. Qhaliff pon begitu juga. Puas suh tidur.. tak nak.. kena marah ngan aku..nangis..terus tdoooo.. Sian diaa…
Tiba tiba , aku dapat private message dari jiran aku.. Dia tanya aku ada rumah ke tak ? Aku jawab ada .. Dia datang nak check aircond aku. Aku mintak tolong dia semalam..Dia mmg mahir bab ni la..
Alhamdulillah.. ada juga insan sudi membantu aku ! Murah rezeki aku anak beranak hari ni ..
Selepas dia check , dia kata kapasitor rosak.. Dia gi tolong belikan.. pastu tadaaaaa… Mabeless ! Terus ok aircond aku… Pastu barulah anak anak aku dapat tidur dengan nyenyak ! Huhuhuh… Terima kasih pak Iwan..
3 comments
hehehe..dah tambah lagi seorang..bermulalah mr mama..amacam mesti letih kan bang ben..hehhe..tapi seronok
BalasPadamAlhamdulillah..Allah permudahkan..adik dengan abang duduk rumah elok elok ye..hehe..
BalasPadambestnya ada jiran gitu...
BalasPadam