Kemalangan sebab salah sendiri ?

by - Jumaat, Ogos 01, 2014

 

Alhamdulillah.. Dalam kul 8 malam , aku sekeluarga sampai rumah aku. Terima kasih atas doa kawan kawan ..

Bertolak dari Kelantan selepas subuh , aku jangkakan akan sampai di KL sebelum masuk waktu Zohor .. jika jalan tidak sesak atau ada kemalangan maut ! Huhhu..

Tapi perancangan aku tidak menjadi kenyataan .. Aku tiba di KL , dalam jam 3 petang. Ini disebabkan aku banyak kali berenti untuk merehatkan mata yang terlalu kerap keletihan ! Letih pelik sungguh !! Nak kata cuaca panas , tidak tapi asyik nak tertutup jer ! Nasib baik tak jadi apa apa walaupun ada sesekali nak terbabas .. Nauzubillah .. Mintak dijauhkan dari malapetaka ..

Salah satu lagi punca kemalangan selain dari faktor keletihan adalah , sikap tidak sabar pemandu yang membuatkan pemandu lain menerima kesannya !

Macam hari ni.. Banyak benar kereta yang ‘pancung’ kereta aku tanpa beri ‘isyarat’ atau beri minit minit kecemasan ! Gile ke apa ?? Kita yang menjarakkan kereta dengan kereta depan , tetiba terpaksa tekan brek semata mata untuk kasi dia lepas masuk walhal sebelum tu beria sungguh dia dari nun belakanggggggggg sana tu , memotong berbuah kereta untuk mara ke hadapan tapi terbantut hasrat bila ada bas atau kenderaan lain sedang menghampiri dia dari arah bertentangan !

Bayangkan dlm situasi gitu , kita dok melayan anak ! Apa jadi ???

Awal pagi ni !! Nak kejar apa ??? Gara gara sikap tidak sabar dia , orang lain mungkin jadi mangsa !!

Clear je jalan pagi tadi.. Tapi punya la banyak kereta bersungguh memotong dan memandu dengan laju.. Nak gi kubur ke bang ? Kalau nak gi kubur , gi sorang sorang la.. Dalam kereta tu ada anak bini ! Tak kesian ke ? Kalau mati terus tak pe la.. Tanam je .. Tapi kalau cacat atau cedera parah ? Camana ?? Sapa susah pastu ??

Cuaca tenang.. sejuk jer .. Cuba la memandu dengan rileks sambil menikmati permandangan yang indah tu.. Bukan senang wooo ! Bila datang jerebu , jgn mimpi la nak hirup udara atau menikmati permandangan gini ! Dah rasa dah !!

Pandu cermat , inshaAllah semua orang selamat ..

You May Also Like

0 comments