Hahaha… Sebelum ke Alamanda , kami ke klinik kesihatan untuk check up bulanan si Zahra. Sewaktu wife dan Zahra turun , Qhaliff nak ikut sama .. Tapi aku tak bagi. Aku ajak lepak dalam kereta jer.. Meraung dia !!
“ Zahraaa… Zahraaaa.. “.
Aku tak pasti la samada dia nak ikut Zahra atau sebab Zahra guna stroller BugabooBee3 dia tuuu .. Macamana pun , dia yang rasmi dulu baru boleh Zahra guna ! Walaupun seminit , dia kena rasmi duduk dalam tuu..Grrr..
Puas menangis , tertidur dalam kereta dia .. Sian jer tengok.. Memang time dia tidur lagi pun..
Selepas selesai urusan di klinik , kami ke Alamanda. Di sana , Qhaliff nak menolak stroller dan adik dia mesti ada dalam tu ! Tak kasi dukung !! Adehh.. Risau gakkk …
Tapi.. bila tengok dia tolak .. amboiii ! Macam pro dah ! Hahahhaa.. Mahir la pulakk.. cepat belajar kendalikan stroller tu ..
Tak kasi usik langsung stroller tu ! Bagi yang dah tengok video dia kat FB BENASHAARI , pasti leh bayangkan camana kan ? Hhahaha .. Aku sendiri berulang kali tengok video dia ..
Harap harap video ni kekal kat FB.. Atau aku kena post ke Youtube supaya video ni kekal selamanya kat dunia maya ! Huhuhuh…
Yang pasti , sekarang ni mmg dia tak leh berenggang dengan adik dia !