Teater SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA

by - Ahad, Januari 04, 2015

 

Teater.. Bukan mudah nak berlakon teater ni.. Nak kena hafal dialog dan babak tu , perghhhh ! Bukan calang calang orang boleh berlakon teater ni … Aku ? Tak mungkin boleh sama sekali.. huhuh..

Alhamdulillah.. Sempena sambutan Maulidur Rasul , satu teater arahan Erma Fatima yang bertajuk SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA sedang berlangsung di Istana Budaya , Kuala Lumpur yang bermula pada 4/1/2015 sehingga 7/1/2015.

image

SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA merupakan sebuah drama muzikal riwayat hidup Nabi Muhammad S.A.W dari kelahiran sehinggalah kewafatan baginda diiringi selingan lagu- lagu kisah Nabi dan Selawat.

SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA merupakan satu-satunya produksi pementasan teater Islam yang pertama di Asia Tenggara yang akan memaparkan sejarah hidup Rasulullah S.A.W bersempena menyambut MaulidurRasul. Malah skrip dan konsep persembahan ini telah pun diluluskan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Selain membariskan nama-nama besar industry seni tempatan dan Indonesia, SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA menggabungkan 20 orang pelakon utama, 80 orang pelakon tambahan, 15 orang pemuzik yang akan bermain secara ‘live’ dan 6 orang penyanyi latar.

Antara artis yang turut terlibat ialah Datuk Siti Nurhaliza, Amy Search, Awie, Tegar, Ellie Suriaty, Datuk Rahim Razali, Umie Aida dan Beto Kusyairy.

Antara tarikan ialah set dan props pentas pementasan ini akan mengikut keadaan sezaman yang terdiri dari 12 set pentas dan 20 jenis props.

Bagi aku , teater SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA  amat sesuai ditonton bersama ahli keluarga terutama anak anak kita bagi memupuk rasa cinta pada Rasulullah S.A.W dan ISLAM..

 

image

image

image

image

image

image

Tiket tiket untuk menyaksikan drama muzikal SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA pada 3 hingga 6 Januari ini telah mula dijual sejak 26 Disember 2014. Harga tiket adalah seperti berikut :

RM53 , RM103 , RM153 , RM203 , RM253 . RM 403.  Untuk tempahan secara online :www.airasia.redtix.com

 

Gambar oleh : Azlan Yaacob

You May Also Like

0 comments