Salahkah lelaki nak sado ??

by - Selasa, Januari 13, 2015

 

image

Tu diaaa anak aku.. test tengok muka dia kat cermin dalam cubaan menolak menda alah tu.. Mampukah ? Mampu.. dengan bantuan aku ler ! Hehehehe.. Apa guna jurulatih di sisi kan.. Bayar mahal tuuu..

Sewaktu di gym.. ada ramai rakan baru ..Ada sorang tu aku tengok terkial kial dok main satu alat tu.. Pastu aku pun tegur la.. Saja sembang kosong.. Tanya la tujuan datang gym.. Katanya nak cantikkan badan.. Hehehhe.. Ok la kan ?

Tetiba aku teringat ada satu gambar tu.. “ Kami tak nak Hulk. Kami nak lelaki normal ! “. Alahai… Siannya tengok tweet tu.. Takkan lelaki nak sadokan diri tak leh ? Nak biar je badan tu sekeping atau terboroi boroi ?

Kelebihan lelaki berbadan sado ni banyak.. Paling penting , ramai pasangan mereka rasa selamat bila berada di sisi ! Kaaannn ? Yang besar besar cam Hulk tu , tak ramai.. Bukan mudah nak besar gitu tau ! Disiplin dan training yang betul je boleh dapat gituuuu …

Buruk badan besar ? Ada yang nampak buruk.. ada yang nampak cantik ! Terpulang la pada nafsu mata tu melihatnya.. Yang penting hati mau baik kan ?

Bagi aku la.. dari lelaki dok lepak kedai kopi layan borak tak kira masa terutama lepas kerja tu , ada baiknya lakukan aktiviti sihat ! Sekurangnya dapat gak lepaskan stress di gym tu. Tak la balik rumah nak amuk amuk , kan ?

You May Also Like

6 comments