Mesin ‘gegar’ bantu kuruskan badan ? - BEN ASHAARI

Mesin ‘gegar’ bantu kuruskan badan ?

 

Selama ni aku cuma tengok je di premis premis kesihatan yang menjual alatan gegar ke kiri ke kanan ni .. Nak try , jauh sekali untuk elak dari aku tergoda membelinya !

Baru-baru ni , adik aku beli satu set. Kebetulan aku ada di rumah orang tua aku , aku berpeluang mencubanya.. Ternyata gegaran dari mesin tu memberi kesan pada perut aku , betis dan peha !

image

Aku tanya harga.. Mak aku kata sekarang tengah ada diskaun.. ( diskaun la sangat di Malaysia ni yer ? ) . Aku pun kirim air liur je la kat mak aku. Dia beria sangat nak tolong belikan satu untuk aku guna pakai. Maklumlah , aku dah payah nak gi gym sekarang .. Perut pon dah mula membesar bagai johan.

Akhirnya , ada satu dah di rumah aku. Dan tadi petang , buat pertama kalinya sebelum aku nak bersenam , aku layan dulu menda alah ni.. Bukan aku sorang je layan tapi Qhaliff pon turut sama.

Tunggu sebulan. Apakah mampu membantu aku mengurangkan lemak perut ?? Apakah aku akan tersembul 6 packs di perut aku atau berterusan 1 pack saja ??? Kita tunggu je nanti !

Er , apa brand ? Hurm… Tak nak bagitau.. free promosi woi ! Rugi aarrr…

3 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.