MyCarrier dari Stoke ni ke atau …
MyCarrier Cool dari yang ni ?Perbezaan ? Fabriknya.. Zahra nak yang mana satu ni ?
MyCarrier dari Stoke ni ke atau …
MyCarrier Cool dari yang ni ?Perbezaan ? Fabriknya.. Zahra nak yang mana satu ni ?
Gi antar Sony Xperia Z3 ke service center di Plaza Berjaya. Tempoh baiki seminggu hingga dua minggu ! Gulp.. Adeh , masalah betul… Camana aku nak guna phone ni ?
Roger wife aku tanya pendapat.. Nak beli kena dapatkan izin dulu walaupun duit aku sendiri. Elakkan bermasam muka. Hahahaha … Apa nak buat ? Sayang bini kan ?
Dalam kepala aku ada satu jenama je ? Aku nak try Samsung Note 4 Edge. Terpikat dengan design lengkung tepi tu haa.. Hahahaha .. Dan aku nak wat kerja dengannya.. kononnya la … Hehehe..
Destinasi , Low Yatt Plaza.. Puyang sing pi pusing mai.. Tanya HTC M8 , Sony Xperia Z3 Tab dan Samsung Note 4 Edge.. Nasib baik staff kedai tu baik je layan aku.. Segalanya dia jawab dengan cemerlang..
Kemudian dia syorkan aku Oppo Find 7 berbanding Note 4 Edge. Kenapa ? Ahaaa.. Dia tunjuk pelbagai aplikasi original Oppo Find 7 yang membuatkan aku tergaru garu kepala aku.. Dia buat perbandingan dan paling utama , dengan spesikasi yang hampir sama tapi harga yang jauh berbeza. Aku jimat RM1K jika amik Oppo Find 7.
Dan yang bisa membuatkan kita tensen ialah harga Samsung yang cepat jatuh dalam masa terdekat. kan ? Hampir sejam gak la aku dok tanya itu ini , itu ini hinggalah aku buat keputusan akhir ..
Hurmmm… Melihatkan dalam iklan yang mana Sony Xperia Z3 boleh amik dalam kolam air , pastinya ramai teruja nak bawak berenang telefon pintar terbaik dari Sony ni .. kan ?
Ok.. aku cubaa.. Pastikan segalanya tertutup rapat untuk elakkan air masuk .. Hurmm .. Ada dua persoalan yang mana kalau aku google berkaitan Sony Xperia Z3 , akan ada beberapa isu antaranya payah nak amik gambar dalam air .. Benarkah ?
Selepas beberapa minit , Sony Xperia Z3 kesayangan aku blank ! Erkkk.. Apa kes ??? Dua jam kemudian…
Hurmm.. Esok kena gi Sony Center untuk dapatkan penjelasan dan kena servis ! Hurmm..
Bila restart , hanya nampak cahaya pada skrin tapi tak kuar sebarang imej.. Hurmm..
Ada yang kata air klorin tak boleh ? Hurmm.. Iklan tu ??? Tak pe , tak pe.. aku dapatkan penjelasan esok memandangkan tak lama lagi Sony Xperia Z4 akan keluar , aku nak pastikan isu begini tak muncul lagi..
Hurmm..
Antara ayat ayat feveret dia sekarang .
“ Abanggg.. “
“ Tak nak kawan dia .. “
“ Yaya , tamo nanes .. “
“ Nak charge .. ( internet ) “
“ Aaahh.. malaishhh ( malas ) “.
Makin banyak mulut..
Kali pertama masuk sini. Tertanya apakah kelebihannya berbanding Aquarium KLCC.. Qhaliff yang beria sebenarnya nak masuk sini setelah aku berjanji nak masuk sini semalam.. Dan dia ingat sungguh laaa janji aku tuuu ..
Harga ? Hurmm..
Murah ? Ok la dari Aquaria KLCC tapiii.. haaaa.. Apakah dengan harga begini berbaloi masuk dalam ni ?? Jeng jeng jeng ..
Hurmmm.. Banyak gambar kalau nak letak ni.. Hahahaa.. Kesimpulan aku , Oceanarium ni berbaloi la bawak anak anak datang .. Tapi kalau nak bandingkan dengan Aqua
tu , lom leh lawan lagi la.. Ikan kat sana besar besar lagi.. Heee.. Kebersihan kolam pon satu hal lagi.. Tapi yang pasti , anak anak enjoy la dalam ni..
Tahniah Melaka !
Lokasi : Swiss Garden Hotel and Residences , The Shore Melaka. Tingkat 9 , pool kanak kanak .. Lepas breakfast , bawak Qhaliff dan Zahra bermain air kat sini.
Pada awalnya Qhaliff jual mahal nak masuk. Aku ngan Zahra je main air buat kali pertamanya. Suka benar Zahra..
Tak lama kemudian , Qhaliff dah mula nak jejakkan kaki dia ke dalam air dan akhirnya … akhirnyaa… Tu pon sebab dia ternampak sesuatu yang menarik minat dia .. Hurmm
Mula mula dia dah dapat main ‘water gun’ tu tapi aku amik dia .. kasi can kat kanak kanak lain main lak.. Dia tak nak keluar dari kolam. Meraung nak main balik water gun tu.. Aku lepaskan dan dia gi ke situ.. Beratur tunggu giliran dia.. sambil ajak rakan sebaya bermain sama.. Sebaya la sangat yer !! Huhuh..
Punya la lama dia tunggu , tau apa dia buat ? Dia gi mengadu kat mak budak tuuu ! Hahahaha .. Mula mula mengadu kat ayah dia.. Ayah budak tu pujuk.. tak jalan.. Dia gi ngadu kat mak budak tuu..
Dan dia berjaya dapat water gun dia kembali ! Hahahaha .. Adeh hh.. Malu daddy aihh..
Dan budak budak lain mula beratur nak main water gun tu.. Nak tak nak , terpaksa aku dukung Qhaliff.. Meraung dia tak nak lepaskan .. Hahaha.. Adehhh.. Nayo daddy aihhh..
“ Nanti kita gi main air kat bilik ehhh… “..
Dan di bilik , dia tidur.. Penat main air .. Hurmn..
THE SHORE Shopping Gallery , sebuah lagi mercu tanda di Melaka yang baru dirasmikan semalam dengan penuh kegemilangan menandakan Melaka sudah seiring dengan bandar bandar besar di Malaysia ni ..
Terletak di lokasi strategik di laluan sungai dan monorel serta bertentangan Eye Of Malacca , THE SHORE SHOPPING GALLERY ni hanya memerlukan pemanduan singkat dari tengah tengah tempat bersejarah Melaka , Jonker Street dan Chinatown yang terkemuka.
Pusat membeli belah ini hanya menumpukan kepada pelancongan gaya hidup penuh bergaya menempatkan lebih 100 buah kedai hebat dengan keluasan 300,000 kaki persegi . Ia memaparkan senibina moden dan elegan , lanskap yang harmoni serta pelbagai perkhidmatan untuk menjadikannya syurga membeli belah untuk semua peringkat umur.
Pusat membeli belah ini menampilkan laluan pesisir Sungai Melaka , yang akan mengagumkan setiap pengunjungnya dengan pancuran bermuzik selain amfiteater untuk kedua dua acara luaran dan dalaman serta ruang makan.
THE SHORE SHOPPING GALLERY ini dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka , Yang Amat Berhormat Datuk Seri Idris Haron dan turut dihadiri oleh Pengarah Urusan serta Ketua Pegawai Eksekutif PHB ( Pelaburan Hartan Hartanah Berhad ).
Pusat membeli belah ini adalah sebuat asset hartanah yang amat penting bagi PHB dan turut diransang oleh tiga penyewa utama iaitu TANGS Lifestyle Store, The Shore Oceanarium dan Lot 10 Hutong Food Gallery.
Oceanarium bersebelahan THE SHORE SHOPPLING GALLERY bakal menampilkan terowong akuarium dan terumbu karang terpanjang di dunia selain berperspektif tinjaun 360 darjah yang pertama di Asia Tenggara yang mana akan jadi tarikan utama di Melaka !
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pusat membeli belah ini , sila layari www.theshoreshoppinggallery.com atau THE SHORE SHOPPING GALLERY di Facebook.
Aku pacak gambar paling kacak aku hari ni di Facebook. Berapa ramai yang LIKE ?
Menyedihkan sama sekali ? Mengapa hanya 26 LIKE je aku dapat ?? Apakah aku tidak cukup kacak ???? Atau sebab dah kawin ? Kalau bujang mesti ramai LIKE punya kan ?
Ok.. aku try pacak gambar anak aku .. PEREMPUAN ! Ok , PEREMPUAN yerrr..
500 ++ LIKES !! Hurm.. orang perempuan memang sepakat dalam menaikkan kaum mereka ! Mereka tak nak dipijak pijak oleh lelaki terutama dalam dunia maya ni , kan ?
Ok.. aku jadi PEREMPUAN seminit jap ..
Ok…. Aku dah dapat jawapannya ! Orang PEREMPUAN memang jeles dengan orang LELAKI ! Sebab tu diorang tak sokong lelaki !! Kan ? Hurm…. Gitulah nasib lelaki ..
Tapi salah lelaki gak.. Tak nak sepakat ! Asik nak bergaduh ..berebut kuasa ! Kan ? Cuba sepakat..
Setiap kali masuk ke 7-Eleven , mata aku pasti akan tertarik pada pada satu kotak yang mana ada patung patung figura 8 reka bentuk berbeza iaitu BoBoiBoy Angin, Tanah dan Petir dengan 2 elemen watak yang terbaru yang belum diperkenalkan, BoBoiBoy Api dan Air, bersama-sama dengan rakannya, Yaya, Fang dan si comel Ochobot.
Menarik dan comel sangat kalau dijadikan koleksi .. Er , bukan aku .. tapi Qhaliff .. Heehehe.. Camana nak dapatkan patung patung figurin ni ? Gi 7 Eleven pastu buat perbelanjaan atau pembelian melebihi RM6 dalam satu resit. Kemudian korang akan diberi satu pelekat. Kumpul hingga 20 pelekat , dan tukarkan untuk satu figura.. Hehehehe..
Disamping tu , pelanggan 7 Eleven berpeluang menyertai pertandingan yang mana menawarkan hadiah hadiah menarik ! Program khas 7 Eleven ni bukan lama ! Sekejap jer. Program kesetiaan ini akan berlangsung selama 8 minggu bermula sekarang sehingga 4 Mei 2015.
Tunggu apa lagi ?
Aku tergaru kepala ! Selepas ni kena pikir panjang untuk guna teksi .. Hurmm .. Samada nak jalan kaki atau keluar duit yang berbaki untuk sara diri !
Tapi yang berlaku ? Tambang teksi dinaikkan antara RM1.25 dan RM8.00 mengikut jarak perjalanan dan lokasi, berkuatkuasa serta-merta manakala tambang bas ekspres naik 2.1 sen bagi setiap kilometer bermula 1 April ini.
Makin gatal kepala aku. Ada insan suruh aku pahami apa itu GST ! Kalau aku paham , aku kena redha je la segala kenaikan ini yang mana kononnya untuk pembangunan negara ? Kenapa tak buat dari awal tahun ari tu je terus ? Kenapa kena tunggu April ? Hurm.. aku tertanya tanya ni ..
Yang pasti , aku tak leh kunjungi dah restoran feveret aku atau kalau nak jugak , aku kena mintak mangkuk lebih , gelas lebih setiap kali order makanan dan minuman.. Bahagi dua ! Jimat la kan ? Hehehhe.. Contoh.. mee kari , kongsi dua.. Air suam , bawak dari rumah jer .. Tu kalau teringin sangat la kan ? Yelah , kalau dah mee kari semangkuk jer dah berharga RM20 ! Haaa !!
Aku masuk pasaraya sekarang ni untuk cari barang dapur.. Confirm lebih RM100 punya !
Entah la.. aku tak salahkan kerajaan pon. Memang kerajaan bertujuan memajukan negara tercinta ni. Harapnya bila dah maju nanti , takde dah masalah masalah yang kita hadapi sekarang ni .. Maklumlah , sekarang ni kita tak maju lagi ! Maka banyak la masalah sana sini .. Kan ?
Kalau ada lebihan wang rakyat , leh beli jet peribadi lagi.. Jangan risau.. Rakyat memahami keperluan kerajaan.. Segalanya adalah untuk kebaikan negara. Kan ? Hanya Allah Maha Mengetahui..
Sebab tu aku padamkan cita cita aku jadi Perdana Menteri. Kalau aku jadi Perdana Menteri ,aku nak jet bertatah berlian ! Dari darat leh nampak dah tu jet aku .. kan ?
Selamat Datang GST .. Selamat Datang ..