Aku dah guna Sony Xperia Z3 semaksimumnya ! Bateri yang dikatakan tahan 48 jam , tak sampai pon 48 jam ! Tapi mampu capai 24 jam. Perlu diketahui , intenet on 24 jam dengan kelajuan LTE / 4G. Semua applikasi tidak di logout. Bermakna telefon pintar itu senantiasa sync dan menarik data dan informasi tanpa henti..
Maka tak hairanlah bateri tak capai 48 jam seperti yang diperkatakan melainkan !! Melainkan aku off data dan guna dia sebagai telefon tanpa internet !
Ok.. aku ada Oppo Find 7 yang dikatakan antara yang terbaik di kalangannya.. Diorang kata la.. Hehehe.. Aku test guna semaksima yang boleh..
Dan .. dan .. aku kena charge selepas 4-5 jam guna tanpa henti ! Kalau Sony Xperia Z3 , 4-5 jam masih tak lepas 70% pon ! Hurmm.. Rugi benar beli Oppo Find7 ni .. Walaupun dia mampu charge 45 minit untuk capai 100% kuasa penuh tapi bagi aku , kehausan tenaga bateri dengan pantas ni mendukacitakan !
Bateri rosak atau aku on banyak aplikasi yang menggunakan screen ? Tak gak.. aku tutup banyak dah .. tetap cair.. Adeh.. Risau kalau gi event , bateri abis ! Nak tak nak , aku kena offline bila keluar dari rumah.. hurmm..