Aku naik ke tingkat atas.. Dan mereka mengekorinya dari belakang.. Inilah yang terjadi !
Dah tu , camana aku nak bersenam ? Aku kena perhati mereka berdua lak.. untuk elak dari kecederaan ! Adehhh…
Sebab tu aku semakin booolat !
Aku naik ke tingkat atas.. Dan mereka mengekorinya dari belakang.. Inilah yang terjadi !
Dah tu , camana aku nak bersenam ? Aku kena perhati mereka berdua lak.. untuk elak dari kecederaan ! Adehhh…
Sebab tu aku semakin booolat !
Semalam wife bagi amaran kat aku yang Zahra mula masukkan barang barang ke dalam baldi yang dipenuhi air ! Dan barang pertama kena ialah remote Astro ! Mula mula dia gempakkan aku dengan mengatakan Zahra masukkan handphone aku. Aku tenang je. Pastu dia kata bukan handphone aku sebaliknya dia punya Iphone 6 Plus. Aku pun tenang gak. Kenapa ? Sebab aku kenal dia.. dia tak reti menipu ! Hehehehe..
Kenapa aku tak risau Zahra masukkan handphone aku ke dalam air ??? Jawapannya ? Sejak Zahra masukkan Nokia Lumia 1320 aku ke dalam bekas minuman yang berisi air , aku serik dah nak beli telefon pintar yang tak tahan lasak ! Maka aku mula beralih arah ke Sony Xperia Z series dan aku beli Sony Xperia Z2 dan Sony Xperia Z3. Terbaru aku ada Sony Xperia Z3+ !
Kenapa ? Dengan selamba aku leh rendam ke tiga tiga phone tu ke dalam air.. dan selalu je aku bawak masuk phone ke dalam bilik air tanpa rasa risau..
Kamera pon boleh beroperasi dalam air , yer kawan kawan..
Dan.. beroperasi dengan baik je selepas dikeluarkan !
Tak perlu risau jatuh dalam sungai.. kolam air. Tapi laut tak leh la.. hehehe…
Cool , kan ?
Bila aku post gambar makanan.. atau sesuatu produk.. tak kiralah samada berbayar atau tidak , risikonya pasti akan ada yang menidakkan kata kata anda itu..
Hakikatnya ? Hurm.. contohnya , semalam aku mempromosikan nasi lemak segera.. Makanan ! Bukan mudah untuk promote kerana tekak lain lain. Bagi aku sedap tetapi belum tentu bagi orang lain , ianya sedap ! Maka , tak boleh terus nak kata aku menipu atau si polan tu cuba nak menjatuhkan bisnis yang aku cuba naikkan tu. Tekak lain lain ! Perut lain lain.. Kalau aku makan tak sedap , aku takkan buat entri mengenainya lalu bagitau .. WOW , SEDAPNYA ! . Risikonya besar ! Nanti akan ada rakan pergi cari dan makan pastu..
‘Ler , macam ni Ben kata sedap ? ‘.
Sama jugak bila aku promote gadget. Semalam ada kenalan bagitau produk tu tak berbaloi untuk dibeli. Berdasarkan pengalaman aku , bab gadget ni bukan semua orang setuju ianya berbaloi untuk dibeli. Pengalaman pengguna tu lain lain. Terpaksa terima hakikat. Teruskan buat kerja anda ! Tak semua perkara kita akan dapat persetujuan. Apa saja !
Yang penting , bila kita tak setuju.. gunakan saluran yang betul ! Contohnya , aku makan mee goreng mamak . Aku kenal tokey dia tetapi aku amik gambar mee goreng tu , aku post ke Facebook !
“ Hekler.. Apa punya mee goreng la ni ! Dah la skit , mahal lak tu ! “.
Hurm.. apa salahnya kita cari tokey dia dan bagitau depan depan. Kalau dia tak nak terima , haaaaaaaa.. baru kasi up di media sosial. Kan ? Kalau nak jadi pengkritik atau penulis .. belajar kritik depan depan.. tengok reaksi pemiliknya camana.. Bukan apa , kekadang dia dah keluarkan modal untuk promosikan produknya. Tapi dengan kritikan kita di media sosial , secara tidak langsung sedikit sebanyak telah menjatuhkan kredibiliti dia.. Sian la kan ?
Kalau nak kritik gak.. tulislah dengan berhemah. Jangan sampai jatuhkan airmukanya. Tulis dengan niat untuk buka mata pengusaha atau tokey yang lain.. gitu lebih matang dan bijak. Mata pena lebih tajam dari mata pedang..
Hati hari bila nak promote sesuatu produk. Kalau rasa tak bagus , bagitau tokey dia. Kalau bagus , tulis bagus bagus tapi angan sampai ke langit pujiannya.. Ala kadar dan berinfomasi.
Teringat kata seorang rakan.. Tak silap aku , 2 tahun lepas.. Bila aku berada di kemuncak karier , akan ada yang cuba mematahkan semangat.. dan kata katanya itu satu kenyataan.. Berapa ramai selebriti yang popular akhirnya terjunam ke lautan.. tanpa sebarang berita. Tapi jangan lupa , masih ada yang terus berada di kemuncak seperti Dato Siti Nurhaliza… Bukan semua tenggelam !
Ambil sebagai satu cabaran ! Terus kekalkan momentum di samping terus berusaha selagi termampu. Aku sahut cabarannya.. Aku bukan ‘tak sengaja’ untuk berada di kemuncak … aku berusaha mendaki dan mengapainya ! Aku ada cita cita.. Aku ada impian dan aku ada perancangan ! Dan aku tak pernah anggap aku dah berjaya !
Sepatutnya ‘muka’ ni terpacak di billboard salah satu highway di Johor Bahru tetapi tak jadi sebab ada company lain dah berjaya booking dulu.. Tapi tak kisah la.. Janji terpacak gak dua buah premis farmasi terkenal di negara kita.. Janji hado kan ? Dari takde langsung !
Secara tidak langsung , aku masih membuktikan ‘aku masih relevan’ dan terus terang makin dapat banyak job ! Bukan nak angkuh atau berlagak sombong tapi bila kita tahu apa yang kita buat , inshaAllah.. Allah akan membantu !
Apa pun , kejayaan aku sekarang bukanlah milik aku.. Ramai yang membantu dan memberikan sokongan terutama ahli keluarga , rakan rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari , sahabat handai terdekat seperti Mat Gebu dan ramai lagi.. Jutaan terima kasih buat mereka semua. Hanya Allah saja mampu membalas budi baik mereka..
Dan paling utama ialah.. rakan rakan pembaca dan ‘penyokong setia’ blog aku ni .. Yang setia dari awal dulu hingga sekarang ! Aku amat terhutang budi pada korang semua !
“ Sampai bila kau nak popular ? “ .. aku bukan mengejar populariti tetapi inilah kerjaya aku.. aku cari makan melalui penulisan..
Wahhhh.. Pertama kali aku mencubanya ! Ni pon sebab aku dapat hamper dari bengkel bersama Wawa Idris , baru baru ni. Nampak menarik tapi lom berkesempatan nak mencubanya.
Dan tadi.. aku tengah boring. Qhaliff lak dok ikut bontot aku ke sana sini.. aku ternampak Nasi Lemak Segera keluaran Salees Food.
Baca arahan.. dan .. mudah je rupanya !
Ikut je apa yang dia suruh buat.. Tak sampai 10 minit pon , dah settle ! Sapa sapa yang teringin nak makan nasi lemak malam malam buta tapi malas nak masak atau keluar rumah , sila simpan banyak banyak stok ni ! Hehehehe..
Gaulkan .. dan boleh makan dah ! Nak lagi sedap , leh letak telur mata kerbau.. hahahaha …
Nampak simple kan ? Tapi serius sedap ! Hahahha.. Aku terus berenti makan dan update dalam blog.. semata mata nak berkongsi dengan korang ! Huhuhuh…
Ok, nak sambung makan..
Gulp ! Teringat dulu masa pergi pelancaran Sony Xperia Z3+ , aku terpikat sungguh dengan ‘badan’ dan warnya ! Dan menariknya , lebih ringan dari Sony Xperia Z3 !
Berat Sony Xperia Z3+ ialah 144 gram manakala Sony Xperia Z3 adalah 152 gram ! Bila dah ringan gini , masuk pon rasa selesa jer .. kan ?
Kualiti gambar ? Hurmm..
Amacam ?
Dan bagi mereka yang ada lebih dari satu 1 sim , Sony Xperia Z3+ amat sesuai sebab Sony Xperia Z3+ adalah dual sim. Macam aku , satu cuma broadband dan satu lagi untuk buat call / terima call !
Ok . part lain. nanti aku bagitau lagi ! Kena test power dulu baru leh citer.. kan ?
Apa pun , tak sabar menanti kehadiran projek projek terkin !
Kelmarin , rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari memenuhi undangan pihak pengurusan BREAKOUT untuk mencuba dan menguji minda masing masing di sana.
BREAKOUT yang terletak di cawangan NU SENTRAL ni amat mudah untuk dikunjungi. Ianya cuma bersebelahan dengan KL SENTRAL yang kita tahu , ianya pusat pertukaran pengangkutan awam yang antara paling kerap digunakan di pusat bandar ! Takda alasan untuk payah nak gi sini ! Hehehehe..
Cool ! Blogger Kelab Blogger Ben Ashaari , tiba pada masa yang dijanjikan ! Kul 10 pagi.. wajib semua ada dah ! Dan… mereka semua dah ada . 30 orang blogger kesemuanya.
Pembahagian kumpulan. Pencerahan diberikan dan mulakan permainan !
Dan game bermula… Aku ikut masuk ke bilik paling payah sekali !
Fuhhh.. memang menguji minda betul ! Hahahahha…. Jawapan tak terjangkau dek akal tetapi menarik ! Tak terfikir gitu.. Masing masing dah tak ingat masalah pejabat , masalah awek dan juga masalah tak cukup duit ! Yang diorang fikir , camana nak keluar dari bilik tersebut ! Jeng jeng jeng ..
Hehehe… Apakah mereka berjaya ? Hehehehe… Yang pasti..
Kami akan kembali di sini nanti ! Korang yang boring , nak hilangkan stress.. ajak kengkawan ramai ramai ke BREAKOUT dan kasi hilang segala tekanan di sini !
Untuk info lebih lanjut , sila layari www.breakout.com.my.
Terkedu aku ! Apa ni ??? Aku tengok gelas rakan rakan yang lain ! Huk alohhh.. sama jer ??? Apa dah jadi ni ?? Kenapa begitu teruk sekali ? Macam tak ikhlas je nak kasi kat kami ni .. Hurmm..
Tergaru kepala.. Tak pasal pasal kena teguk je air botol mineral yang diberi.. Tertanya gak aku.. Kalau gelas begini punya ‘bersih’ diberi pada kami , camana pulak makanan yang dihidangkan pada waktu lunch nanti ?
Dan waktu lunch tiba.. aku bersama rakan lain turun untuk makan. Aku pusing punya pusing dalam restoran di dalam De Palma tu.. cari makanan yang menyelerakan untuk di makan ! Bukan memilih tapi nak cari sesuatu untuk buka selera..
TAKDE ! Bihun yang disediakan pon KERING ! Arghhhhhh..
Last last , aku amik roti sandwich jer. Roti pon agak keras jer.. Hurm… Aku tak tau la rasa makanan lain camana sebab aku dah putus nafsu untuk makan..
Pesanan aku.. De Palma ni hotel yang dah dikenali ramai.. jagalah reputasinya ! Dah la berada di lokasi yang amat strategik tapi dengan begini punya ‘layanan’ , aku rasa.. hurm…
Moga tak terjadi lagi kes begini di masa hadapan..
Zahra dalam troli. Setiap kali aku berhenti di satu tempat dan berhampiran dengan apa apa barangan yang menarik perhatian Zahra , pasti dia capai dan letak dalam troli ! Nasib baik aku perasan .. Hurmm..
Masa membayar di kaunter , aku terperasan kertas kajang ni .. Dalam hati aku..
“ Amboi bini aku ni…rajin pulak nak menulis novel kat rumah ? “
Aku diamkan aja…
Juruwang amik dan letak dalam plastik. Aku amik dan letak dalam troli. Zahra cuba amik tapi tak larat ! Hehehehe.. Sila gi gym dulu yer ! Berat tuuu… Novel ala ala Lord Of The Ring kot bini aku nak bikin ??
Sampai di rumah… Aku angkut semua barang dan letak di dapur.. Wife kemas. Dan tiba-tiba wife bersuara..
“ Abang beli kertas kajang ni wat per ? Banyak tuuuu… “ .
Hurmm… Kalau bukan wife aku beli , aku pun tak beli… Sapa pulak amik letak dalam troli ???
Sambil pandang kat Qhaliff yang datang tersengih di depan muka aku ! Takkan dia kot ??
Alhamdulillah.. satu lagi bengkel pengisian yang penuh bermakna dan bermanfaat untuk rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari. Bengkel bertempat di Hotel De Palma ini , ditaja oleh beberapa penaja ini telah berjaya mencapai sasarannya.
Para peserta yang terdiri dari blogger , ternyata berpuashati dan amat sporting dalam bengkel ni ditambah lagi dengan penyampaian bersahaja tetapi kreatif dari perunding imej yang semakin mencipta nama di dalam negara kita , WAWA IDRIS.
Bengkel tamat jam 4 petang.Ilmu yang diperolehi amat berguna untuk blogger gunakan terutama bila nak g event dan juga g kerja ! Takde la selekeh lagi kan ? Banyak tips berguna dikongsikan oleh Wawa pada rakan blogger di bengkel ini..
Alhamdulillah.. Moga Wawa Idris tercapai cita citanya menjadi perunding imej yang terkemuka dan Kelab Blogger Ben Ashaari , sebahagian dari sejarahnya ! Hehehe..
Serba sedikit mengenai Wawa Idris :
Wawa Idris merupakan seorang perunding imej korporat & selebriti yang bertauliah dan berpengalaman mengendalikan kursus dan seminar berkenaan imej dan penjenamaan ( personal branding ).
Beliau yang mempunyai Master Degree dalam bidang Komunikasi Korporat dan Diploma di Style Coach Institute di London. Pengalaman dalam bidang korporat dan public relations lebih sedekad !
Bagi yang berminat untuk mengenali beliau dengan leih dekat , boleh follow Wawa Idris di Facebook dan Instagramnya.
Facebook : https://www.facebook.com/idris.wawa.7
Instagram : www.instagram.com/wawaidris_imejpatik
Jutaan terima kasih pada para penaja seperti Uncle Kay Photography, Kaio Creative Studio , Butik Chemboja , Salees Food , MBH SPA , EyeMaster , Ratu Jannah dan Raja Jannah ! Terbaik !!