Aku sempat tengok waktu di telefon pintar aku. Pukul 8 lebih. Mengantuk sangat aku. Wife tanya aku samada aku nak turun makan sekali ke tak ? Ahli keluarga yang lain turun. Aku plan lepas diorang turun , aku nak guna tandas. Dari semalam perut memulas ! Takde feel nak membuangnya lagi..
Aku kembali letak kepala.. Pastu kedengaran... krik krik dalam bilik hotel aku menginap tu..
" Yesss.. semua dah keluar ! "
Aku pun apa lagi.. 2 letupan mengegarkan bilik ! Letupan tanpa batasan !! Hahahaha.. Bergegar katil aku !! Fuhhhhh.. Legaaa... Kalau aku tahan lagi , mau sebu perut aku seharian..
" Yeke semua dah keluar ? Hurmm.. " . Bisik kecil hati aku. Pastu aku angkat kepala. Terasa macam tak sedap hati..
Ya Allah !! Adik ipar aku tak keluar.. Ada dok tidur berhampiran dengan aku ! Hahahahahha.. Adoiyaiiiii... Aku rasa macam nak terjun je dari tingkat 11 , Hotel Zenith Kuantan tuuu. .Adoiyaii.. Malunyaaa..
Tapi aku buat buat tenang jer .. Mungkin dia sedar atau tak ? Moga dia anggap apa yang dia dengar itu , cumalah satu mimpi..
Yang penting perut aku lega ! Orang kata , 'letupan kuat' tu biasanya tak berbau berbanding 'bunyi belon kuar angin'... Perghh.. bau diaaa ! Kan ?
Aku test hirup udara dalam bilik.. Ok , clear..
Sambung tidur ! Malu belakang kira dah !