Daddy bikin malu Zahra la !

by - Ahad, Januari 17, 2016


Aku sempat tengok waktu di telefon pintar aku. Pukul 8 lebih. Mengantuk sangat aku. Wife tanya aku samada aku nak turun makan sekali ke tak ? Ahli keluarga yang lain turun. Aku plan lepas diorang turun , aku nak guna tandas. Dari semalam perut memulas ! Takde feel nak membuangnya lagi.. 

Aku kembali letak kepala.. Pastu kedengaran... krik krik dalam bilik hotel aku menginap tu.. 

" Yesss.. semua dah keluar ! "

Aku pun apa lagi.. 2 letupan mengegarkan bilik ! Letupan tanpa batasan !! Hahahaha.. Bergegar katil aku !! Fuhhhhh.. Legaaa... Kalau aku tahan lagi , mau sebu perut aku seharian.. 

" Yeke semua dah keluar ? Hurmm.. " . Bisik kecil hati aku. Pastu aku angkat kepala. Terasa macam tak sedap hati.. 

Ya Allah !! Adik ipar aku tak keluar.. Ada dok tidur berhampiran dengan aku ! Hahahahahha.. Adoiyaiiiii... Aku rasa macam nak terjun je dari tingkat 11 , Hotel Zenith Kuantan tuuu. .Adoiyaii.. Malunyaaa.. 

Tapi aku buat buat tenang jer .. Mungkin dia sedar atau tak ? Moga dia anggap apa yang dia dengar itu ,  cumalah satu mimpi.. 

Yang penting perut aku lega ! Orang kata , 'letupan kuat' tu biasanya tak berbau berbanding  'bunyi belon kuar angin'... Perghh.. bau diaaa ! Kan ? 

Aku test hirup udara dalam bilik.. Ok , clear.. 

Sambung tidur ! Malu belakang kira dah ! 

You May Also Like

4 comments

  1. hahaa ! Nasib baik dia tidur walaupun pura-pura.. Dibuatnya mata segar, tak terbuntang mata dia? Ini baru dabel triple malu .. rasa nak terjun gaung. wakakkakaaa

    BalasPadam
  2. Heeeeyyyyy!!!!! Kentut ke cirit aben??? Hahahahhahahahahaa

    BalasPadam
  3. lain kali pandang kiri kanan dulu ye hahahaah

    BalasPadam
  4. tetiba teringat pasal menantu lepas kentut di hari jadi tu...tak sangka lak mertua ada kat bawah meja tu..hahaha.

    BalasPadam