Penutup Tahun 2015 dan Pembukaan Tahun 2016 !

by - Jumaat, Januari 01, 2016

Alhamdulillah.. panjang umur untuk habiskan tahun 2015. Moga 2016 memberi aku sinar untuk memperbaiki segala kekurangan diri terutama kepadaNya. Terlalu banyak leka di tahun 2015 . Penutup tahun 2015 ni , aku ajak anak anak serta wife yang mana akan menyambut hari lahirnya tepat pada 1.1. setiap tahun , ke KLCC untuk membeli hadiah buat mereka. Qhaliff dan Zahra , aku belikan mainan.. Dan wife , terpulang pada dia ! 

Di Isetan KLCC , permainan tengah sale ! Aku kasi peluang pada Qhaliff untuk pilih apa saja mainan dia dan .. dah Zahra juga ! 


Sebenarnya , aku lagi mencapah tengok mainan kat sana ! Hahahah.. Qhaliff , tak tau nak amik apa tapi dapat juga akhirnya.. Transformer ! Zahra ? Dia amik , pastu letak.. Amik , letak.. amik , letak ! Kesudahannya , tak dapat apa apa dan duit tu , akan di masukkan ke tabung pembelajaran mereka ! Takde la nanti masa sekolah , terkial kial nak cari duit bayar yuran dan sebagainya. Aku dah kena sediakan dari sekarang lagi ! 

Tak sambut pun Tahun Baru. Takade plan g lepak mana mana dan menjerit , SELAMAT TAHUN BARU 2016 ! Kenapa ? Tahun 2016 ni adalah tahun yang bakal mencabar ekonomi semua rakyat Malaysia kecuali pak menteri dan kuncu kuncunya.. Mereka tenang dan senang ! Mereka dah ada segala jawapan untuk segala permasalahan.. Yer, mereka terbaik ! 

Ok.. tinggalkan politik buat sementara.. Permulaan untuk tahun 2016 , aku dah terima beberapa pelawaan untuk job berbayar. Alhamdulillah.. Permulaan yang baik.. InshaAllah dan moga berterusan ke hujung tahun dan tahun tahun berikutnya.. 

Dan menariiknya.. di awal tahun , Kelab Blogger Ben Ashaari ada bengkel pertama buat pertama kalinya.. 

Semoga bengkel ini berjalan dengan jayanya ! Lebih 30 blogger akan hadiri bengkul ini dan menimba seberapa banyak ilmu yang akan 'ditawarkan' nanti..  InshaAllah.

You May Also Like

4 comments

  1. selamat tahun baru, selamat berbengkel

    BalasPadam
  2. Selamat tahnu baru 2016..semoga ceria ..tahnia program

    BalasPadam

  3. Selamat Tahun Baru Ben dan Family.... Tahun 2016 memang bakal mencabar kita semua... oleh itu... memang harus lebih berjimat cermat, amalan menabung memang wajib.

    ... Tak sabar nak pi Bengkel,

    BalasPadam
  4. Selamat tahun baru Ben...jumpa esok kat Agrofarm Melaka..
    Selamat & hati2 masa otw ke sana semua...

    BalasPadam