Agrofarmstay@Skill Tech sesuai untuk berkursus !
2 hari 1 malam , di Agrofarmstay@Skill Tech , Melaka buat kali kedua. Kali pertama dulu
, aku hadir ke sini bersama sama keluarga tercinta. Tapi kali ni , aku 'keseorangan' namun 'berteman' . Kenapa ? Sebab kali ni datang bukan untuk bercuti suka ria tetapi untuk
menghadiri bengkel Fotografi bersama rakan rakan dari Kelab Blogger Ben
Ashaari.
Agrofarmstay di Durian Tunggal ni bagi aku , satu tempat yang santai dan rileks. Takde tekanan di sini. Kalau nak buat kursus jangka pendek mahupun panjang , rasanya di sini takde masalah. Kiranya nak berkursus pastu bersantai sambil melakukan aktiviti aktiviti mencabar tetapi menyeronokkkan , memang ok sangat la..
Resort ini dikelilingi oleh keindahan alam semula jadi.. Mendamaikan. Tempat penginapan pon ada banyak. Selesa dan yang penting , harganya.. memang mampu duduk punya laa ! Nak lagi best , duduk beramai ramai... Ada 6 jenis penginapan disediakan di sini..
1-. Villa - 14 katil
2-. River View – 2 katil
3-. River View – 6 katil
4.- Garden View – 8 katil
5-. D’Lodge – 6 katil
6-. Challet – 10 katil
Mengenai resort , korang boleh tengok di page mereka , Agrofarmstay at Skill-Tech. Segala maklumat ada di sana. Tapi apa yang aku nak tekankan dalam entri ni ialah tempat untuk mengadakan kursus. Maklumlahkann... tahun ni tahun penuh cabaran terutama dari sudut ekonomi dan kewangan. Nak tak nak , kena berjimat cermat. Maka Agrofarm @ Skill Tech ni berbaloi untuk mencuba !
Jangan risau.. Malam malam , boleh layan karaoke ! Memang layan kalau dah start pegang mic. Heheheh.. Bab makan pon jangan risau.. Mereka akan sediakan kalau korang amik pakej yang disediakan. InshaAllah sedap sedap belaka..
Sebarang pertanyaan..
RESORT AGROFARMSTAY @SKILL-TECH
Lot 453, Batu 13
Jalan Tebong / Machap
76100 Durian Tunggal
Melaka
HOTLINE : 016-209 8623 / 012-211 8246
Website : www.agrofarmstay.my
Facebook : https://www.facebook.com/agrofarmstay/
Instagram : https://www.instagram/com/agrofarmstay/
5 comments
selamat berkrusus
BalasPadambest! nak kena repeat balik datang sini...
BalasPadamTak ada rezeki nak join hari tu,memang sesuai utk tempat berkursus atau hari keluarga..luas kan..
BalasPadamSuasana yang tenang dan ala-ala farm, memang best. Serius
BalasPadamtrauma pergi sini sebab kene rendam dalam kolam yang area surau tu. fuhh...
BalasPadamhttp://cik-hany.blogspot.my/2015/11/induksi-kptm.html