Selamat Hari Lahir , Sahabat ku !
Genap hari ni , hari lahir yang ke 40 buat Adnan Ibrahim aka Mat Gebu. Rasanya tahun ni dah masuk tahun ke 6 kami bersahabat. Sememangnya penuh onak dan ranjau. Kalau dia perempuan , rasanya wife aku lama dah cemburu akan persahabatan kami.. Hahaahha..
Secara jujur , Mat Gebu memang seorang yang lantang dan tegas ! Kalau dia tak suka , dia tak simpan. Memang dia akan tunjukkan. Tapi selepas tu dia akan fikir semula dan menimbangkannya balik.. Kalau ada kebenaran , dia akan akui. Kalau dia rasa dia betul , dia tetap dengan pendiriannya. Itu aku respek.
Seperkara lagi yang aku kagum mengenai dia ialah kebaikan hatinya. Walaupun mulut dia kalah mulut nenek kebayan tapi hati dia sangat baik ! Tak pernah sombong walaupun nampak sombong , tak pernah berlagak walaupun nampak berlagak.. tapi hakikatnya , dia ibarat baby seusia Qhaliff.. kan Mat kan ?
Hari ni , hari lahir dia.. Walaupun aku agak lewat mengucapkannya kerana terlalu sibuk dengan urusan aku namun sebagai sahabat dan juga blogger yang mana dia bertanggungjawab menaikkan nama aku , aku mengucapkan selamat hari tua ! Yang tua adalah pengalaman tapi hati dan rupa tetap muda... kan Mat kannnnnn.. ( mentang mentang la seusia.. pandai cover line ehhh )
Semoga Mat panjang umur , dimurahkan rezeki , diberkati Allah dan paling penting , teruskan berhati suci murni dan membantu blogger blogger lain dari sudut khidmat nasihat serta mengajar memasak pada rakan rakan yang memerlukan ilmu.. hehehe ..
Dan tak lupa , selamat hari lahir buat rakan rakan blogger Kelab Blogger Ben AShaari , Ishak Ismail aka Sohoque dan juga Yana Azfar.. Semoga anda semua diberkati Allah..
Tua dah kita , Mat ! Huk huk.. Baru terasa semalam macam 19 tahun..
3 comments
selamat hari lahir
BalasPadamTerima kasih Ben...
BalasPadam'Biar mati adat, jangan mati sahabat'
Selamat hari lahir buat Mat Gebu..mat awak gebu ya..sihat walafiat..alhamdulilah..hidup ni kena ceria ya...
BalasPadam