Tahun ni , bukan tahun yang calang calang bagi aku ! Aku punya pelan perancangan yang cukup panjang memandangkan ‘laluan ‘ terbuka luas di depan mata aku ! Aku perlu pantas memanfaakan sebelum aku kehilangan peluang tersebut !
Alhamdulillah.. makin ramai buka mata dan berminat untuk bekerjasama dengan Kelab Blogger Ben Ashaari. Memandangkan aku dan beberapa orang saja bergelar blogger sepenuh masa , maka temujanji yang dibuat pada hari biasa , kami yang kena gi ! Demi untuk memartabatkan nama blogger !
Ada beberapa projek amal yang bakal melibatkan Kelab Blogger Ben Ashaari. Bukan mudah tapi inilah saja ‘trafik’ yang diidamkan sejak awal berblogging dulu !
Antaranya , projek bersama Muslim Voluenteer Malaysia. InshaAllah.
Tak dinafikan penat… Tapi selagi mana khidmat aku diperlukan.. inshaAllah , aku akan beri 100% komitmen ! Pada rakan rakan yang berminat untuk join projek projek ni nanti , sila follow FB saya yer.. Apa saja info nanti , saya akan update di situ..
Pasni ada trip travel domestic lagi ! Waa.. #DekatJer !