25 orang blogger Kelab Blogger Ben Ashaari berkumpul di satu lokasi.. bukan untuk lepak suka suka.. bukan untuk bersantai .. tapi untuk satu job yang menarik !
Ada antaranya , belum pernah bersua muka.. Sekadar berbual di whatsapp.. Tapi bila bersua muka , semua seperti dah kenal bertahun lamanya.. Alhamdulillah.
Mereka tiba tepat masanya. Duduk. Dengar dan bertanya. Tak perlu guna mic. Tak perlu tinggikan suara ketika bercakap. Mereka , dah cukup tahu apa perlu dibuat..
Dan client amat sukakan suasana ini ! Sapa kata komuniti tak berbaloi ? Bila satu kepala.. segalanya jadi mudah ! Tak perlu nak berlagak diva.. tak perlu nak berlagak otai.. Tak perlu nak poyo !
Yer , aku bangga sekali dengan mereka.. Berbaloi sekali usaha aku selama ini.. Dan aku bercadang nak tambah lagi rakan blogger dalam KBBA9 !